Monday, November 1, 2010

Khasiat

Siapa yang tidak kenal buah betik. Pasti semua orang pernah merasai keenakan buah betik. Tekstur isinya yang berwarna merah apabila ranum sebenarnya turut kaya dengan pelbagai nutrien antioksida.
Khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam betik seperti karotena, vitamin B dan C, flavonoid, potasium, magnesium serta serat dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.
Selain kandungan nutrien-nutrien tersebut buah ini juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampuan membantu sistem pencernaan manusia.
Keunikan betik yang mempunyai papain telah membuatkan pakar botani profesional terkemuka Australia, Dr.T.P Lucas mencatatkanbetik sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemui di dunia di dalam buku tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1906.
Penyelidikan bertahun-tahun ke atas betik oleh Lucas bukan sahaja meletakkan hasil tulisannya sebagai harta intelektual malah ia turut membawa kepada penemuan salap betik yang dikenali sebagai Lucas Pa paw Ointment. Sehingga hari ini, salap betik dipercayai telah menjadi kaedah efektif mengatasi masalah kulit seperti ruam panas, kulit terbakar akibat sinaran matahari, kesan gigitan serangga , jerawat, luka dan kulit merekah.
Di samping itu, salap betik boleh memberi kelegaan sementara kepada penghidap buasir selain merawat simptom-simptom dermatitis dan ekzema.
Kelebihan salap betik bukan setakat itu sahaja kerana ia juga sesuai untuk masalah ruam lampin yang biasa dialami bayi.


Pucuk Betik:

Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak kemudian di makan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau di makan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi ia amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.Selain itu,Jus daun betik boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah/penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di india, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman/pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).Kerabu Bunga Betik

Bunga yang didapati dari betik jantan ini amat disukai orang ramai. Rasanya yang pahit mampu meningkat nafsu makan. Jika anda mahu menghilangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu dicuci sambil diramas dengan air garam. Sedap dimasak sebagai tumis, kerabu atau dibuat sayur berkuah santan.
Di sini saya nak berkongsi untuk buat kerabu betik.


Bahan-Bahan:
1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)7 batang cili api, 4 biji bawang merah , 3 biji bawang putih, sedikit udang kering, 1 cawan kelapa parut, belacan, asam jawa dan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Kaedah:
Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk). Cili, bawang merah dan putih, udang kering, belacan ditumbuk bersama sedkit garam,Gaulkan kelapa parut bersama bahan tumbuk ,assam jawa , gula dan garam.
Bunga betik ditoskan untuk hilangkan air.
Masak bahan yang digaul tadi dalam kuali. Masak atas api hingga berbau wangi , rasa asam garam dan gula baru masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit. Angkat sedia untuk dimakan
Khasiat Nanas Penawar Penyakit nanas atau dalam bahasa botaninya disebut Ananas Comosus.Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas.
Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu. Ber ikut adalah senarai penyakit dan kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit tersebut dengan buah iniSakit Perut Akibat Keracunan Makanan
Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.Masalah Kecacingan
Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.Demam
Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil
Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.Terseliuh
Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.Jem Nanas Nanas bukan sahaja sedap dimakan segar tetapi boleh juga dijadikan produk sampingan iaitu jem. Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.
:Aspek penting yang periu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk rnembuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak, Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai,warma yang kurang menarik.
Antara kaedah penyediaan Jem Nanas ialah….
Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nanas yang telah dipanaskan. Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada berketul.Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir pekat.Setelah itu asid sitrik dicampurkan dan dikacau terus sehingga sebati. Setelah masak, jem perlu dibotolkan semasa ia masih panas lagi. Botol-botol yang telah diisi perlulah ditutup rapat dengan serta merta bagi mengelakkan pencemaran bakteria.

Ubi keledek

Tahukah anda Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran.Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.

Khasiat Ubi Keledek
Tentu ramai yang biasa makan ubi keledek, tak kiralah dibuat kuih mahupun dimakan secara rebus. Seperti mana yang anda tahu, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza. Ubi keledek sememangnya digunakan meluas dalam industri pembuatan kuih tradisional.Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minumanPada tahu lepas, Universiti Islam Sains Malaysia (Usim) muncul dengan inovasi baru menerusi penghasilan produk minuman kesihatan berasaskan ubi keledek dan bunga roselle. Menggunakanubi keledek ungu yang mempunyai kandungan anthocyanin tinggi, khasiat minuman itu ditingkatkan dengan campuran roselle yang kaya khasiat herba, enzim, bahan antioksidan dan pelbagai vitamin iaitu C, D, B1, B2 serta B2 Kompleks di samping zat mineral. Dikatakan hasil gabungan tanaman itu berjaya menghasilkan minuman kesihatan berkhasiat dengan kandungan anthocyanintinggi berbanding buah-buahan lain.
Kandungan anthocyanin dalam minuman ini jauh lebih tinggi iaitu 122.42mg bagi setiap 100 ml, berbanding sekitar 38 hingga 92 mg dalam buah-buahan seperti strawberi, rasberi, cranberi dan blackcurrant. Kajian turut membuktikan kandungan anthocyanin dalam ubi keledek dan roselle mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Khasiat Cili

Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
[Image]Jika menurut rujukan yang saya buat, buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.

Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap.

Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.


Khasiat Bendi

Tentu anda biasa makan kacang bendi terutama bagi mereka yang gemarkan masakan gulai/kari. Kebiasaanya, bendi selalunya digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Orang Utara tak sebut kacang bendi, depa sebut kacang lendiaq. Orang putih pula kata lady fingers dan ada juga yang menyebutnya sebagai okra. Tahukah hangpa semua apakah khasiat kacang bendi ini?Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.[Image]Sebenarnya memang banyak lagi khasiat kacang bendi ini. Tidak sia-sia anda mengamalkannya demi hari tua anda. Dengar cerita orang tua, bendi ini dapat mengurangkan sakit sendi. Kalau puan-puan nak resepi masakan bendi ini, bolehlah dapatkan buku-buku masakan di pasaran. Resepi saya mudah sahaja.. rebus sahaja bendi tersebut, kemudian cicah dengan sambal belacan/budu dan makan dengan nasi panas.

Kacang Hijau.

Ketahui nutrisi penting yang terkandung di dalam makanan ini.Tinggi Protein.Kacang hijau mengandungi kadar protein yang tinggi iaitu sebanyak 24 peratus. Secara tradisi, ibu-ibu hamil sering dianjurkan supaya mengambi kacang hijau setiap hari agar bayi yang dilahirkan mempunyai rambut lebat. Ini kerana pertumbuhan sel-sel tubuh termasuk sel rambut rnemerlukan gizi yang baik terutama protein.Rendah lemak. Sangat baik bagi mereka yang ingin menghindari makanan tinggi lemak. Kadar lemak yang rendah dalam kacang hijau menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau juga tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.Vitamin B1(tiamin).Amat baik diambil bagi mengelakkan penyakit beri-beri. Selain itu, ia juga diperlukan untuk membantu melancarkan proses pencernaan dan pertumbuhan si kecil. Malahan, secara tidak langsung si kecil akan lebih bertenaga di samping masalah selera makan mereka juga dapat diatasi.Vitamin B2 (riboflavin). Membantu proses penyerapan protein di dalam tubuh. Apa yang pasti, dengan kehadiran vitamin ini, proses penyerapan protein akan menjadi lebih iancar dan efisien.Tidak mengandungi kolesterol.Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak juga berisiko mendapat obesiti. Kacang hijau atau Phaseolus aureus dikatakan berupaya mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Ini kerana ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol tetapi kadar kandungan lemak tak tepu yang sedikit di dalamnya juga dipercayai berupaya menurunkan kadar kolesterol di dalam badan.Kalsium dan fosforus. Seperti yang kita sedia maklum, kalsium dan fosforus sangat penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang si kecil. Bagi mendapatkan zat kalsium dan fosforus, anda hanya perlu memberi si kecil makan kacang hijau.


Kangkung

Kangkung merupakan salah satu sayur kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau dibuat kangkung goreng belacan. Ada sesiapa ke yang tak suka makan kangkung.Kangkung ada 2 jenis iaitu Kangkung tanah/darat dan kangkung air. Kangkung tanah adalah jenis yang tumbuh di atas tanah atau batas yang mempunyai batang yang tegak ke atas dan daun yang panjang menirus. Kebiasannya ditanam secara komersil.Kangkung air pula ialah jenis yang tumbuh di persekitaran berair seperti di kolam-kolam, parit atau tali air. Pertumbuhan secara menjalar dengan daun berbentuk bujur. Biasanya kangkung ni orang buat pecal.Sesiapa yang nak cuba nak masak kangkung goreng belacan, ini resepinya;

Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling 6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.


Khasiat Lobak Sayuran

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentangbakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…Cara-caranya mudah sahaja…Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Bawang putih berkesan untuk diet

bawang putih atau ‘Alium sativum’ sudah menjadi bahan dapur ‘wajib’ ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Manfaat bawah putih antara lain sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan.Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.


PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA