Saturday, September 20, 2008

Shoping Raya (pusingan ketiga)


Umi dengan penuh bergaya sedang memilih baju kurung
Kelihatan Suci dengan penuh khusyuknya sedang memilih kasut koboi.

Hari ni, abah bawa bala tenteranya ke Endah Parade, Seri Petaling. Mula-mula abah nak bawa pergi shoping raya kata Karnival Bukit Jalil, tapi belum buka lagi. Masa kat Endah Parade tu, yang paling kepoh sekali ialah Suci. Dia nak itu, nak ini. Baju lagi, kasut lagi. Baju dia bermacam-macam fesyen yang dia nak.


Angah sambil tersengih-sengih sedang berposing di sebelah patung

Natasha kena chickenpox


Dua minggu lepas, Suci yang kena campak. Lepas tu, Seri pula yang kena. Sekarang ni Natasha pula yang kena campak. Nasib baik kena sekarang. Kalau kena masa Hari raya, tak berayalah jawabnya. Apabila kena campak, maka penuhlah bintik-bintik putih ubat. nasib baik stok ubat Seri masih ada lagi.
Natasha ni manja sikit. Kena demam saja, dia punya rintihan mengalahkan orang perempuan yang mati laki. Asyik nak merengek saja. Dah bagi minum air kelapa muda. Kesian dia, ahli batalion tentera yang lain pergi soping raya, tapi dia terlantar atas sofa.

Sunday, September 14, 2008

JALAN-JALAN KAT BANGI

Pagi ni, abah bawa tenteranya jalan-jalan kat Bangi.
Suci dengan Seri dengan penuh bergaya sedang menunjukkan isyarat peace. Lokasinya ialah di taman permainan yang terletak di tepi sebuah tasik di bandar baru Bangi.


Suci sedang menghirup air kotak yang dibeli oleh uminya di Hentian Kajang. Masa ni, umi baru lepas beli tiket untuk abang dengan angah untuk balik kampung pada hari raya nanti.


Kelihatan dalam gambar, sayup-sayup kelihatan Seri sedang menunjukkan kelebihannya iaitu bergayut sambil menahan nafas. Alaaaa... dia tak puasa hari ni, boleh lah bergayut. Cuba kalau Natasha yang tak puasa, mungkin dia juga boleh bergayut macam tu, tapi lagi hebat kot. Mungkin bergayut dengan kepalanya ke bawah sambil menahan kentut...



Ni pula gambar Natasha yang sedang meninjau-ninjau air kotak yang terdapat dalam beg plastik. Sambil-sambil tangan dia mengusap-usap air kotak tersebut, dia merintih dengan penuh kesayuan:
"Umi, kakak dahagalah. Lambat lagi nak buka posa ni. Kalau dahaga sangat, kakak boleh koma ni."
Umi dia jawab:
"Budak besar kena posalah. Adik-adik tak apa sebab adik-adik kecil lagi."
Tapi, Natasha ni, badan jer besar. Sebenarnya dia masih budak-budak lagi.
Lepas tu, senyap tak ada apa-apa perbualan antara Natasha dengan Umi dia. Tiba-tiba, bunyi "Srrrrrpppppp.......", air kotak kena hirup.
Umi dia jengah ke belakang. Bukan Suci yang tengah menghirup air kotaknya. Juwita juga tidak menghirup air kotaknya. Bunyi air kotak yang kena hirup tu datangnya daripada air kotak Seri. tapi bukan Seri yang menghirup air kotak tu, tapi Natasha.
"Kakak tak tahan la..."

Saturday, September 13, 2008

PERKAHWINAN MOKCIK

Masa cuti sekolah yang lalu, Mokcik (Zakiah Hanim) telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Mokcik bekerja kat kolej matriklulasi Kuantan. Mokcik ni adik nombor lapan abah. Mata dia sepet sikit sebab ikut mata mok.Dia mengajar Bahasa Inggeris. Suami Mokcik pula orang api. Kejer kat TNB la tu. Kalu ada sapa-sapa yang rumahnya kena potong api sebab tak bayar bil, noleh la kontek suami Mokcik.

Semua ahli keluarga balik kampung. Tapi kami kat KL tak dapat balik. Kami memang merancang nak balik. Tapi Umi kena masuk HUKM sehari sebelum perkahwinan Mokcik. Jadi tak dapat la kami balik. Cuti yang abah dah ambil untuk balik kampung terpaksa digunakan untuk berulang-alik ke HUKM. Bila abah cuti, umi cuti, maka semua bala tenteranya pun ikut sama cutilah.



Kat bawah ni gambar-gambar perkahwinan Mokcik.


Ayah sedang menyuap Mokcik. Eeeeiiii.... tak malu, dah ada suami pun masih lagi nak kena suap.







Yang kat sebelah kiri tu ayah, handsome kan... sebab tu la abah pun handsome. Mok pula yang pakai tudung putih tu. Masa mok muda-muda dulu, ayoh cakap muka Mok macam Era Fazira. Mokcik dengan suaminya (yang sedang kontrol ayu) manakala mentua mokcik tu yang kat sebelah kanan.





Gamba ni rasanya kat masjid kot. Mungkin tengah tunggu majlis akad nikah. Yang sedang memberi jelingan maut tu ialah Alin. Mungkin dia tengah berfikir : "Bila la pula aku ni nak kahwin?" Yang kat belakang tu ialah Umi.







NI gambar mokcik sedang berposing dengan suaminya. Walaupun kelihatan Mokcik sedang menegakkan badannya, sebenarnya dia sedang menahan gas beracun..





Sunday, September 7, 2008

Puasa 7 Ramadhan







Pagi ini, umi dengan abah pergi ke tesco. Seperti biasa, tentera-tenteranya akan ikut sekali.
Dan Suci seperti biasalah, akan memekik-mekik dari dalam troli. Ala.... saje nak tarik perhatian la tu. Sebenarnya dia tak mau duduk dalam troli, dia nak jalan-jalan dan meronda-ronda seluruh tesco tu. Tapi, abah mana kasi. Dia takut masuk berita TV3.




Umi sedang memilih dua bungkus nasi ayam untuk Juwita dan Seri. Natasha(yang sedang terselindung) sedang menelan-nelan air liurnya. Sabar, sabar, budak besar tak boleh makan. Nasi ayam ini hanya untuk budak-budak kecil saja.


Dan abah, macam biasalah...dengan boring dia. nasib baik handsome.

Saturday, September 6, 2008

Nabila dan Kegilaan barunya

Nabila sekarang ni sudah ada hobi baru. Dia suka buat blog. Hari-hari dia update blog. Macam gambar kat atas, dia sempat tersengih sambil mengupdatedkan blognya.

Monday, September 1, 2008

Kenangan di tengah perjalanan ke Tanah Tinggi Genting



















Abah telah membawa kami ronda-ronda di tanah tinggi genting sekembalinya kami bercuti dari kampung.

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA