Pagi ni, abah bawa tenteranya jalan-jalan kat Bangi.
Suci dengan Seri dengan penuh bergaya sedang menunjukkan isyarat peace. Lokasinya ialah di taman permainan yang terletak di tepi sebuah tasik di bandar baru Bangi.
Suci sedang menghirup air kotak yang dibeli oleh uminya di Hentian Kajang. Masa ni, umi baru lepas beli tiket untuk abang dengan angah untuk balik kampung pada hari raya nanti.
Kelihatan dalam gambar, sayup-sayup kelihatan Seri sedang menunjukkan kelebihannya iaitu bergayut sambil menahan nafas. Alaaaa... dia tak puasa hari ni, boleh lah bergayut. Cuba kalau Natasha yang tak puasa, mungkin dia juga boleh bergayut macam tu, tapi lagi hebat kot. Mungkin bergayut dengan kepalanya ke bawah sambil menahan kentut...
Ni pula gambar Natasha yang sedang meninjau-ninjau air kotak yang terdapat dalam beg plastik. Sambil-sambil tangan dia mengusap-usap air kotak tersebut, dia merintih dengan penuh kesayuan:
"Umi, kakak dahagalah. Lambat lagi nak buka posa ni. Kalau dahaga sangat, kakak boleh koma ni."
Umi dia jawab:
"Budak besar kena posalah. Adik-adik tak apa sebab adik-adik kecil lagi."
Tapi, Natasha ni, badan jer besar. Sebenarnya dia masih budak-budak lagi.
Lepas tu, senyap tak ada apa-apa perbualan antara Natasha dengan Umi dia. Tiba-tiba, bunyi "Srrrrrpppppp.......", air kotak kena hirup.
Umi dia jengah ke belakang. Bukan Suci yang tengah menghirup air kotaknya. Juwita juga tidak menghirup air kotaknya. Bunyi air kotak yang kena hirup tu datangnya daripada air kotak Seri. tapi bukan Seri yang menghirup air kotak tu, tapi Natasha.
"Kakak tak tahan la..."
No comments:
Post a Comment