Friday, March 12, 2010

Telefon Bimbit -Tips Yang Tiada Di Dalam Manual

Kepada yang dah tahu, abaikan saja, tetapi saya lebih berminat untuk memberi pengetahuan kepada yang ingin tahu dan tak terfikir mengenainya.

Senarionya amat mudah, dan ia membabitkan telefon bimbit anda.

1. Pernahkah anda bergaduh dengan pasangan anda, apabila anda menelefon, hp dia masuk voicemail.Sedangkan anda perlu bercakap dengan dia atau anda memang dah rutin menelefon dia.

2. Dan kes bateri hp habis tu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja yang berlaku...sedangkan sebelum ini, bila-bila masa anda call, mudah untuk dapat.

3. Bermati-matian pasangan anda berkata, bateri hp dia habis...

Benarkah dakwaan itu?
Tahukah anda, cara paling mudah untuk mengesan samada benar atau tidak dia bergayut atau memang bateri dia habis.


1. Sebaik anda mengetahui, hp pasangan anda masuk 'voicemail' selepas didail, lakukan perkara mudah ini.

2. Pastikan hp anda disetkan pada: 'delivery report on"


3. Segera hantar satu mesej kepada nombor dia atau lagi senang, mesej kosong.

4. Lihat pada paparan skrin anda atau pada 'delivery report' - jika tertera perkataan 'delivered', bermakna sah pasangan anda sedang bergayut.

5. Tetapi jika tertera 'pending', atau 'waiting', bermakna memang bateri hp dia habis atau dia offkan hp itu atas sebab yang dia sahaja yang tahu.

6. Selepas 15 minit, anda cuba hantar lagi mesej. 'Delivered' terpapar diskrin anda. Bermakna, sekurang-kurang dah 15 minit dia bergayut.

7. Tetapi, jika benar bateri hp habis atau hp off, sebaik sahaja dia aktifkan hp, maka 'pending' pada report anda akan segera bertukar kepada 'delivered'. bermakna mesej yang anda hantar setengah jam tadi, sudah terpapar diskrin dia.



8.Cuba lakukan perkara ini beberapa kali, terutama jika anda selalu call tengahmalam, masih lagi masuk mesej, bermakna anda perlu berfikiran negatif akan apa yang sedang berlaku...!!!
9. Pandai-pandailah anda selesaikan masalah ini...!!!

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA