Sekiranya Anda Sedih Di Fitnah Bacalah
Surah Yaasin Ayat 76, Insya Allah Hati Akan Tenang.
Fitnah dunia memang menyedihkan. Kerana
fitnah manusia boleh berbunuh-bunuhan. Fitnah merosakkan hubungan sesama
keluarga dan saudara mukmin kita. Sebab itulah kita dikehendaki siasat dahulu
punca berita dan khabar yang kita terima sebelum menebarkan kepada orag lain.
Ditakuti apa yang kita lakukan itu berupa fitnah yang tidak berasas sama
sekali.
Lebih baik diam jika kita tidak pasti
tentang sesuatu perkara yang kita dengar atau baca.
Di dalam Al Quran surah Al Baqarah; ayat
191 tercantum kalimah “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang ertinya “Dan
fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”.
Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa Imam
Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak,
dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik
itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Wallahua'lam...
Bacalah Surah Yaasin Ayat 76 Sekiranya
Anda Sedih Di Fitnah
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad)
berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami
sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk
tenteramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Bacalah sambil
pegang dada.
Sesungguhnya kita bergantung harap pada
Dia yang mencipta kita.
Tafsir ayat 76, surah Yasin (sumber:
Tafsir Sunnah)
فَلَا يَحْزُنْكَ
قَوْلُهُمْ
Maka janganlah mendukacitakan kamu
perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;
Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu
bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para
pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif. Dia tahu apakah
yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Dia
sayangkan kaumnya. Oleh itu dia bersedih sangat. Sebab itu Allah pujuk Nabi
untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka.
Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.
Dalam ayat ini, Allah bercakap terus
kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan kasih sayang Allah kepada
Nabi.
إِنَّا نَعْلَمُ
مَا يُسِرُّونَ
Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang
mereka rahsiakan dalam hati mereka;
Contohnya, ada yang tak suka dengan dakwah
yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.
وَمَا يُعْلِنُونَ
dan apa yang mereka lantangkan dengan
suara mereka;
Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan
tidak suka mereka secara berdepan semasa jumpa dengan orang yang memberi
dakwah. Ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah
tahu belaka. Tidak boleh sesiapa pun boleh menyembunyikan walau apa pun dari
Allah.
Allah membiarkan sahaja perbuatan mereka
menghina Nabi dan pembawa risalah itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa
mereka sahaja. Semua akan dibalas di akhirat kelak. Allah nak beritahu dalam
ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua
sekali perbuatan mereka, samada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan
balas perbuatan mereka itu.
Semoga kita mendapat iktibar daripada
tafsiran ayat 76 Surah Yasin di atas.
sumber :
www.gengviral.com
No comments:
Post a Comment