Tuesday, February 14, 2017

Tips Untuk Jaga Kulit Muka Di Musim Panas.


Pertama : Elakkan Mandi Air Panas
.
[#]Walaupun pada awal pagi, elakkan mandi dengan air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Selain itu, tubuh juga akan menjadi lemau dan mata cepat mengantuk. Gunakan air sejuk, ia membuatkan tubuh dan kulit menjadi segar.
.
.
Kedua : Minum Air Putih Secukupnya
.
[#]Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi terutama dalam cuaca panas. Minum air dua liter sehari. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan mengelakkan tubuh kekeringan. Air yang mencukupi akan membantu melembapkan kulit secara semulajadi.
.
.
Ketiga : Makan Buah & Sayur
.
[#]Jika mahu miliki kulit yang cantik dan mempunyai kelembapan kulit tinggi, pastikan anda bersahabat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda tidak gemar makan sayur, gantikan dengan buah-buahan. Dua jenis kumpulan makanan ini kaya dengan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan.
.
.
Keempat : Pelembap Untuk Kulit Wajah
.
[#]Amalkan tiga langkah asas penjagaan kulit iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan. Pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda. Agar kulit dapat dilindung sempurna pada siang hari, jangan lupa oles wajah anda dengan krim pelindung matahari.
.
.
Kelima : Kerap Gunakan Losyen
.
[#]Mengoles losyen adalah satu kemestian jika anda mahu kulit kekal lembap. Pilih losyen yang bebas pewangi dan diperbuat daripada bahan alami. Oles sekerap mungkin agar kulit tidak menjadi kering terutama di bahagian siku, lutut dan tumit.
.
.
Keenam : Petua Tradisi
.
[#]Bagi anda yang mempunyai kulit tubuh  kering, amalkan petua ini. Gosok tubuh dengan kelapa parut sebelum mandi, jadikan ramuan ini sebagai lulur. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit halus, lembut serta cerah. Untuk wajah pula, anda boleh lekapkan kubis yang ditumbuk halus. Jadikan kubis ini sebagai masker, kulit wajah akan segar dan lembap.
.
.
Ketujuh : Suplemen
.
[#]Boleh amalkan suplemen yang membantu menjadikan kulit anda cantik serta sihat. Dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan sebarang suplemen. Pastikan produk ini selamat, halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
.
.
Kelapan : Mandian Yang Tepat
.
[#]Bagi anda yang mempunyai kulit tubuh kering, jangan gunakan sabun. Ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Sebaliknya pilih gel mandian yang diperbuat daripada bahan alami dan kaya dengan Vitamin E. Ia membantu melembapkan kulit dan membersihkan tubuh dengan lembut.
.
.
Kesembilan : Pencuci Wajah Jenis Krim
.
[#]Pencuci wajah jenis sabun dan yang berbuih tidak sesuai untuk golongan berkulit kering. Pilih pencuci yang kaya dengan pelembap, sebaik-baiknya gunakan jenis krim. Ia bertindak secara lembut dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Ia membersihkan wajah tanpa mengeringkan kulit.
.
.
Kesepuluh : Pilih Skrub Gel
.
[#]Walaupun kulit kering, anda masih perlu menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati. Cuma, elakkan jenis yang berbiji dan kasar. Pilih skrub jenis gel yang dapat membersihkan kulit dengan sempurna tanpa mencederakan kulit.

5 LANGKAH UNTUK MENGHINDARI BAJU DALAM ALMARI BERBAU HAPAK.



5 LANGKAH UNTUK MENGHINDARI BAJU DALAM ALMARI BERBAU HAPAK

[=] Serius memang memalukan bila baju sedikit berbau. Mungkin orang sekeliling tidak perasan tetapi kita yang memakai baju itu kadang kala timbul perasaan seperti orang sedang menghidu dan memandang kita. Pernah tak?

[=] Letih rasanya membasuh pakaian tetapi baunya lebih teruk dari sebelum dibasuh dan lagi teruk kalau baju yang kita letak dalam almari berbau mak datuk memang pening kepala. Bukak sahaja almari, hurmmm ada bau kurang menyenangkan singgah ke hidung. Dah tu nak buat apa? Ada ke tips nak pastikan baju dalam almari tidak hapak.

## Serbuk Kopi ## 

  • [=] Tahukah anda serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.


## Sabun Buku ## 

  • [=] Pabila sebuku sabun terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk jadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman. Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut.


## Bebola Kapas dan Parfum ## 

  • [=] Parfum tidak akan menyingkir bau busuk atau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau. Sembur parfum haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.


## Herba Dalam Uncang ## 

  • [=] Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Kami cadangkan bunga lavender atau serai. Tutup dan letakkannya ke dalam gerobok pakaian anda.


## Semburan Kain ## 

  • [=] Anda boleh DIY sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda.

9 Cara Untuk Selamatkan Makanan Dari Serangan Semut




[=] Dari pita pelekat ke cuka, jenis barangan ini mampu menyelesaikan masalah semut di rumah anda dengan cepat dan tanpa perlukan belanja yang banyak.

[=] Ikuti tip ini untuk hapuskan semut di rumah.

#Cara Yang Pertama : Kapur

  • [=]Taburserbuk kapur di hadapan pintu masuk kediaman anda kerana semut alah pada calcium carbonate yang terkandung di dalam kapur. Anda juga boleh tabur serbuk kapur di sekitar tumbuhan dan tanaman anda untuk menghalau semut dan siput.

#Cara Yang Kedua : Garam

  • [=] Jika semut berjaya merentas masuk rumah anda, pintas perjalanan mereka dengan menaburkan garam di seluruh bingkai pintu atau secara langsung terus ke laluan mereka. Semut akan terhalang untuk melalui halangan itu.


#Cara Yang Ketiga : Tepung

  • [=]Semuttidak akan sekali melalui arah yang dihalang dengan tepung. Tabur di sekeliling bahagian dapur atau mana-mana sahaja bahagian dinding dapur yang menjadi laluan semut untuk atasi masalah semut di dapur anda.


#Cara Yang Keempat : Lemon

  • [=] Anda tidak perlukan sebarang perangkap semut di rumah anda. Anda hanya perlu perah sedikit air lemon di ambang pintu dan tingkap rumah. Kemudian perah lemon di mana-mana lubang atau retakan yang mempunyai jalan masuk semut ke dalam kediaman anda. Anda juga boleh letakkan sehiris lemon di bahagian sisi pintu rumah anda untuk memberi amaran pada semut agar tidak menceroboh masuk.


#Cara Yang Kelima : Pita pelekat

  • [=]Adakahsekumpulan semut sedang menghala ke balang biskut di dapur rumah anda? Atau mungkin sebarang manisan yang ada di atas kaunter dapur? Ambil pita pelekat dan hasilkan penghalang di sekitar balang tersebut agar semut tidak dapat lagi menyeberangi balang manisan di rumah anda.


#Cara Yang Keenam : Herba dan Rempah

  • [=] Letakkan kayu manis atau bunga cengkih di sekitar balang atau kabinet dapur yang menyimpan barangan dapur yang bersusun gula. Ianya dapat menghalau semut dari menyerang makanan manis di rumah anda.


#Cara Yang Ketujuh : Serbuk lada hitam

  • [=] Perjalanan semut terhalang apabila serbuk lada hitam menjadi pagar kepadanya. Tabur serbuk lada hitam di sekitar kawasan dapur agar tiada lagi masalah semut.


#Cara Yang Kelapan : Air

  • [=] Secara amnya ramai yang melakukan kaedah ini yang mana meletakkan air di dalam sebuah bekas dan jadikan makanan itu sebagai sebuah pulau. Semut tidak akan dapat menyeberanginya lagi.


#Cara Yang Kesembilan : Cuka

  • [=] Usir semut yang bersarang di sekitar halaman rumah anda seperti busut dengan cuka. Campurkan air dan cuka dalam satu botol. Sembur campuran tersebut di mana-mana bahagian halaman rumah yang anda percaya merupakan laluan masuk semut ke rumah anda. Ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah semut ini dengan cara ini.

Petua Orang Lama Untuk Mengekalkan Rasa Keenakan Dan Kesegaran Udang.



Petua Orang Untuk Mengekalkan Rasa Keenakan Dan Kesegaran Udang

[a]Untuk mengekalkan rasa keenakan dan kesegaran udang, bersihkan udang terlebih dahulu dan bilas dengan air kelapa sebelum ditanggalkan kulitnya.
.
.
[b]Kumpul kulit-kulit udang dan bungkuskan dengan kulit kapas dan ikat seperti bunjut rempah sup. Masukkan bunjut tersebut ke dalam masakan dan buang setelah selesai memasak.
.

2 Petua Yang Paling Mudah Untuk Hilangkan Rasa Pedas Di Mulut.



2 Petua Yang Paling Mudah Untuk Hilangkan Rasa Pedas Di Mulut


Yang Pertama : Minum susu
:
Ketika kita merasa kepedasan sebaiknya segera meminum susu. Lemak yang terdapat dalam produk susu seperti yogurt mampu mengatasi rasa pedas di dalam mulut akibat makanan pedas.

Yang Kedua : Minuman yang masam
:
Minuman lain seperti jus lemon dan jus tomato juga baik untuk mengatasi kepedasan. Asam yang terkandung di dalam minuman tersebut boleh menghilangkan rasa pedas yang disebabkan capsaicinoid. (Capsaicinoids adalah bahan kimia yang menimbulkan haba cili. Ia ada dalam hampir setiap lada). Memakan limau nipis atau hirisan lemon juga boleh membantu.

Manfaat Mendengar Azan Yang Sedang Berkumandang.



Subhanallah!! Anda Wajib Baca Dan Sebarkan..!! Inilah Manfaat Mendengar Azan Yang Sedang Berkumandang.


Tahukah Anda manfaat yang boleh kita dapatkan dengan mendengar suara azan? Berikut rangkuman dari pelbagai sumber,


[#]Pertama : Diam mendengar azan dapat menenangkan pikiran Saat sedang sibuk dengan kerja yang kita lakukan, contohnya pada siang hari kita mengejar semua pekerjaan agar segera beres dengan cepat, dengan diam mendengar azan Zuhur dan Asar menjadi penyejuk bagi tubuh kita.
.
.
[#]Percayalah.. Ada hawa yang sejuk dan ada jeda masa buat menenangkan hati serta fikiran saat ketika azan berkumandang, lalu kita diam dan mendengar.
.
.
[#]Kedua : Untuk peringatan diri dan semua.. Apapun aktiviti yg sedang kita lakukan atau apapun jua yg sedang kita ceburi, saat diam mendengar azan menjadi detik2 istimewa. Kita jadi mempunyai masa utk mengingat lagi bahawa kita cuma hamba Allah SWT yang hidup kerana Allah SWT dan akan kembali pada-Nya suatu saat nanti.
.
.
[#]Ketiga : Membuka peluang terkabulnya doa Daripada berbual, mendingan diam mendengar azan dan memanjatkan doa. Pada masa itu azan berkumandang ketahuilah masa itu adalah salah satu waktu doa jarang ditolak. Dari Sahl bin Saad bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Ada dua yang tidak tertolak dan jarang tertolak; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Dawud, Baihaqi, dan Hakim).
.
.
[#]Kempat : Balasannya syurga! Orang yg mendengar azan dan meyakini apa yang diucapkannya, maka dia mendapat janji surga dari Rasulullah. Hadits dari Abu Hurairah, ia berkata, “Pernah ketika kami sedang bersama Rasulullah, Bilal bangkit untuk menyerukan adzan. Tatkala Bilal diam, Rasulullah bersabda,

” Siapa yang mengucapkan seperti ucapannya muadzin disertai dengan keyakinan, maka ia pasti masuk syurga. “(HR. an Nasa’i no. 674, dihasankan Al Imam Al Albani dalah shahih sunan an Nasa’i).

[#]Wallahu a’lam. Semoga kita semua tergolong orang yang mendapat hidayah.

Amalan Doa Nabi Yunus Untuk Keluar Dari Kesulitan Hidup.



SUBHANALLAH..!! Inilah Amalan Doa Nabi Yunus Untuk Keluar Dari Kesulitan Hidup. Jom Amalkan Dan Sebarkan..!!

CARA KELUAR DARI KESULITAN HIDUP

Pertama : Zikir atau doa Nabi Yunus

[=] Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita: LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN. Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

[=] Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

[=] Memang ajaib!!

[=] Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.

[=] Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Kedua : Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesulitan hidup

  • [#]Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
  • [#]Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
  • [#]Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.
  • [#]Jangan kedekut nak belanja orang makan.
  • [#]Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
  • [#]Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
  • [#]Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

[=] Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

[=] Semoga berjaya. Dipersilakan Sh
DOA UNTUK PENAWAR SIHIR DARI JARAK JAUH KEPADA AHLI KELUARGA YANG DISIHIRKAN [ AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE. ]


[#]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
[#]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
[#]Sahabat yang di rahmati Allah,
.
.
[#]Doa ini dibaca kepada ahli keluarga yang berada jauh yang dikhuatiri terkena sihir. Boleh menawarkan sihir yang terkena padanya. Baca selepas solat.
.
.
[#]Dimulakan bacaan sebaiknya dengan Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan surah-surah berikut dibawah.
.
.

.
.
[#]Maksudnya:
.
.
"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."
.
.

.
.
[#]Maksudnya:
.
.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

INILAH 4 WIRID YANG MENGGERUNKAN DAN MENAKUTKAN MUSUH-MUSUH ISLAM.


[#]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
[#]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
[#]Sahabat yang di rahmati Allah,
.
.
[#]Setiap wirid ini dibaca sebanyak 11 kali. Insyallah semuga musuh-musuh Islam akan gerun dan takut dengan orang yang mengamalkan zikir dan wirid ini.
.
.
.
.
[#]Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana yang menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.

Friday, February 10, 2017

Bacalah Surah Yaasin Ayat 76




Sekiranya Anda Sedih Di Fitnah Bacalah Surah Yaasin Ayat 76, Insya Allah Hati Akan Tenang.

Fitnah dunia memang menyedihkan. Kerana fitnah manusia boleh berbunuh-bunuhan. Fitnah merosakkan hubungan sesama keluarga dan saudara mukmin kita. Sebab itulah kita dikehendaki siasat dahulu punca berita dan khabar yang kita terima sebelum menebarkan kepada orag lain. Ditakuti apa yang kita lakukan itu berupa fitnah yang tidak berasas sama sekali.

Lebih baik diam jika kita tidak pasti tentang sesuatu perkara yang kita dengar atau baca.

Di dalam Al Quran surah Al Baqarah; ayat 191 tercantum kalimah “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang ertinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Wallahua'lam...

Bacalah Surah Yaasin Ayat 76 Sekiranya Anda Sedih Di Fitnah

Surah Yasin Ayat 76:



Maksudnya;

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk tenteramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Bacalah sambil pegang dada.

Sesungguhnya kita bergantung harap pada Dia yang mencipta kita.

Tafsir ayat 76, surah Yasin (sumber: Tafsir Sunnah)

فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ

Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;

Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif. Dia tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Dia sayangkan kaumnya. Oleh itu dia bersedih sangat. Sebab itu Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.

Dalam ayat ini, Allah bercakap terus kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan kasih sayang Allah kepada Nabi.

إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ

Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati mereka;

Contohnya, ada yang tak suka dengan dakwah yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.

وَمَا يُعْلِنُونَ

dan apa yang mereka lantangkan dengan suara mereka;

Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan tidak suka mereka secara berdepan semasa jumpa dengan orang yang memberi dakwah. Ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah tahu belaka. Tidak boleh sesiapa pun boleh menyembunyikan walau apa pun dari Allah.

Allah membiarkan sahaja perbuatan mereka menghina Nabi dan pembawa risalah itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa mereka sahaja. Semua akan dibalas di akhirat kelak. Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua sekali perbuatan mereka, samada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan balas perbuatan mereka itu.

Semoga kita mendapat iktibar daripada tafsiran ayat 76 Surah Yasin di atas.

sumber : www.gengviral.com

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA