Kisah 1 :
Umie pegi skolah tumpang kawan coz keta umie rosak. Dahla hujan, telefon dia off xde bateri, berhujanlah umie.
Kisah 2 :
Sampai kat sekolah pejabat habis lintang pukang, syiling bertaburan di lantai, almaklum ada penceroboh masuk mencuri wang dlm. peti besi ( camna diaorang tahu kombinasi no. peti besi? ) . Ramailah kerabat polis kat skolah hari ni. Ala-ala CSI Miami, movie kesukaan umie channel 701.
Kisah 3 :
Balik jam 2.45p.m, anak2 abah yang ambilkan, kesian abah tak sempat lunch. Takpe demi anak2 tersayang, abah sanggup korbahkan lunch.
Wednesday, October 14, 2009
Thursday, October 8, 2009
PMR
Tahun ini 2009, umie telah ditugaskan untuk mengawas PMR di SMK Perimbun. Dekat je tu dengan rumah . Hari pertama 7 Oktober, umie turun dari rumah jam 7.23 pagi dan sampai kat SMK Perimbun jam 7.28, 5 minit je umie drive.
Hari ini 8 Oktober, umie turun jam 7.32 sampai jam 7.36. Ok lah tu.
Tiada kejadian yang luar biasa di sini, setakat hari ni.
Hari ini 8 Oktober, umie turun jam 7.32 sampai jam 7.36. Ok lah tu.
Tiada kejadian yang luar biasa di sini, setakat hari ni.
Wednesday, September 30, 2009
Jumpa kawan lama
Pertamanya umie telah berkunjung ke rumah kawan baik umie di Kg. Pengkalan Baru, Bachok, Arita. Seronok rasenya kerana dah lama tak jumpa. Bila lihat kawan lama barulah terasa tuanya diri, maklumlah masing-masing dah ada anak remaja. Macam-macam yanng kami bualkan, tak sedar hari dah larut malam. Kami minta diri dan beransur pulang ke Kg. Beris Kubur Besar-kg. suamiku. Semoga kami bisa bertemu lagi di lain kali.
angah dgn. izzat
umie, acik arita dan izzat
abah dgn. pakcik Suhardi
angah dgn. acik arita
abe dgn. pak cik Suhardi
acik Arita
tasha dgn. seri
umie dgn. Acik Arita
abah dgn. pakcik Suhardi
angah dgn. acik Arita
Keduanya kami telah ke Kg. Lati, pasir Mas, iaitu ke rumah Acik Zalilah dan Pakcik Halim. Kawan baik keluarga kami semasa di Sandakan, Sabah. Anaknya dah tujuh orang umie dah kalah nampaknya. Dia masih maintain seperti dulu lagi, masih lagi kecik molek, walaupun anak-anak dah meningkat remaja.
Cik Lah di dapur
Cik Lah dengan 2 anak daranya di dapur
Abah, suci dan pak cik Halim
Suci di ruang tamu.
Akhirnya kami ke rumah kawan baik abah juga di Pasir Mas, iaitu Pak cik Ju atau lebih glamour di pasir Mas dgn. gelaran Mat Ju Buncit. Kat rumahnya umiei terpaksa jadi tukang masak, tukang hidang dan segala-gala jenis tukang. Nak makan umie kena buat sendiri. Apa lagi tak habis-habis berceritalah abah dengan best friendnya tu. Lepas maghrib kami beransur pulang ke rumah keluargaku di Machang. Di pertengahan jalan kami singgah di rumah Mak Long di Bukit Cina. larut malam baru kami sampai ke Kg. Ulu Sat, Machang. (sorry gambarnya tiada)
abah di beranda rumah pakcik Ju
suci,ita dan seri main pingpong

MANDI SUNGAI
Sepulangnya kami ke kampung halaman, umie bergegas ke sungai esoknya kerana mencuci toto akibat terkena najis kucing kesayangan suci 'kitty'. Apa lagi kesemua askar-askar prebetpun tumpang sekaki mandi sungai. maklumlah dah lama tak merasa mandi sungai. Manalah ada sungai kat Cheras, kalau adapun hanya sebesar longkang dan airnya mengalir selesu 1meter sejam.
Pulang ke Kampung
Kami telah berangkat pulang ke kampung pada jam 3.00 petang hari Jumaat, 17 September 2009. kami telah menyusuri jalan melalui Kuala Terengganu untuk mengelakkan kesesakan. Awalnnya suamiku merancang nak bertolak jam 10.00 pagi, tapi kerana sikat rambut, suamiku...
Alhamdulillah, kerana lewat bertolak, aku sempat menyemak kertas sejarah kelas 3Bestari.
Kami sampai ke kampung jam 3.00 pagi, kiranya kami travel 12 jam. Lepas sahur jam 5,00 pagi dan solat Subuh, kami melelapkan mata sampai ke tengahari.

Wednesday, August 26, 2009
25 Haribulan
Semalam 25 haribulan, umie tahulah semua kakitangan kerajaan dapat gaji. Semua pasaraya di area Cheras ni penuh sesak dengan manusia. Maklumlah kalau di siang hari mungkin mereka bekerja, lagipun penat berpuasa. Malamlah mereka mencari peluang untuk ke pasaraya untuk mendapatkan barang2 keperluan. Umie pun tak ketinggalan berkunjung ke pasaraya untuk membeli sedikit barangan dapur dan susu Suci.
Mulanya kami ke Tesco Taman Midah, jalannya Jam, abah pusinglah mencari pasaraya baru, kami ke Giant Taman Connought, ramai juga, tapi tak jam. Troli habis. Jam 11.00 malam kami balik.
Bukanlah pasaraya yang sesak menjadi persoalan, tapi...
Umie tak faham mengapa terlalu ramai polis yang meronda dan membuat sekatan . hampir di seluruh Cheras, nak kata ada kejadian jenayah tak kedengaran beritanya. Di Tesco ada polis, sampai jam, di Giantpun ada polis, hampir di segenap pelusuk taman Connought. Tak fahamlah Umie, apa banyak sangat ke penjenayah di bulan puasa ni?
Semuanya menjadi tanda tanya. Tapi...
Bak kata anak Umie yang darjah dua, Juwita, " Biasalah umie, orang banyak duit dapat gaji...
Lagipun dah nak raya, cari bekalan... (faham-faham ajala...)

Monday, August 24, 2009
Ramadhan 1430H Datang Lagi
Selamat menyambut hadirnya bulan Ramadhan semoga semuanya sihat walafiat sebagaimana umie sekeluarga. Dapatlah kita menunaikan ibadat berpuasa dengan sejahteranya. Di samping melakukan ibadat-ibadat yang dituntut sepanjang bulan yang mulia ini. Hari ini dah 3 hari kita berpuasa. Anak-anak semuanya berpuasa kecuali yang kecil Suci. Tapi dia tak nak makan juga cuma minum susu je. Dia kata dia puasa.
Seronoknya kalau dapat berpuasa kat kampung, tapi sayang; walaupun sekolah cuti tapi abah tak cuti, jadi tak dapatlah kami berpuasa di kampung.
Hari raya nanti InsyaAllah dapatlah kami balik kampung (lambatnya...)

Antara juadah berbuka puasa
kegemaran abah - akok
kegemaran Suci, Seri dan Juwita - donut coklat
kegemaran umie dan angah - buah mulong
Kegemaran sekeluarga - ayam perap
kegemaran kakak - roti jala
kegemaran abe - air soya
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lencana Facebook
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.