Friday, March 19, 2010

INDAH

Assalamualaikum...
Waalaikummussallam, Indah... masuklah.
Tak keluar hari ni?
Tak.. nek...
Nenek sihat?
Indah tak bosanke sembang2 dgn. nenek?
Tak...
Kalaulah nenek ada cucu lelaki yang sebaya dgn. Indah...
Naper nek?
Adala...
Setiap petang di kala kelapangan pasti akan menjenguk nenek di bawah sambil sembang2 dan urut kaki dan tangannya yang sudah mengeleber. Bahagia ujarnya diurut...

Nenek...nenek... kenangan bersamamu takkan kulupa untuk selamanya.
Semoga kau aman bersamaNya.

Dakyah Yahudi

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah, 168)


Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al-Maidah, 88)


Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(an-Nahlu, 114)

Thursday, March 18, 2010

ENTAHLAH...




Mengapa kau terlau membenci aku? Apa sahaja yang tidak aku sukai , kau akan kutip balik, belai dan manjai. Sudah tidak ada rasa simpati walau sekelumit di hatimu buatku.
Kutahu,
di kala menginjak usia, telah tiada apapun istimewanya aku di matamu, hanya kebosanan, kejelekan dan keterpaksaan untuk terus kau bersamaku.
Apapun aku pasrah meniti ketentuan Ilahi.
Lagipun di sini kita hanya sementara...
Mati itu pasti dan kita akan segera menemuiNya.

ayam tua

Kau jual sajalah ayam tua kau tu, dah tak ada nilainya. kalau yang muda tu sedap sikit mata memandang, boleh diusap dan dibelai. Dahah tua, dah tak berselera aku tengok. Jalan pun tergedik2 menghayunkan ekornya yang tak berapa nak tumbuh. Kau rasa berapa sen kau akan dapat?

Entahlah Zali... kesian pula aku nak jual, dah banyak jasa dia pada aku, sejak dari dulu lagi. Memanglah aku pun dah tak berselera tengok dia, tapi aku tak sampai hati. nanti apa kata orang, dah habis madu sepah dibuang, dulu ayam tu lah punya rezeki aku. Dah berapa banyak telurnya aku jualkan untuk menyara hidupku. Malah membiakkan ayam2ku. tanpanya tak bernafas juga hidupku rasanya...
Eh... kalau kau nak aku bagi free jer.

Sorrylah... kau ingat aku ni haprak sangat... mengutip sisa2 yang orang dah tak lalu. Hey... aku belanja lebih pun tak per janji puas hati, muda, comel dan pastinya mongel. Dan aku akan pastikan setiap mata yanng memandang akan terpukau. Fuhh... terangkat egoku.

Eh! kalau kau masih nak simpan si tua kau tu... ni aku nak bagi sikit nasihat. Baik kau jaga dia elok2, bagi suplement yang secukupnya, buat make over, janganlah kedekut utk. si tua tu, ni tidak kalau dgn. ayam yang muda2 kau sanggup berabis, sebulan gaji kau pun tak per. Janji ada respon. Bagi makan yang sedap2 di tempat yang mahal2, utk si tua tu apa kau buat? Yang muda pun akan jadi tua juga. Kau pun bukannya muda lagi dah hampir setengah abad.

Yang kau sibuk sangat ni apasal, macamlah kau tu baik sangat...
Baik kau balik rumah tengokkan si tua kau kat rumah tu,

Ada aku kisah...

Sunday, March 14, 2010

aku

Aku ingin merasa bahagia, dibelai, dimanja...
tetapi pada siapa?
Aku ingin hidup seumpama yang lain,
Namun...
aku sering didustai, dicurangi...
saban detik dan ketika
terluka, sengsara dan merana...
PadaMu... ku bermunajat
titiplah secebis bahagia buatku di akhir masa,
andai waktuku sudah tiba...
dan tak lagi aku mampu bersuara.
TITIK

aku

Friday, March 12, 2010

Merapu Kejap- Fakta atau Auta

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku...

Telefon Bimbit -Tips Yang Tiada Di Dalam Manual

Kepada yang dah tahu, abaikan saja, tetapi saya lebih berminat untuk memberi pengetahuan kepada yang ingin tahu dan tak terfikir mengenainya.

Senarionya amat mudah, dan ia membabitkan telefon bimbit anda.

1. Pernahkah anda bergaduh dengan pasangan anda, apabila anda menelefon, hp dia masuk voicemail.Sedangkan anda perlu bercakap dengan dia atau anda memang dah rutin menelefon dia.

2. Dan kes bateri hp habis tu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja yang berlaku...sedangkan sebelum ini, bila-bila masa anda call, mudah untuk dapat.

3. Bermati-matian pasangan anda berkata, bateri hp dia habis...

Benarkah dakwaan itu?
Tahukah anda, cara paling mudah untuk mengesan samada benar atau tidak dia bergayut atau memang bateri dia habis.


1. Sebaik anda mengetahui, hp pasangan anda masuk 'voicemail' selepas didail, lakukan perkara mudah ini.

2. Pastikan hp anda disetkan pada: 'delivery report on"


3. Segera hantar satu mesej kepada nombor dia atau lagi senang, mesej kosong.

4. Lihat pada paparan skrin anda atau pada 'delivery report' - jika tertera perkataan 'delivered', bermakna sah pasangan anda sedang bergayut.

5. Tetapi jika tertera 'pending', atau 'waiting', bermakna memang bateri hp dia habis atau dia offkan hp itu atas sebab yang dia sahaja yang tahu.

6. Selepas 15 minit, anda cuba hantar lagi mesej. 'Delivered' terpapar diskrin anda. Bermakna, sekurang-kurang dah 15 minit dia bergayut.

7. Tetapi, jika benar bateri hp habis atau hp off, sebaik sahaja dia aktifkan hp, maka 'pending' pada report anda akan segera bertukar kepada 'delivered'. bermakna mesej yang anda hantar setengah jam tadi, sudah terpapar diskrin dia.



8.Cuba lakukan perkara ini beberapa kali, terutama jika anda selalu call tengahmalam, masih lagi masuk mesej, bermakna anda perlu berfikiran negatif akan apa yang sedang berlaku...!!!
9. Pandai-pandailah anda selesaikan masalah ini...!!!

11 Mac 2010

Hari ini tanggal 11 MaC 2010, aku telah dipanggil ke pejabat, dan diarahkan ke bilik kaunseling oleh pengetua. Sesampainya kau di bilik kaunseling, kulihat telah ada dua prang yg tak kukenali. Pengetua masuk. Norlida baca ni, PK1 memberikanku sehelai kertas. Aku baca...

Norlida... dgn. lantang pengetua menegurku...
Pernah tak awak mengucapkan perkataan ini?
Ya, puan...
Bila?
Seminggu lepas sebelum ujian Mac.
Mengapa awak ni mengajar sedikit, merapu je lebih, ini tak der dalam silibus.
saya dah berbuat baik dgn. awak dgn. harapan awak akan improve awak punya p&p. Ini tidak, banyak sangat komen yg. saya terima dari pelajar ttg. awak. Awak sepatutnya pergi petang, awak dah takde jadual pagi, tapi saya kasihan, bagi peluang, tapi awak tak menggunakan peluang yang saya beri. Dulu awak heboh kat kantin yang saya bagi awak jadual cacamarba. tahun ini saya bagi kelas pandai KRK. Tapi awak tetap tak berubah.

Awak telah memalukan pihak sekolah dah menjatuhkan maruah sekolah. kalau awak nak pindah sekarang, saya takder masalah... dgn. suara diiringi sedikit tangisan dan dia keluar dari bilik kaunseling.
Senyap...

Tiba-tiba seorang lagi masuk, aku tak kenal juga...
Assaamualaikum...
Cikgu Norlida yer...
Ya... encik
Boleh tak cikgu cerita kepada saya, apa sebenarnya yang berlaku...

Begini encik, minggu lepas, saya mengajar bab Melaka dan bagaimana Parameswara memajukan Melaka.......
bla..bla...bla...

Oh! saya ingat awak mengatakan individu tertentu Keling.

memang betulpun dari segi sejarah perkataan keling tu wujud dan ada penempatannya dulu di Melaka. Parameswara menempatkan orang Cina di Bukit Cina, orang India di Tanjung Keling.

Tuan...
Saya hanya menjawab apa yang pelajar saya tanya dan hanya satu dari dua kelas KRK yang saya sebutkan sebab satu kelas lagi tak bertanya.
" Mengapa orang Cina ditempatkan di Bukit Cina dan orang India ditempatkan di Tanjung Keling, Apa makna Keling tu?"

Saya bagi dua jawapan
1. Mengikut yang pernah saya baca, semasa penjajahan British, negeri2 Selat dijadikan tempat pembuangan orang2 salah dari India, jadi mereka dibawa masuk dgn. kakinya di gari, bila berjalan berbunyi, orang Melayu tak tahu bangsa apa? mereka sebut orang keling, bukan tujuan nak menghina dan sesudah mereka tahu, nama itu tak disebut lagi.
2. Ada sebuah benua yang bernama Keling yang amat kaya dan makmur, saudagar2nya yang kaya raya telah datang berdagang di Melaka dan mereka telah ditempatkan di Tanjung Keling.
Tuan kena faham, dulu pedagang datang bersandarkan kepada pergerakan angin monsun...

Saya tahu dan faham.....
Ini hanya salah faham...

saya faham dan sebagai alternatifnya, saya nak cikgu buatkan satu surat minta maaf melalui Pengetua.

Lagi satu, ambillah apa yang pengetua kata tu sesuatu yang positif, berbincanglah dgn. pengetua. jangan ambil hati.
*
*
*
*
NORLIDA... KALAU AKAK...


TAMAT

11 Mac 2010

Tuesday, March 9, 2010

Telefon berdering...
No. siapa ni, bisik aku sendirian, namun kupicit juga butang hijau... Assalamualaikum... kedengarann di ujung sana. Waalaikummussalam... Kenal tak? Entahlah semakin dihambat usia semakin jauh daya ingatanku melancong. Lidda takkan tak ingat akku lagi...
Hah... hanya kau seorang yang memanggil aku Lidda. Dah, dah... aku dah ingat, kau kat mana sekarang? kat sinilah kay el. Aku nak jumpa kau lah, boleh tak? Boleh tetapi selepas aku ambil semua anak-anak dari sekolah dan selepas aku solat Zohor dulu. Tetapi sebelum jam 5 sebab aku kena ambil anak bongsu aku kat nurseri.
Okey aku tunggu kau dekat R&R Bukit Dukung.
Beres...

Sunday, March 7, 2010

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA