Tuesday, February 14, 2017
Tips Untuk Jaga Kulit Muka Di Musim Panas.
Pertama : Elakkan Mandi Air Panas
.
[#]Walaupun pada awal pagi, elakkan mandi dengan air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Selain itu, tubuh juga akan menjadi lemau dan mata cepat mengantuk. Gunakan air sejuk, ia membuatkan tubuh dan kulit menjadi segar.
.
.
Kedua : Minum Air Putih Secukupnya
.
[#]Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi terutama dalam cuaca panas. Minum air dua liter sehari. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan mengelakkan tubuh kekeringan. Air yang mencukupi akan membantu melembapkan kulit secara semulajadi.
.
.
Ketiga : Makan Buah & Sayur
.
[#]Jika mahu miliki kulit yang cantik dan mempunyai kelembapan kulit tinggi, pastikan anda bersahabat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda tidak gemar makan sayur, gantikan dengan buah-buahan. Dua jenis kumpulan makanan ini kaya dengan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan.
.
.
Keempat : Pelembap Untuk Kulit Wajah
.
[#]Amalkan tiga langkah asas penjagaan kulit iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan. Pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda. Agar kulit dapat dilindung sempurna pada siang hari, jangan lupa oles wajah anda dengan krim pelindung matahari.
.
.
Kelima : Kerap Gunakan Losyen
.
[#]Mengoles losyen adalah satu kemestian jika anda mahu kulit kekal lembap. Pilih losyen yang bebas pewangi dan diperbuat daripada bahan alami. Oles sekerap mungkin agar kulit tidak menjadi kering terutama di bahagian siku, lutut dan tumit.
.
.
Keenam : Petua Tradisi
.
[#]Bagi anda yang mempunyai kulit tubuh kering, amalkan petua ini. Gosok tubuh dengan kelapa parut sebelum mandi, jadikan ramuan ini sebagai lulur. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit halus, lembut serta cerah. Untuk wajah pula, anda boleh lekapkan kubis yang ditumbuk halus. Jadikan kubis ini sebagai masker, kulit wajah akan segar dan lembap.
.
.
Ketujuh : Suplemen
.
[#]Boleh amalkan suplemen yang membantu menjadikan kulit anda cantik serta sihat. Dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan sebarang suplemen. Pastikan produk ini selamat, halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
.
.
Kelapan : Mandian Yang Tepat
.
[#]Bagi anda yang mempunyai kulit tubuh kering, jangan gunakan sabun. Ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Sebaliknya pilih gel mandian yang diperbuat daripada bahan alami dan kaya dengan Vitamin E. Ia membantu melembapkan kulit dan membersihkan tubuh dengan lembut.
.
.
Kesembilan : Pencuci Wajah Jenis Krim
.
[#]Pencuci wajah jenis sabun dan yang berbuih tidak sesuai untuk golongan berkulit kering. Pilih pencuci yang kaya dengan pelembap, sebaik-baiknya gunakan jenis krim. Ia bertindak secara lembut dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Ia membersihkan wajah tanpa mengeringkan kulit.
.
.
Kesepuluh : Pilih Skrub Gel
.
[#]Walaupun kulit kering, anda masih perlu menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati. Cuma, elakkan jenis yang berbiji dan kasar. Pilih skrub jenis gel yang dapat membersihkan kulit dengan sempurna tanpa mencederakan kulit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lencana Facebook
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.
No comments:
Post a Comment