Tuesday, February 14, 2017

9 Cara Untuk Selamatkan Makanan Dari Serangan Semut




[=] Dari pita pelekat ke cuka, jenis barangan ini mampu menyelesaikan masalah semut di rumah anda dengan cepat dan tanpa perlukan belanja yang banyak.

[=] Ikuti tip ini untuk hapuskan semut di rumah.

#Cara Yang Pertama : Kapur

  • [=]Taburserbuk kapur di hadapan pintu masuk kediaman anda kerana semut alah pada calcium carbonate yang terkandung di dalam kapur. Anda juga boleh tabur serbuk kapur di sekitar tumbuhan dan tanaman anda untuk menghalau semut dan siput.

#Cara Yang Kedua : Garam

  • [=] Jika semut berjaya merentas masuk rumah anda, pintas perjalanan mereka dengan menaburkan garam di seluruh bingkai pintu atau secara langsung terus ke laluan mereka. Semut akan terhalang untuk melalui halangan itu.


#Cara Yang Ketiga : Tepung

  • [=]Semuttidak akan sekali melalui arah yang dihalang dengan tepung. Tabur di sekeliling bahagian dapur atau mana-mana sahaja bahagian dinding dapur yang menjadi laluan semut untuk atasi masalah semut di dapur anda.


#Cara Yang Keempat : Lemon

  • [=] Anda tidak perlukan sebarang perangkap semut di rumah anda. Anda hanya perlu perah sedikit air lemon di ambang pintu dan tingkap rumah. Kemudian perah lemon di mana-mana lubang atau retakan yang mempunyai jalan masuk semut ke dalam kediaman anda. Anda juga boleh letakkan sehiris lemon di bahagian sisi pintu rumah anda untuk memberi amaran pada semut agar tidak menceroboh masuk.


#Cara Yang Kelima : Pita pelekat

  • [=]Adakahsekumpulan semut sedang menghala ke balang biskut di dapur rumah anda? Atau mungkin sebarang manisan yang ada di atas kaunter dapur? Ambil pita pelekat dan hasilkan penghalang di sekitar balang tersebut agar semut tidak dapat lagi menyeberangi balang manisan di rumah anda.


#Cara Yang Keenam : Herba dan Rempah

  • [=] Letakkan kayu manis atau bunga cengkih di sekitar balang atau kabinet dapur yang menyimpan barangan dapur yang bersusun gula. Ianya dapat menghalau semut dari menyerang makanan manis di rumah anda.


#Cara Yang Ketujuh : Serbuk lada hitam

  • [=] Perjalanan semut terhalang apabila serbuk lada hitam menjadi pagar kepadanya. Tabur serbuk lada hitam di sekitar kawasan dapur agar tiada lagi masalah semut.


#Cara Yang Kelapan : Air

  • [=] Secara amnya ramai yang melakukan kaedah ini yang mana meletakkan air di dalam sebuah bekas dan jadikan makanan itu sebagai sebuah pulau. Semut tidak akan dapat menyeberanginya lagi.


#Cara Yang Kesembilan : Cuka

  • [=] Usir semut yang bersarang di sekitar halaman rumah anda seperti busut dengan cuka. Campurkan air dan cuka dalam satu botol. Sembur campuran tersebut di mana-mana bahagian halaman rumah yang anda percaya merupakan laluan masuk semut ke rumah anda. Ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah semut ini dengan cara ini.

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA