Tuesday, May 25, 2010

10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah s.w.t

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."






Saturday, May 22, 2010

Fakta Menarik Tentang Cocacola

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/ besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.

. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang datangnya perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali
sekala! ]Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

8 fakta Menarik Tentang Mati

8 fakta menarik tentang mati

1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.


2. Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal!


3. Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion
)!


4. Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.


5. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.


6. Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.

Satu lagi fakta, mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.


7. Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.


8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu mereka akan mencukur kening apabila kucing peliharaan mereka mati.

Fakta Menarik Tentang Air

Kira2 80% tubuh manusia terdiri drp air... malah, terdapat beberapa bahagian dlm tubuh yg mengandungi kadar air lebih drp 80%... iaitu OTAK & DARAH...

Otak mengandungi kira2 90% komponen air manakala darah 95%... sbb itulah kita disyorkan supaya minum air sekurang2 nya 2 liter @ 8 gelas sehari...

Apakah kesan terhadap tubuh sekiranya anda mengambil air kurang dr 2 liter sehari?

Darah memerlukan air utk mengimbangkan molekul2 nya (yg kata ada darah cair & darah pekat tuh..)bila kurang air,
maka darah akan menjadi kental & pekat.. maka perjalanan darah pn akan terjejas... apabila darah ini melalui buah pinggang (buah pinggang berfungsi utk menyaring racun dr darah), ia akan melalui penapis yg sgt halus dlm buah pinggang... jika darah kita pekat, ia boleh menyebabkan penapis tadi bocor... bila bocor, anda akan melihat air kencing anda kotor & berwarna... bila air kencing kotor, doktor akan meminta anda minum air banyak2, betul tak? lg satu, ia mencegah anda drp batu karang...

Apabila keadaan ini (minum air kurang) berterusan, maka tidak mustahil akan berlakunya kegagalan buah pinggang... maka terpaksalah anda semua menghabiskan wang hengget & masa utk buat haemodylisis...

Kita lihat kesan kepada otak kita sekiranya air dlm badan kurang.... bila darah menjadi pekat, maka perjalanan ke otak semestinya terganggu... darah ini akan lambat sampai ke otak sedangkan sel2 otak ketika itu memerlukan darah utk mendapatkan oksigen & makanan bg membolehkan otak iteww berfungsi.. ate nye, bila lmbt sampai, mati cepat le sel2 otak td... lebih teruk lg sekiranya anda penghidap sakit jantung... keadaan darah yg kental & pekat mungkin akan mengakibatkan anda diserang stroke...

Jadi, minum la air sekurang2 nya 2 liter sehari terutamanya jika anda ingin menurunkan berat
badan... hey!! air penting tau utk menyingkirkan lemak... sebenarnya air juga membantu proses metabolisma dlm badan untuk menukarkan lemak kpd tenaga.. jika kurang air, maka ia melambatkan pembakaran lemak... jd, makin lmbt la proses penurunan berat badan...

Air juga penting dlm proses pencernaan... proses pencernaan akan terganggu jika anda tidak dapat menyerap segala zat, vitamin & mineral dr makanan.. apabila badan tidak cukup nutrisi yg diperlukan, tubuh akan memberi 'signal' ke otak bahawa ia tidak cukup nutrisi & perlukan makanan utk menambah nutrisi... apalagi, otak akan hantar signal LAPAR & kita pn mkn dgn banyaknya... dgn minum air yg banyak, kita dpt mengekang rasa lapar seterusnya dapat menurunkan berat badan...

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA