Hari ini tanggal 11 MaC 2010, aku telah dipanggil ke pejabat, dan diarahkan ke bilik kaunseling oleh pengetua. Sesampainya kau di bilik kaunseling, kulihat telah ada dua prang yg tak kukenali. Pengetua masuk. Norlida baca ni, PK1 memberikanku sehelai kertas. Aku baca...
Norlida... dgn. lantang pengetua menegurku...
Pernah tak awak mengucapkan perkataan ini?
Ya, puan...
Bila?
Seminggu lepas sebelum ujian Mac.
Mengapa awak ni mengajar sedikit, merapu je lebih, ini tak der dalam silibus.
saya dah berbuat baik dgn. awak dgn. harapan awak akan improve awak punya p&p. Ini tidak, banyak sangat komen yg. saya terima dari pelajar ttg. awak. Awak sepatutnya pergi petang, awak dah takde jadual pagi, tapi saya kasihan, bagi peluang, tapi awak tak menggunakan peluang yang saya beri. Dulu awak heboh kat kantin yang saya bagi awak jadual cacamarba. tahun ini saya bagi kelas pandai KRK. Tapi awak tetap tak berubah.
Awak telah memalukan pihak sekolah dah menjatuhkan maruah sekolah. kalau awak nak pindah sekarang, saya takder masalah... dgn. suara diiringi sedikit tangisan dan dia keluar dari bilik kaunseling.
Senyap...
Tiba-tiba seorang lagi masuk, aku tak kenal juga...
Assaamualaikum...
Cikgu Norlida yer...
Ya... encik
Boleh tak cikgu cerita kepada saya, apa sebenarnya yang berlaku...
Begini encik, minggu lepas, saya mengajar bab Melaka dan bagaimana Parameswara memajukan Melaka.......
bla..bla...bla...
Oh! saya ingat awak mengatakan individu tertentu Keling.
memang betulpun dari segi sejarah perkataan keling tu wujud dan ada penempatannya dulu di Melaka. Parameswara menempatkan orang Cina di Bukit Cina, orang India di Tanjung Keling.
Tuan...
Saya hanya menjawab apa yang pelajar saya tanya dan hanya satu dari dua kelas KRK yang saya sebutkan sebab satu kelas lagi tak bertanya.
" Mengapa orang Cina ditempatkan di Bukit Cina dan orang India ditempatkan di Tanjung Keling, Apa makna Keling tu?"
Saya bagi dua jawapan
1. Mengikut yang pernah saya baca, semasa penjajahan British, negeri2 Selat dijadikan tempat pembuangan orang2 salah dari India, jadi mereka dibawa masuk dgn. kakinya di gari, bila berjalan berbunyi, orang Melayu tak tahu bangsa apa? mereka sebut orang keling, bukan tujuan nak menghina dan sesudah mereka tahu, nama itu tak disebut lagi.
2. Ada sebuah benua yang bernama Keling yang amat kaya dan makmur, saudagar2nya yang kaya raya telah datang berdagang di Melaka dan mereka telah ditempatkan di Tanjung Keling.
Tuan kena faham, dulu pedagang datang bersandarkan kepada pergerakan angin monsun...
Saya tahu dan faham.....
Ini hanya salah faham...
saya faham dan sebagai alternatifnya, saya nak cikgu buatkan satu surat minta maaf melalui Pengetua.
Lagi satu, ambillah apa yang pengetua kata tu sesuatu yang positif, berbincanglah dgn. pengetua. jangan ambil hati.
*
*
*
*
NORLIDA... KALAU AKAK...
TAMAT
No comments:
Post a Comment