Sunday, December 21, 2008

PANTUN MENUTUP AURAT

PAKAIAN WANITA ISLAM


PANTUN
(Menutup Aurat Wanita Mengikut Standard Yang Di Gariskan Islam )

Pantun - Mari Menutupi Aurat
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
angan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Syaitan sangat suka lah hati ,
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.


Tambahan: Fesyen Pemakaian Tudung Era 2000

1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas di dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …

3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki...

4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu…

6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak…ooo…saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!

8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …

9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Wednesday, December 17, 2008

HERBA 2

Herba
Bil. Nama Tempatan Nama Sains Famili
1 Aji samat Jackia ornata Rubiaceae
2 Balik angin Mallothus biaceae Euphobiaceae
3 Bangun-bangun Coeus amboinicus Labiateae
4 Bonglai bukit Zingiber cassumunar Zingiberaceae
5 Cekur bukit Kaempferia seaphochlamys Zingiberaceae
6 Gajah tarik Strycnos pubescens Loganiaceae
7 Geli-geli Cyrtosperma lasioides Aroideae
8 Gorek. Caesalpinia bonducella Leguminosae
9 Hujan panas daun besa Glochidion spp Euphorbiaceae
10 Kacip fatimah Labisia pumila. Myrsinaceae
11 Kubis hutan Brassica spp Cruciferae
12 Lengkuas genting. Alpinia conchigera Zingiberaceae
13 Panah arjuna Syngramma alysmifolia Polypodiaceae
14 Payung ali Biophytum adiantiodes Oxalidaceae
15 Periuk Kera Nepenthes gracilis Korth Nepenthaceae
16 Petai Belalang Leucaena leucocephala (Lam.) De Wit Leguminosae
17 Pinang hutan Pinanga spp Palmaceae
18 Sesudu Euphorbia nerrifolia Euphorbiaceae
19 Siti fatimah merah Labisia spp Myrsinaceae
20 Susun kelapa Apocynaceae Tabenaemontana Coronaria R.Br.ex Roem.et Schult
21 Tapak sulaiman Phullagathis rotundifolia Melastomaceae
22 Tepus harimau , Tepus merah. Zingiberaceae Amomum aculeata
23 Misai kucing Ortosiphon staming Labiateae
24 Depu pelanduk Wikstroemia ridleyi Thymelaeaceae

Kacip Fatimah


Famili : Myrsinaceae
Nama saintifik : Labisia pumila.
Nama tempatan : Kacip fatimah
Kegunaan.
Campuran herba ibu bersalin, buasir, sakit dalam tulang, meroyan.
Kaedah.
Air rebusan keseluruhan pokoknya terutama bahagian akarnya diminum. Selain daripada itu juga , keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair.
Ciri-Ciri Istimewa.
Daunnya berwarna hijau dan mempunyai buah bertangkai warna merah di bahagian pangkal batangnya.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan biji benih

Aji Samat




Famili : RubiaceaeNama saintifik : Jackia ornata.
Nama tempatan : Aji samat.
Kegunaan.
Mengubati lemah tenaga batin dan menambah tanaga batin serta urat saraf.
Kaedah.
Air rebusan akarnya diminum. Akar pokok ini juga boleh dijadikan seperti serbuk tea. Debu akar pokok ini boleh dijadikan bahan campuran dalam rempah sup ikan, daging dan ayam bagi tujuan menambahkan tenaga dan kesihatan. Rasanya sedikit kelat dan sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan pinggir hutan dan di lereng-lereng bukit terutama din kawasan yang banyak terdapat pokok bertam.
Ciri-Ciri Istimewa.
Mempunyai bunga yang cantik berwarna keputihan.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan biji benih

Balik Angin


Famili : Euphobiaceae
Nama saintifik : Mallothus biaceae
Nama tempatan : Balik angin
Kegunaan.
Herba bersalin , Basuh luka
Kaedah.
Air yang diramas dengan daunnya untuk membersih luka. Manakala air rebusan akarnya yang dicampur dengan herba lain dijadikan sebagai herba bersalin.
Habitat.
Di kawasan terbuka.
Ciri-Ciri Istimewa.
Daunnya berbentuk seperti hati dan bahagian bawahnya berwarna putih dan ianya jelas kelihatan apabila daunnya yang terbalik ditiup oleh angin.
Kaedah Pembiakan.
Biji benih.

Bangun-bangun



Famili : Labiateae
Nama saintifik : Coeus amboinicus
Nama tempatan : Bangun-bangun
Kegunaan.
Batuk , Sembelit, Minyak pati
Kaedah.
Keseluruhan air rebusan pokoknya diminum.
Habitat.
Di kawasan terbuka.
Ciri-Ciri Istimewa.
Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam.
Kaedah Pembiakan.
Keratan batang.


Bonglai Bukit

Famili : Zingiberaceae
Nama saintifik : Zingiber cassumunar
Nama tempatan : Bonglai bukit
Kegunaan.
Herba bersalin, Seliuh, sakit urat.
Kaedah.
Air rebusan rizomnya diminum. Manakala bagi perawatan seliuh, daunnya disalai pada api dan digunakan sebagai balutan pada tempat seliuh.
Habitat.
Pokok ini boleh didapati di kawasan hutan pamah yang lembab.
Ciri-Ciri Istimewa.
Rizomnya berbau wangi
Kaedah Pembiakan.
Rizom dan biji benih.


Cekur Bukit


Famili : Zingiberaceae
Nama saintifik : Kaempferia seaphochlamys
Nama tempatan : Cekur bukit.
Kegunaan.
Herba bersalin, Seliuh, sakit urat.
Kaedah.
Air rebusan rizomnya diminum. Manakala bagi perawatan seliuh, daunnya disalai pada api dan digunakan sebagai balutan pada tempat seliuh.
Habitat.
Pokok ini boleh didapati di kawasan hutan pamah yang lembab.
Ciri-Ciri Istimewa.
Rizomnya berbau wangi
Kaedah Pembiakan.
Rizom dan biji benih.

Gajah Tarik


Famili : Loganiaceae
Nama saintifik : Strycnos pubescens
Nama tempatan : Gajah tarik
Kegunaan.
Lemah tenaga batin, Kencing manis, darah tinggi.
Kaedah.
Rendamkan bahagian batangnya ke dalam air dan minum airnya.
Habitat.
Hutan bukit cangkat rendah.
Ciri-Ciri Istimewa.
Akarnya yang dipotong mengeluarkan air yang pahit. Daunnya berkilat dan berpelepah.
Kaedah Pembiakan.
Biji benih

Geli-geli


Famili : Aroideae
Nama saintifik : Cyrtosperma lasioides
Nama tempatan : Geli-geli.
Kegunaan.
Gout, Sakit buah pinggang, Herba bersalin.
Kaedah.
Air rebusan isi batangnya diminum.
Habitat.
Kawasan hutan berpaya atau di kawasan pasir sungai.
Ciri-Ciri Istimewa.
Bentuk batangnya seperti keladi tetapi keseluruhan batangnya berduri. Daunnya pecah.
Kaedah Pembiakan.
Rizom.

Gorek

Famili : Leguminosae
Nama saintifik : Caesalpinia bonducella
Nama tempatan : Gorek.
Kegunaan.
Huluran, Darah tinggi, Herba bersalin.
Kaedah.
Akarnya digunakan sebagai campuran herba bersalin. Isi buahnya direbus dan diminum airnya bagi rawatan huluran dan darah tinggi.
Habitat.
Kawasan hutan tanah pamah dan cangkat rendah.
Ciri-Ciri Istimewa.
Sejenis akar berduri dan isi buahnya pahit.
Kaedah Pembiakan.
Biji benih

Kubis Hutan


Famili : Cruciferae
Nama saintifik : Brassica spp
Nama tempatan : Kubis hutan
Kegunaan.
Sakit kepala, Demam panas.
Kaedah.
Daunnya yang ditumbuk halus digunakan sebagai balutan di kepala.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan bercangkat rendah dan di tepi sungai
Ciri-Ciri Istimewa.
Daunnya tebal dan boleh dimakan sebagai ulam dan sayur. Buahnya seakan-akan sotong kurita
Kaedah Pembiakan.
Biji benih


Lengkuas Genting


Famili : Zingiberaceae
Nama saintifik : Alpinia conchigera
Nama tempatan : Lengkuas genting.
Kegunaan.
Bengkak badan, Bisul, Herba bersalin, Sakit dalam tulang, Kutu di kepala, Panau.
Kaedah.
Bagai perawatan panau, rizomnya dicampur dengan minyak gasoline lalu digosok pada panau dan dibalut pada kepala bagi perawatan kutu. Manakala bagi perawatan bengkak badan, herba bersalin dan sakit tulang air rebusannya dibuat mandian.
Habitat.
Biasa terdapat di kawasan tanah pamah .
Ciri-Ciri Istimewa.
Daunnya kecil dan rumpunnya besar.
Kaedah Pembiakan.
Rizom

Panah Arjuna


Famili : Polypodiaceae
Nama saintifik : Syngramma alysmifolia
Nama tempatan : Panah arjuna
Kegunaan.
Tenaga batin
Kaedah.
Air rebusan akarnya diminum.
Habitat.
Di kawasan tanah pamah dan bukit cangkat rendah
Ciri-Ciri Istimewa.
Pokoknya dari jenis resam. Akar dan pelepahnya berwarna hitam. Daunnya berbentuk mata anak panah. Warna daunnya hijau berkilat.
Kaedah Pembiakan.
Anak benih

Payung Ali
Famili : Oxalidaceae
Nama saintifik : Biophytum adiantiodes
Nama tempatan : Payung ali
Kegunaan.
Tenaga batin lelaki
Kaedah.
Minum air rebusan keseluruhan pokoknya
Habitat.
Tumbuh di kawasan bukit tinggi dan kawasan sungai.
Ciri-Ciri Istimewa.
Daunnya berbentuk paying dan berwarna putih di bahagian bawahnya. Ianya dari spesies resam.
Kaedah Pembiakan.
Spora

Periuk Kera


Famili : Nepenthaceae
Nama saintifik : Nepenthes gracilis Korth.
Nama tempatan : Periuk Kera
Kegunaan.
Melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi.
Kaedah.
Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.
Habitat.
Kawasan hutan dipterokarpa bukit dan Hutan Gunung
Ciri-Ciri Istimewa.
Tanaman tumbuhan ini boleh dikatakan membawa tuah kepada warga keturunan cina
Kaedah Pembiakan.
Keratan akar


Petai Belalang


Famili : Leguminosae
Nama saintifik : Leucaena leucocephala (Lam.) De Wit
Nama tempatan : Petai Belalang
Kegunaan.
Melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi.
Kaedah.
Daun dibakar dan abunya disapukan pada kudis dan cacar air. Daun yang ditumbuk bersama dengan beras disapu pada leher untuk melegakan batuk dan campak. Buah tumbuhan ini digunakan untuk batu karang, darah tinggi dan kencing manis.
Habitat.
Tumbuhan ini biasa dijumpai di kawasan belukar dan pinggir hutan
Ciri-Ciri Istimewa.
Buah seperti petai bersaiz kecil.
Kaedah Pembiakan.

Biji benih


Pinang Hutan


Famili : Palmaceae
Nama saintifik : Pinanga spp
Nama tempatan : Pinang hutan
Kegunaan.
Luka dalam
Kaedah.
Air rebusan buahnya diminum.
Habitat.
Pokok ini boleh didapati di kawasan hutan pamah dan cangkat rendah
Ciri-Ciri Istimewa.
Mempunyai buahnya berwarna merah dan dulat
Kaedah Pembiakan.
Biji benih


Sesudu


Famili : Euphorbiaceae
Nama saintifik : Euphorbia nerrifolia
Nama tempatan : Sesudu
Kegunaan.
Sakit telinga,mata, tumor, bisul, bengkak, asma, malaria, buasir, gusi gigi .
Kaedah.
Bagi kegunaan sakit telinga dan bisul, daunnya diramas hingga lembut dan perah airnya ke dalam telinga atau tampal tempat yang sakit serta ulang sehingga rasa lega.
Habitat.
Pokok ini boleh didapati di kawasan pinggir hutan.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya secara biji benih


Susun Kelapa


Famili : Apocynaceae
Nama saintifik : Tabenaemontana coronaria R.Br.ex Roem.et Schult
Nama tempatan : Susun kelapa
Kegunaan.
Resdung, campuran herba bersalin, senggugut, ulser hidung, penyakit venereal .
Kaedah.
Akarnya yang dicincang kemudian air rebusannya diminum bersama dengan herba bersalin yang lain. Bagi rawatan resdung, akarnya diasah dengan kemenyan arab dan patinya disedut ke dalam hidung manakala airnya yang jernih dititikkan ke dalam mata bagi rawatan “ulser hidung”. Perhatian : Pokok ini ada persamaan dengan pokok Cina putai dan Cak perdik . Perbezaannya ialah bunga pokok ini dalam bentuk bersusun dan agak besar. Pokok ini banyak terdapat di kawasan perkampungan dan biasanya ditanam di kawasan kuburan memandangkan bunganya berbau harum. Ianya juga boleh dibuat tanaman lanskap. Daunnya yang dipatah akan mengeluarkan sedikit getah putih.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah dan lereng hutan.
Ciri-ciri Istimewa.
Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan buah


Tapak Sulaiman


Famili : Melastomaceae
Nama saintifik : Phullagathis rotundifolia.
Nama tempatan : Tapak sulaiman
Kegunaan.
Ramuan tonik, sakit kelamin, batuk, busung, luka, cacing, ketahanan lepas bersalin, meroyan, sakit perut.
Kaedah.
Air rebusan semua bahgaian pokok terutama akarnya diminum . Rawatan bagi penyakit busung dan cacing dibuat dengan membalut campuran daun dan batangnya yang ditumbuk lumat bersama dengan kunyit dan beras pada bahagian perut sehingga sembuh. Pokok ini juga boleh dibuat tanaman lanskap.
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan pinggir hutan dan di lereng-lereng bukit.
Ciri-ciri Istimewa.
Bahagiam atas daun berkilat dengan tangkainya berwarna merah.
Kaedah Pembiakan.
Pembiakannya menggunakan biji benih.


Tepus Harimau, Tepus Merah


Famili : Zingiberaceae
Nama saintifik
: Amomum aculeata
Nama tempatan : Tepus harimau , Tepus merah.
Kegunaan.
Herba bersalin.
Kaedah.
Air rebusan rizomnya diminum dan dicampur dengan herba lain..
Habitat.
Biasanya didapati di kawasan hutan tanah pamah .
Ciri-ciri Istimewa.
Daun hadapan berwarna hijau dan bahagian bawahnya berwarna merah.
Kaedah Pembiakan.
Biji benih.


Depu Pelanduk


Famili : Thymelaeaceae
Nama saintifik : Wikstroemia ridleyi
Nama tempatan : Depu pelanduk.
Kegunaan.
Luka, Tenaga batin.
Kaedah.
Air rebusan akarnya diminum. Manakala daun mudanya dibalut pada tempat luka
Habitat.
Hutan tanah pamah.
Ciri-Ciri Istimewa.
Buahnya berjambak. Kulit batangnya sangat kuat dan sukar diputuskan.
Kaedah Pembiakan.
Biji benih

Terung Pipit



Nama botani : Solanum torvum Swartz.
Nama lain : Terung rembang
Famili : Solanaceae
Habitat Terung pipit mudah ditemui hidup liar di kawasan lapang, di tepi belukar dan di tanah terbiar.
Ciri morfologi
Pokok renek ini hanya 1-2 m tingginya. Cabangnya kecil dan merebak. Ranting dan urat daun berduri. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Daun besar, 16-30 cm panjang dan 8-14 cm lebar. Bentuk daun bujur, bercuping enam dan pangkalnya tidak sama. Bunga terung pipit kecil dan dikeluarkan pada jambak. Kelopak bunga berwarna putih dan stamennya kuning. Buah terung pipit jenis beri, bulat dan kecil, iaitu kira-kira 1 cm lebarnya. Warnanya hijau dan bertukar kekuningan apabila masak. Buah mengandungi banyak biji halus.
Kegunaan dan khasiat
Buah yang sudah masak berasa manis sedikit tetapi jarang-jarang dimakan. Buah yang matang dimakan sebagai ulam. Rasanya pahit-pahit lemak, berbau unik dan menambah selera makan. Buah ini boleh juga dimasak gulai atau sambal tumis. Buah terung pipit dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Daun pula digunakan untuk mengubati pitam.



Akar Kerak Nasi

Nama botani : Lindernia crustacea (L.) F.
Famili : Muell Scrophulariaceae
Habitat
Akar kerak nasi mudah ditemui hidup di kawasan berumput sama ada di halaman rumah, di tepi jalan, di tanah berpasir dan berbatu di kawasan pantai dan di pesisir sungai.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba kecil ini ber­cabang dan biasanya hanya 3-6 cm tinggi. Daunnya kecil, ber­bentuk bujur, dan bergerigi di tepi. Daunnya tanpa tangkai atau sesil. Warna daunnya hijau tetapi kadang-kadang kemerah-merahan. Bunga­nya keluar satu-satu dari pangkaldaun. Bentuk bunganya tidak simetri, dan terdapat tiub berwarna ungu muda atau ungu kemerahan. Kelopak bunga herba ini pendek dan bulat, dan warnanya lebih pucat. Buah-nya pula jenis kapsul dan berbentuk bulat.
Kegunaan dan khasiat
Akar kerak nasi dilumatkan dan dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul dan bengkak di kulit, se­lain mengubat kurap dan gatal. Air rebusan dijadikan ubat un­tuk merawat ibu-ibu selepas bersalin.



Bayam Duri
Nama botani : Aamaranthus spinosus Linn
Nama lain : Sayam hutan
Famili : Amaranthaceae
Habitat
Bayam duri hidup liar di tanah terbiar dan merupakan rumpai di kebun dan sekitar rumah.
Ciri morfologi
Tumbuhan herba ini rendah, tingginya hanya meneapai 1 m. Daun teratur berselang pada batang. Bentuk daun bujur. Di hujungnya yang runcing terdapat satu duri halus. Batangnya mempunyai duri-duri tajam, kira-kira 1 cm panjangnya. Duri tumbuh pada pangkal tangkai daun yang panjang. Bunga bayam duri halus, berwarna hijau muda dan teratur pada jambak spika di hujung batang.
Kegunaan dan khasiat
Daun bayam duri dibuat air mandian untuk merawat demam campak. Air rendaman daun boleh juga digunakan untuk melawaskan kencing, merawat bisul, luka, sakit kerongkong dan sesak nafas. Daun juga boleh mengeluarkan lendir daripada badan. Akar bayam duri direbus dan airnya diminum untuk menurunkan suhu badan peng­hidap demam panas. Selain itu, akar digunakan untuk merawat kencing bernanah atau gonorea. Bijinya pula dibuat bahan demah untuk merawat tulang patah.


Bijan
Nama botani Sinonim
Nama lain : Sesamum orientale Linn. Sesamum indicum Linn. LengaPedaliaceae
Habitat : Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.Ciri morfologiBijan ialah sejenis tumbuhan semusim yang tumbuh tegak. Bunga­nya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau ungu muda. Daun bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daun bergerigi. Warnanya hijau dan berbulu halus. Buah pula jenis kapsul. Jenis yang hidup di negara ini mempunyai biji yang berwarna hitam.
Kegunaan dan khasiat
Disebabkan bunganya yang cantik dan menarik, pokok bijan se­suai ditanam sebagai hiasan. Daun bijan mengandungi banyak lendir. Biasanya daun direndam di dalam air dan diramas hingga keluar lendirnya. Air rendaman ini dibuat ubat mencuci ram­but supaya hitam dan berkilat. Daun bijan juga dibuat ubat pupuk untuk sakit kepala dan kadang-kadang dibuat ubat untuk mengubati usus. Selain itu, daun boleh juga dipupuk pada luka keciluntuk menyembuhkannya.Biji bijan digunakan seba emenagog. Di India, biji bijan dihancurkan dan dibubuh padakulit yang melecur dan ulser.

Belimbing Tanah
Nama botani : Oxalis barrelieri Linn
Nama lain : Belimbing bukit
Famili : Oxalidaceae
Habitat : Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.Ciri morfologiTumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya men­capai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hi­tam, dan berasa masam .
Kegunaan dan khasiat
Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemahjantung serta dapat menghilangkan da­haga.
Buah belim­bing tanah yang segar boleh di­makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le­bih berkesan.

Monday, December 15, 2008

herba


JENIS-JENIS HERBA


BELIMBING TANAH
Nama Botani
Tacca Cristata
Nama Lain
Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Famili
Taccaceae
Pengenalan
Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.
Khasiat dan Kegunaan
Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan Juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.



CAPA
Nama Botani
Blumae Balsmifera (L) DC
Nama Lain
Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau
Famili
Asteraceae
Pengenalan
Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus. Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 - 13 cm x 2.5 - 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi ('serrate dentate'), pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning.

Khasiat dan Kegunaan
Daun capa digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun capa biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di Filipina pula, daun sembung digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.


CEKUR
Nama Botani
Kaemferia galanga L
Nama Lain
Kencur (Indonesia), Pro hom (Thai), Lesser galanga, fingerroot (Inggeris)
Famili
Zingiberaceae
Pengenalan
Cekur berasal dari Asia Tropika. Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China. Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan. Tumbuhan ini mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daun pendek dan berukuran 2–3 cm sahaja. Cekur berbunga di tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu. Daun dan rizomnya mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna putih kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.
Khasiat dan Kegunaan
Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan


CUCUR ATAP
Nama Botani
Beackea Frutescens
Nama Lain
Cucur Atap, Corong Atap
Famili
Melastomaceae
Pengenalan
Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan, bewarna putih dengan gelang hijau di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.

Khasiat dan Kegunaan
Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.

DUKUNG ANAK
Nama Botani
Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis
Nama Lain
Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)
Famili
Euphorbiaceae
Pengenalan
Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic. Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut. Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun. Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga. Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.
Khasiat dan Kegunaan
Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.


EMAS COTEK
Nama Botani
Ficus deltoidea
Nama Lain
Serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah), tabat barito (Indonesia), Mistletoe fig (Inggeris)
Famili
Moraceae
Pengenalan
Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Khasiat dan Kegunaan
Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita. Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

HEMPEDU BUMI

Nama Botani
Andrographis paniculata
Nama Lain
Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)
Famili
Acanthaceae
Pengenalan
Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat dan Kegunaan
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

HALIA
Nama Botani
Zingiber officinale Ross
Nama lain
Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)
Famili
Zingiberaceae
Pengenalan
Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.


Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-­ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.


KUNYIT
Nama Botani
Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa
Nama Lain
Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric), Indian saffron, yellow ginger (Inggeris)
Famili
Zingiberaceae
Pengenalan
Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. Tanaman ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia lain seperti negara-negara Tenggara dan Selatan Asia. Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing di hujung serta mempunyai tangkai yang panjang. Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda.
Khasiat dan Kegunaan
Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar. Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.


KECUBONG
Nama Botani
Datura Fastuosa
Nama Lain
Kecebung
Famili
Solanaceae
Pengenalan
Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit. Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda. Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate'). Urat daun timbul dipermukaan bawah. Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm. Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak. Buah berbentuk bulat, keras dan berduri.

Khasiat dan Kegunaan
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.


KESUM
Nama Botani
Polygonum minus Huds
Nama lain
Phak phai (Thailand), Knotweed (Inggeris)
Famili
Polygonaceae
Pengenalan
Tanaman kesum (Polygonum minus) berasal dari kawasan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ia didapati tumbuh liar, terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. Ia juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kesum merupakan tanaman herba yang renik, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.0 m di dataran rendah dan sehingga 1.5 m di tanah tinggi. Daunnya panjang dan runcing berbentuk anak panah, 5−7 cm panjang dan 0.5–2.0 cm lebar. Ia tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik. Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan, dan mempunyai buku dan ruas yang pendek yang mudah berakar. Bunganya pula terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Pada amnya terdapat dua jenis kesum, iaitu yang lebih merayap/menjalar dan yang tumbuh agak menegak.

Khasiat dan Kegunaan
Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

LEMBA
Nama Botani
Curculigo Latifolia
Nama Lain
Lemba
Famili
Amaryllidaceae
Pengenalan
Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matangberukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar, Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya., Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk beri, berwarna putih dan berasa manis bila dimakan.

Khasiat dan Kegunaan
Daun sembung digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun sembong biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun sembung digunakan juga untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.



LIMAU PURUT
Nama Botani
Citrus hystrix DC.
Nama Lain
Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
Famili
Rutaceae
Pengenalan
Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.

Khasiat dan Kegunaan
Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

MISAI KUCING
Nama Botani
Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)
Nama Lain
Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)
Famili
Lamiaceae
Pengenalan
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Khasiat dan Kegunaan
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.


MENGKUDU
Nama Botani
Morinda citrifolia Linn.
Nama lain
Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)
Famili
Rubiaceae
Pengenalan
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.
Khasiat dan Kegunaan
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid


NILAM
Nama Botani
Pogostemon cablin (Blanco)Benth
Nama lain
Patchouli (Inggeris)
Famili
Lamiaceae
Pengenalan
Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina. Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia. Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi. Daunnya berbentuk ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi. Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas. Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil’ di pasaran antarabangsa. Antara bahan kimia yang terdapat dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’. Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi. Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampudan ubat antiserangga. Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.


PATAWALI
Nama Botani
Tinosprora Tuberculata
Nama Lain
Patawali, Putawali, Akar Seruntum
Famili
Menispermaceae
Pengenalan
Pokok jenis memanjat yang berkayu lembut. Batang poko berkeadaan berbintil-bintil, berkulit nipis dan mudah dipisahkan. Ukuran garispusat batang ialah antara 1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan berlendir, dan rasanya pahit. Daun bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar. Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama yang nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 cm panjang.

Khasiat dan Kegunaan
Air seduhan batang patawali diminum bagi membunuh cacing dalam perut sementara air seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan bagi merawat cholera, juandis, darah tinggi, sakit perut dan kencing manis. Penggunaan luarannya pula adalah bagi merawat kudis buta dan luka. Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air rebusan patawali secara berterusan akan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria.


PANDAN
Nama Botani
Pandanus odorus
Nama lain
Fragrant screwpine (Inggeris)
Famili
Pandanaceae
Pengenalan
Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.

Khasiat dan Kegunaan
Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia

PEGAGA
Nama Botani
Centella asiatica (L) Urban
Nama lain
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
Famili
Umbelliferae
Pengenalan
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit.

Khasiat dan Kegunaan
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.




ROSEL
Nama Botani
Hibiscus sabdariffa L
Nama Lain
Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel
Famili
Malvaceae
Pengenalan
Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.
Khasiat dan Kegunaan
Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.


SIAK-SIAK
Nama Botani
Daniella Ensifolia
Nama Lain
Siak-Siak
Famili
Liliaceae
Pengenalan
Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ketinggiannya boleh mencapai 1 m. Daunnya panjang (eliptik atau lanseolat), agak keras, berpelepah dan hujungnya tajam (akut). Bunga terbit dihujung tangkai yang panjang melebihi helaian daun (30 -60 cm). Bunga biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadangkala putih atau kekuningan. Buah bentuk beri, bergarispusat 9-15 mm, berwarna biru keungguan dan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempuyai 3-4 biji. Biji berbentuk ovoid, berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilau.

Khasiat dan Kegunaan
Akar pokok siak yang telah dikeringkan dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kecacingan. Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya. Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan selepas bersalin. Abu akar dan daun pokok siak digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, juandis, kudis herpes dan sakit urat. Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau bahan makanan lain digunakan sebagai umpan untuk membunuh tikus.



SERAI MAKAN
Nama Botani
Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain
Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)
Famili
Graminae
Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral)



SERAI WANGI
Nama Botani
Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain
Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili
Graminae
Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.



SELASIH
Nama Botani
Ocimum basilicum Linn.
Nama lain
Sweet Basil, French Basil (Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)
Famili
Lamiaceae
Pengenalan
Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.

Khasiat dan Kegunaan
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli.



SENNA MEKAH
Nama Botani
Cassia angustifolia Vahl
Nama Lain
Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris), Nilavarai, Nelavakai (India), Makham khaek (Thai), Fan xia ye (China)
Famili
Leguminosae
Pengenalan
Senna mekah adalah sejenis tanaman semusim yang renek berasal dari negeri Yemen di selatan Arab. Kini ia ditanam secara komersial di India, Pakistan dan China. Ia sesuai ditanam di tanah lom berpasir dan aluvium berlom. Tanaman ini mempunyai batang berkayu lurus, bercabang dan berwarna hijau pucat. Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100 cm. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun. Kudup sena mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman dan berkembang sepenuhnya selepas 65 hari. Bunganya berwarna kuning serta buahnya berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini berwarna perang kehijauan ketika muda dan perang gelap setelah matang.

Khasiat dan Kegunaan
Herba ini berupaya merawat pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, deman panas, taun, bronkitis, batuk, gout, reumatisme dan penyakit kuning, Kini ia dipercayai dapat merawat jerawat dan kurap serta menghilangkan sembelit.



TEA TREE
Nama Botani
Melaleuca alternifolia Cheel
Nama Lain
Gelam wangi, Tea tree (Inggeris)
Famili
Myrtaceae
Pengenalan
Tea tree dipercayai berasal dari benua Australia. Tanaman bersifat saka ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia merupakan tanaman jenis berkayu dengan ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan. Daunnya kecil tersusun berlingkar di sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan terdapat kuntum bunga yang berwarna putih. Setiap lengainya mempunyai tiga ruang, bersaiz lebih kurang 3 mm panjang.Ianya boleh menghasilkan antara 100 hingga 150 biji behih yang kecil dan keras berwarna coklat. Minyak pati tea tree di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai.

Khasiat dan Kegunaan
Ekstrak minyak tea tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarabdalam penyediaan barangan untuk penjagaan kulit. Tindakan minyak ini terhadap sel epitelium manusia adalah rendah dari segi ketoksikannya. Produk farmaseutikal dari formulasi tea tree adalah bagi rawatan penyakit jerawat, kelemumur dan masalah tinea.



TONGKAT ALI
Nama Botani
Eurycoma longifolia Jack
Nama lain
Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.
Famili
Simaroubaceae
Pengenalan
Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain. Persediaan produk daripada tongkat ali meliputi 30% daripada nilai perdagangan herba tempatan yang bernilai RM30–40 juta. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.
Khasiat dan Kegunaan
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).


TONGKAT ALI HITAM
Nama Botani
Polyathia Bulata
Nama Lain
Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin
Famili
Annonaceae
Pengenalan
Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam ('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

Khasiat dan Kegunaan
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA