Sunday, February 21, 2010

ingatlah perempuan

Perempuan,
Sekali kau bergelar perempuan...
Banyak mata yang akan memandang,
Ke kiri, kanan, belakang dan juga ke depan...
Tersilap langkah ...
Tercelarulah masa depan.

Awas...
Perempuan jangan sesekali kau cuba...
Mendekati seorang lelaki berstatus suami, walau apapun alasanmu
dan jua statusmu,
Andai kau tak ingin menanggung risiko
Ditempelak dan dicemuh di sepanjang usia perjalananmu.

Anak gadis, isteri ataupun janda,
Sesekali kau tercuit seorang lelaki berstatus suami...
Selamanya nama kau terjaja
ke seluruh alam semesta.

Di saat itu,
Usah kau bertanya
Apa silap dan dosamu...
Sekadar menyapa setelah disapa.
Semua jari akan menunding ke muka,
sama ada tidak atau berdosa...
Tercalit sudah tinta.
Takkan luput sepanjang usia.

Friday, February 19, 2010

salahkah?

Org sangka aku gembira
krn senyuman x pnh lekang di bibir
tp hakikatnya di dlm hati
aku x pnh berhenti menangis

Org sangka aku bahagia
krn wajahku sentiasa ceria
tp hakikatnya itu lakonan semata
krn aku t'siksa di dlm jiwa

Sentiasa kucuba tabahkan hati
tenangkan perasaan yg b'gelora dlm diri
krn aku mesti kuat utk b'diri
jika jatuh pasti aku rebah ke bumi

Bilakah akan ada insan yg bisa mengerti
hati kecilku yg lara ini
yg sentiasa m'hrp hadirnya sinar
yg sentiasa m'dambakan kasih sejati

Salahkah aku mengharap difahami
salahkah aku mengharap dimengerti
salahkah aku mengharap dikasihi
salahkah aku mengharap dihargai

Tak pernah aku mengharap simpati
kerana aku bukannya mengemis
aku hanya perlukan teman
teman yang bisa mengerti dan memahami

Teman yang bisa menemankan
aku di kala gembira dan sedih
teman yang bisa kuluahkan isi hati
teman yang bisa menemaniku hingga mati.

Resah di hati

Mendung dilangit tak sehebat mendung dihatiku
Lebat hujan di luar tak selebat tangisan di jiwaku
Pernahkah ada yg cuba mengerti
Pada perasaan yg bergelumang disanubari

Cuba kuhamparkan permaidani hati
Pada yg sudi mengamati dan menghargai
Namun persinggahan yg diberi hanya sementara
Ditinggalkan pergi setelah dihampiri

Salahkah aku kerana meminta
Secebis rasa kasih dan sayang
Salahkan aku kerana mengharap
Pengertian yg tak pernah berlabuh

Dalam setiap penantian kasih
Berjuta kesetiaan aku curahkan
Kejujuran dan keikhlasan tak berpenghujung diberikan
Namun akhirnya aku ditinggalkan
Bagai barangan hina aku diperlakukan
Ditinggal tanpa kata dan berita
Hanya aku yang terkapai di lautan gelora

Wednesday, February 17, 2010

wajarkah (cerita seorang teman)

Seorang insan mencampuri urusan keluarga seorang insan yang lain. Menyatakan apa yang patut dan tak patut dilakukan oleh seorang ketua keuarga. Mendampingi isteri si insan tersebut dengan penuh mesra dan keakraban. Walhal keuarganya sendiri berantakan, isterinya sendiri tak pernah dididiki dan dibelai mesra. Hanya perasaan penuh kebencian dan sejuta kekesalan sahaja yang dilontarkan.
wajarkah...
Seorang insan yang mengaku dirinya penuh ilmu di dada dan tahu selok belok hal-hal keagamaan mengabaikan isteri dan anak-anaknya tetapi mengambil kisah isteri dan anak-anak orang lain. Inikah yang dituntut oleh agama yang maha suci.
Seorang isteri punya perasaan dan keinginan untuk disayangi dan dilindungi oleh sang suami, bukan dibentak sepanjang masa.
Tempat isteri adalah di sisi suami dan tugas suami mengurusi semua hal ehwal isteri dan anak-anaknya. Jangan sampai mereka terpinggir dan dipinggirkan.
Mengurusi hal ehwal keluarga orang lain wajar kalau mampu dan jangan sampai mengganggu urusan keuarga tersebut, tapi mengurusi hal ehwal keuarga sendiri adalah wajib sebab itu adalah amanah dari Allah buat si Suami.
FIKIR FIKIRKANLAH...

Selamat Tahun Baru Cina

Malam Jumaat lalu 12 Februari, aku dan keluarga telah pulang bercuti ke kampung. Kami bertolak dari rumah jam 11.21 malam. Tiada apa yang menarik di sepanjang perjalanan kami, hanya kesesakan lalu lintas sahaja. Orang Kelate kata 'jale sumbat'. Kami telah berhenti makan dan solat di beberapa tempat. boleh dikatakan hampir semua tempat 'sold out'.
Sampai di Gua Musang, selepas solat subuh, aku telah diminta untuk memandu kerana pemandu sebelum ini mengantuk. Apa lagi aku terus mencapai stereng dan memulakan perjalanan. Selalunya aku sering dikutuk kerana 'mencantuk cermin kereta', tapi kini orang yang berada di sebelahku lagi teruk mencantuk sehingga mahu terjatuh dari kerusi. Akhirnya aku tak tahan dan terus menyuruhnya memperbetulkan kedudukan dan tidur elok2. Setelah dia tidur lena, aku terus memecut tapi taklah melebihi 120km/j.
Akhirnya kami sampai ke Kuala Krai. kami singgah di sebuah masjid kerana Juwita nak ... Pemandu bertukar lagi, sehinggalah kami tiba di kampung jam 11.21 pagi.

Thursday, February 11, 2010

Dosakah Aku?

Suatu masa dahulu, aku miliki segalanya, keluarga yang teramat bahagia.
Ceritaku bermula suatu ketika aku telah bercuti di kampung, adanya majlis keraian kerabat yang baru menjadi raja sehari. Majlis menyambut mempelai teramatlah meriahnya. Aku biasalah di dapur menolong orang tua apa-apa yang patut.
Menjadi adat tetamu dibekalkan makanan untuk dibawa pulang, tiba-tiba sesuatu telah hilang, aku lantas bertanyakan seorang kerabatku, andainya dia tahu. (Sebelumnya aku nampak berada di tangan anaknya). Bukannya aku yang memerlukannya tetapi seorang ibu tua. Tanpa kujangka kerabatku mengamuk mengatakan anaknya jahat dan mencampakkan anaknya di tengah-tengah tetamu. Lidahku kelu tanpa bicara.
Tetamu mula beransur pulang, tercari-cari mereka di mana gerangan si ibu tua. Aku lantas mencarinya di bawah sepohon nyiur sedang meratap hiba. Apalah dosa dan salahnya?
Aku memujuknya dengan menyatakan kerabat tersebut memarahi aku bukannya ibu tua.
Situasi kembai seperti biasa.
Esoknya aku sekeluarga mahu beransur pulang ke kota. Terbiasa tangan kuhulur, maaf dipinta, tapi tanganku tak disambut oleh sang kerabat, malah berpura-pura lena... tapi aku tahu...
Aku melangkah longlai ke kereta, namun tertiba hatiku berbisik, Ya Allah aku tak mahu ketemuinya lagi di lain ketika, kalau kuberziarahpun biarlah semasa ketiadaannya. Seperti biasa aku menyambung rutin biasaku di kota.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kepergiannya...
Tertumpah juga air mataku, tanpa sempat aku memohon maaf dan bermadah dia telah pergi untuk selamanya. Aku terkilan kerana bukan ini yang kupinta...
Memang aku tidak pernah lagi akan ketemunya di dunia ini buat selamanya.
Hanya pada Yang Maha Esa kupanjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat sentiasa.
Al Fatihah.

Tuesday, February 9, 2010

لا اله الا الله محمد رسول الله

Monday, February 8, 2010

MENYESAL

DAN AKU

AKU HANYA MANUSIA BIASA,
KESABARAN AKU ADA BATASNYA,
JANGAN SAMPAI TERCALAR
DEK PANAH BERBISA...

PINTAKU...
CERMIN DIRI,
SEBEUM MENGATUR LANGKAH KAKI,
MENGIKUT GERAK TARI,
YANG PASTI...
TERSASAR SENDIRI.

AKU PASTI MATI.

KOMUNIKASI YANG BAIK

KOMUNIKASI YANG BAIK

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya.
Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:
dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:
7
لاق هنع للها يضررباج نع :مارثع بلطي وأ موختي لايل هلهأ لجرلا قرطي نأ ملسو هيلع للها ىلص للها بين ى.
Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)
Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:
﴿نهورِشاعو ِفورعمْلاِب نِإَف نهومتهِرَك سعَفى نَأ ْاوهرْكت اًئيش َلعجيو هّللا ِهيِف اريخ ايرِثَك ﴾
Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya.
Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).
Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut: 8
نهوحبقت لاو نهوبرضت لاو
Ertinya:” ...dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”
Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:
﴿نهورِشاعو ِفورعمْلاِب نِإَف نهومتهِرَك ىسعَف نَأ ْكتْاوهر اًئيش َلعجيو هّللا ِهيِف اريخ ايرِثَك ﴾
Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”
Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.
4-

fikirkanlah

Kata orang,

"Jika kau fikir tindakan kau betul, dan langkah kau benar, pedulikan kata orang, orang bukannya tau apa-apa, kita yang merasa... Teruskanlah langkahmu, kejarilah apa yang kau mahu...pedulikan perasaan orang lain, kau berhak mendapatkan apa yang kau mahu di sunia ini. bukan hak orang lain nak menafikan hak kau di dunia ini. Dunia ini milik Tuhan, dan Tuhan memberikannya kepada semua isi alam. Rebutlah... selagi berpeluang, pedulikan orang, kita bukan hidup untuk orang. Kalau perlu rampas... Rampas, biarlah kehidupan orang lain rosak asal kita fikir kita betul, itu hak kita."

Betulke?

Kita hidup untuk diri kita sahaja, tanpa perlu fikirkan persaan orang? Bolehkah kita hidup dalam dunia kita sendiri... tanpa adanya kehadiran orang... Sudah tak beertikah orang-orang di sekeiing kita. Sudah lenyap kah mereka, hanya sekadar mahu mengejar satu titik yang tak pasti di horizon mana.

Mampukah kita...
Hidup dengan satu titik sahaja?

Wednesday, February 3, 2010

Shades Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

Tuesday, February 2, 2010

Scorpions Still Loving You lyrics

Time, it needs time
To win back your love again
I will be there, I will be there
Love, only love
Can bring back your love someday
I will be there, I will be there

I'll fight, babe, I'll fight
To win back your love again
I will be there, I will be there
Love, only love
Can break down the wall someday
I will be there, I will be there

If we'd go again
All the way from the start
I would try to change
The things that killed our love
Your pride has built a wall, so strong
That I can't get through
Is there really no chance
To start once again
I'm loving you

Try, baby try
To trust in my love again
I will be there, I will be there
Love, our love
Just shouldn't be thrown away
I will be there, I will be there

If we'd go again
All the way from the start
I would try to change
The things that killed our love
Your pride has built a wall, so strong
That I can't get through
Is there really no chance
To start once again

If we'd go again
All the way from the start
I would try to change
The things that killed our love
Yes, I've hurt your pride, and I know
What you've been through
You should give me a chance
This can't be the end
I'm still loving you
I'm still loving you, I need your love
I'm still loving you





versi suci hadeeja nylea

Sang Mantan

Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Reff:
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

Back to Reff

Mana janji janjimu

Hey Ladies

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Read more: http://gudanglagu.com/r/rossa/rossa-hey-ladies/#ixzz0eOOjrKui

Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Read more: http://gudanglagu.com/a/anang/anang-separuh-jiwaku-pergi/#ixzz0eONj4nh5




Download video clip Anang Separuh Jiwaku Pergi

ALAHAI PEREMPUAN

Aku perempuan, kau pun perempuan.
Aku tak pernah mengganggu hidupkau,
aku tak pernah meminta kau hadir dalam hidup aku, untuk apa kau hadir?

aku tak pernah meminta apa-apa dari kau,
aku tak pernah mengambil hak kau,
kenapa kau kata aku terhutang budi padamu?

Hadirmu tak ku pinta,
hadirmu jua tak pernah kuimpikan,
sesenang itu kau katakan kau berkorban untukku.

Apa korbanmu...?
Meruntuh mahligaiku,
meranapkan hidupku,
memandikan jenazah cintaku
menguburkan maruahku...

ANDAI KAU PEREMPUAN

Andai kau perempuan

Kau kata kau perempuan,
memahami hati seorang perempuan,
sanggup menyisih pentingmu demi hati seorang perempuan...
Di mana...
Letaknya hati perempuanmu...
Andai...
masih lagi kau damba seorang lelaki bergelar suami kepada seorang perempuan,
seorang lelaki bergelar bapa kepada beberapa orang anak,
Di mana letak janjimu...
Hanya perempuan yang mengerti dan memahami hati seorang perempuan.
kata penuh dusta...
Di kala seorang perempuan lena di sisi seorang suami
tiba-tiba dikejutkan siulan manja SMS mu,
jam 2 pagi, masih belum lena tidurmu...
Apakah lena tidur seorang isteri juga mahu kau ganggu..
Inikah murninya hatimu seorang perempuan?
Pagi, petang, siang malam...
SMS manjamu menggamit tiba
Si isteri terbiasa ditinggalkan sendirian
Tanpa bisikan manja , maupun usapan mesra
kerana malayani SMS manjamu.
Bila ditanya
Ahhh... Aku hanya menyapa mantan si Mahaguru...
Si isteri menjeruk rasa, menahan hiba,
membendung sebuah duka, ditemani sendu, nestapa.
Mahaguru...
Jangan sampai si perempuan bergelar isteri itu menduganya...
pesanmu seorang perempuan jua...
ingatlah seorang perempuan...
hari ini kau ganggu hidup seorang perempuan,
kelaknya...
Seorang perempuan juga yang akan mengganggu hidupmu.
hanya perempuan yang memahami hati seorang perempuan katamu...
ANDAI KAU PEREMPUAN.

Cerita Kedai Kopi


Hari ini aku seperti biasa mengunjungi kedai kopi @ kantin. Selepas raptai di tapak perhimpunan. Selesai makan aku bayar dgn. RM50.00. Tiada baki, aku terpaksa ke kelas sebab menggantikan Si Faridzul yang sibuk dgn. latihan dan raptai. Sampailah rehat kelas berjalan.
Waktu rehat aku ke kedai kopi sekali lagi untuk mengambil balik wang baki dan menghilangkan dahaga. Aku memesan segelas air barli. Aku minum di meja tengah bersama dgn.mimie (bukan kekasih Norman yer), aku cepat2 habiskan air sebab ada kelas selepas rehat.
Sehabis kelas aku ke bilik guru, tiba-tiba... Wan (Mama Juwie) menegurku katanya ada berita sensasi. Namun aku tak berpuashati dgn. ceritanya, jadi aku Cari Kak Num (Mayang Sari) untuk menambahkan sensasinya.
Menurut ceritanya sekembalinya aku dari kedai kopi dan meja itu kosong tanpa pengunjung, tiba-tiba...
Zakiah ternampak seolah-olah gelasku tadi bergerak sendiri menuju ke sudut meja yang berlainan arah dan jatuh berderai bersama-sama dengan kain alasnya. Faridzul nyang ketika itu sedang berdiri di pintu kedai kopi tergaman... dan ...tak jadi nak makan.
Kak Hasnah yang nak ke kedai kopi juga takut terus membeli roti di Koperasi untuk mengalas perut.
Ini adalah kali kedua kejadian gelas pecah secara tiba-tiba. Awalnya gelas Ustaz Anwar yang masih berisi air tiba-tiba pecah tanpa sebab. Sampai sekarang Kak Ton takut untuk ke kedai kopi.
Misteri...
PERSOALANNYA : BAGAIMANA DAN MENGAPA IANYA BERLAKU?

Adakah sesiapa di sebaliknya...
Jangan biarkan hidup anda diselaputi misteri, miss call takper...

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA