Monday, November 1, 2010

Khasiat

Siapa yang tidak kenal buah betik. Pasti semua orang pernah merasai keenakan buah betik. Tekstur isinya yang berwarna merah apabila ranum sebenarnya turut kaya dengan pelbagai nutrien antioksida.
Khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam betik seperti karotena, vitamin B dan C, flavonoid, potasium, magnesium serta serat dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.
Selain kandungan nutrien-nutrien tersebut buah ini juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampuan membantu sistem pencernaan manusia.
Keunikan betik yang mempunyai papain telah membuatkan pakar botani profesional terkemuka Australia, Dr.T.P Lucas mencatatkanbetik sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemui di dunia di dalam buku tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1906.
Penyelidikan bertahun-tahun ke atas betik oleh Lucas bukan sahaja meletakkan hasil tulisannya sebagai harta intelektual malah ia turut membawa kepada penemuan salap betik yang dikenali sebagai Lucas Pa paw Ointment. Sehingga hari ini, salap betik dipercayai telah menjadi kaedah efektif mengatasi masalah kulit seperti ruam panas, kulit terbakar akibat sinaran matahari, kesan gigitan serangga , jerawat, luka dan kulit merekah.
Di samping itu, salap betik boleh memberi kelegaan sementara kepada penghidap buasir selain merawat simptom-simptom dermatitis dan ekzema.
Kelebihan salap betik bukan setakat itu sahaja kerana ia juga sesuai untuk masalah ruam lampin yang biasa dialami bayi.


Pucuk Betik:

Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak kemudian di makan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau di makan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi ia amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.Selain itu,Jus daun betik boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah/penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di india, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman/pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).Kerabu Bunga Betik

Bunga yang didapati dari betik jantan ini amat disukai orang ramai. Rasanya yang pahit mampu meningkat nafsu makan. Jika anda mahu menghilangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu dicuci sambil diramas dengan air garam. Sedap dimasak sebagai tumis, kerabu atau dibuat sayur berkuah santan.
Di sini saya nak berkongsi untuk buat kerabu betik.


Bahan-Bahan:
1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)7 batang cili api, 4 biji bawang merah , 3 biji bawang putih, sedikit udang kering, 1 cawan kelapa parut, belacan, asam jawa dan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Kaedah:
Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk). Cili, bawang merah dan putih, udang kering, belacan ditumbuk bersama sedkit garam,Gaulkan kelapa parut bersama bahan tumbuk ,assam jawa , gula dan garam.
Bunga betik ditoskan untuk hilangkan air.
Masak bahan yang digaul tadi dalam kuali. Masak atas api hingga berbau wangi , rasa asam garam dan gula baru masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit. Angkat sedia untuk dimakan
Khasiat Nanas Penawar Penyakit nanas atau dalam bahasa botaninya disebut Ananas Comosus.Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas.
Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu. Ber ikut adalah senarai penyakit dan kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit tersebut dengan buah iniSakit Perut Akibat Keracunan Makanan
Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.Masalah Kecacingan
Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.Demam
Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil
Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.Terseliuh
Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.Jem Nanas Nanas bukan sahaja sedap dimakan segar tetapi boleh juga dijadikan produk sampingan iaitu jem. Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.
:Aspek penting yang periu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk rnembuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak, Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai,warma yang kurang menarik.
Antara kaedah penyediaan Jem Nanas ialah….
Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nanas yang telah dipanaskan. Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada berketul.Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir pekat.Setelah itu asid sitrik dicampurkan dan dikacau terus sehingga sebati. Setelah masak, jem perlu dibotolkan semasa ia masih panas lagi. Botol-botol yang telah diisi perlulah ditutup rapat dengan serta merta bagi mengelakkan pencemaran bakteria.

Ubi keledek

Tahukah anda Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm.Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam.Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran.Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.

Khasiat Ubi Keledek
Tentu ramai yang biasa makan ubi keledek, tak kiralah dibuat kuih mahupun dimakan secara rebus. Seperti mana yang anda tahu, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza. Ubi keledek sememangnya digunakan meluas dalam industri pembuatan kuih tradisional.Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minumanPada tahu lepas, Universiti Islam Sains Malaysia (Usim) muncul dengan inovasi baru menerusi penghasilan produk minuman kesihatan berasaskan ubi keledek dan bunga roselle. Menggunakanubi keledek ungu yang mempunyai kandungan anthocyanin tinggi, khasiat minuman itu ditingkatkan dengan campuran roselle yang kaya khasiat herba, enzim, bahan antioksidan dan pelbagai vitamin iaitu C, D, B1, B2 serta B2 Kompleks di samping zat mineral. Dikatakan hasil gabungan tanaman itu berjaya menghasilkan minuman kesihatan berkhasiat dengan kandungan anthocyanintinggi berbanding buah-buahan lain.
Kandungan anthocyanin dalam minuman ini jauh lebih tinggi iaitu 122.42mg bagi setiap 100 ml, berbanding sekitar 38 hingga 92 mg dalam buah-buahan seperti strawberi, rasberi, cranberi dan blackcurrant. Kajian turut membuktikan kandungan anthocyanin dalam ubi keledek dan roselle mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Khasiat Cili

Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
[Image]Jika menurut rujukan yang saya buat, buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.

Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap.

Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.


Khasiat Bendi

Tentu anda biasa makan kacang bendi terutama bagi mereka yang gemarkan masakan gulai/kari. Kebiasaanya, bendi selalunya digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Orang Utara tak sebut kacang bendi, depa sebut kacang lendiaq. Orang putih pula kata lady fingers dan ada juga yang menyebutnya sebagai okra. Tahukah hangpa semua apakah khasiat kacang bendi ini?Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.[Image]Sebenarnya memang banyak lagi khasiat kacang bendi ini. Tidak sia-sia anda mengamalkannya demi hari tua anda. Dengar cerita orang tua, bendi ini dapat mengurangkan sakit sendi. Kalau puan-puan nak resepi masakan bendi ini, bolehlah dapatkan buku-buku masakan di pasaran. Resepi saya mudah sahaja.. rebus sahaja bendi tersebut, kemudian cicah dengan sambal belacan/budu dan makan dengan nasi panas.

Kacang Hijau.

Ketahui nutrisi penting yang terkandung di dalam makanan ini.Tinggi Protein.Kacang hijau mengandungi kadar protein yang tinggi iaitu sebanyak 24 peratus. Secara tradisi, ibu-ibu hamil sering dianjurkan supaya mengambi kacang hijau setiap hari agar bayi yang dilahirkan mempunyai rambut lebat. Ini kerana pertumbuhan sel-sel tubuh termasuk sel rambut rnemerlukan gizi yang baik terutama protein.Rendah lemak. Sangat baik bagi mereka yang ingin menghindari makanan tinggi lemak. Kadar lemak yang rendah dalam kacang hijau menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau juga tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.Vitamin B1(tiamin).Amat baik diambil bagi mengelakkan penyakit beri-beri. Selain itu, ia juga diperlukan untuk membantu melancarkan proses pencernaan dan pertumbuhan si kecil. Malahan, secara tidak langsung si kecil akan lebih bertenaga di samping masalah selera makan mereka juga dapat diatasi.Vitamin B2 (riboflavin). Membantu proses penyerapan protein di dalam tubuh. Apa yang pasti, dengan kehadiran vitamin ini, proses penyerapan protein akan menjadi lebih iancar dan efisien.Tidak mengandungi kolesterol.Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak juga berisiko mendapat obesiti. Kacang hijau atau Phaseolus aureus dikatakan berupaya mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Ini kerana ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol tetapi kadar kandungan lemak tak tepu yang sedikit di dalamnya juga dipercayai berupaya menurunkan kadar kolesterol di dalam badan.Kalsium dan fosforus. Seperti yang kita sedia maklum, kalsium dan fosforus sangat penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang si kecil. Bagi mendapatkan zat kalsium dan fosforus, anda hanya perlu memberi si kecil makan kacang hijau.


Kangkung

Kangkung merupakan salah satu sayur kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau dibuat kangkung goreng belacan. Ada sesiapa ke yang tak suka makan kangkung.Kangkung ada 2 jenis iaitu Kangkung tanah/darat dan kangkung air. Kangkung tanah adalah jenis yang tumbuh di atas tanah atau batas yang mempunyai batang yang tegak ke atas dan daun yang panjang menirus. Kebiasannya ditanam secara komersil.Kangkung air pula ialah jenis yang tumbuh di persekitaran berair seperti di kolam-kolam, parit atau tali air. Pertumbuhan secara menjalar dengan daun berbentuk bujur. Biasanya kangkung ni orang buat pecal.Sesiapa yang nak cuba nak masak kangkung goreng belacan, ini resepinya;

Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling 6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.


Khasiat Lobak Sayuran

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentangbakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…Cara-caranya mudah sahaja…Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Bawang putih berkesan untuk diet

bawang putih atau ‘Alium sativum’ sudah menjadi bahan dapur ‘wajib’ ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Manfaat bawah putih antara lain sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan.Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.


Wednesday, October 20, 2010

ISNIN 18 OKTOBER...

Hangit Lagi

Hangit...

Mengapa kau sering menyesakkan masa lapangku?

Mencipta segala masalahku...

Tidakkah... pernah

Kau terfikir,

Angkara dosa apakah Tuhan mencipta sakitmu.

Sunday, October 10, 2010

BISU

Bisu...
Terkadang membingungkan...
meresahkan...
dan menyakitkan hati ...
Seorang aku

Wednesday, October 6, 2010

Hangit...

Dahlah kulit kau hangit,
rupanya...
Hati kau terlebih lagi hangit.

HANGIT

Wahai hangit,

Mengapa kau terlalu memusuhi aku?
Apa dosa aku pada kau?

Hangit...
Andai aku dapat berhijrah dari persada ini...
Kau tunggu biasan dariku.

Monday, September 6, 2010

Iftar Ramadan ITNM di Palace of the Golden Horses pada 2 September 2010

Iftar Ramadan ITNM

ITNM telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Palace of the Golden Horses pada 2 September 2010 dengan dihadiri lebih 400 tetamu yang terdiri daripada Ahli Lembaga ITNM, Pengurusan ITNM, Warga kerja ITNM, Sasterawan Negara, pemenang Anugerah SEA Write Award, penggiat sastera, penulis, penterjemah, pencetak, kontraktor buku, pengedar buku, pekedai buku, penerbit kerajaan, penerbit swasta, media, dan pelanggan ITNM.

Abah telah membawa kami (umie, angah, seri, Juwita dan Suci) ke majlis tersebut. Tapi sayang kami tak bawa kamera. Jadi takdelah gambar kami. Inipun gambar abah dengan kawannya sedang beratur nak mengambil makanan.

Monday, July 19, 2010

Sandwich Pelangi

Dscf1408



Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 bungkus roti Gardenia dibuang kulit tepi
  • 1 tin kecil sardin dihancurkan
  • 2 biji bawang merah dimayang
  • 1 biji limau nipis diambil jusnya
  • 1 biji tomato dihiris nipis
  • 2 biji cili padi dihiris nipis
  • 1 batang timun dihiris nipis
  • 2 helai daun salad dihiris
  • 3 camb. mayonis
  • 3 biji telur rebus dihancurkan
  • mentega disapu pada roti
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Roti disapu dengan mentega.
  2. Sardin, bawang merah, limau nipis, tomato, cili padi dan garam digaul sehingga sebati di dalam mangkuk.
  3. Mayonis dicampur dengan telur di dalam mangkuk yang berasingan
  4. Ambil sekeping roti susun timun dan salad (warna hijau) dan letakkan sekeping lagi roti yang disapu bahan sardin (warna merah), dan lapisan atas disapu bahan mayonis (warna kuning).
  5. Potong kepada 4 bahagian dan sedia dihidang.

Kuih doraemon



Bahan-bahan ( 20biji )

  • 1kg ubi kayu (direbus dan dilecek)
  • 1/2 cwn gula (ikut citarasa)
  • 1 cwn kelapa parut
  • secubit garam
  • 5 sb tpg gandum
  • 5 sb tpg beras
  • minyak (utk menggoreng)

Cara-cara

  1. satukan ubi kayu yg tlh dilecek bersama gula dan kelapa parut.uli hingga sebati.
  2. jadikan doh-doh kecil (sebesar bola pingpong)
  3. satukan tpg gandum , tpg beras dan secubit garam bersama sedikit air.
  4. celupkan doh tadi kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.

  5. Mee Goreng Basah
Cats-meegorengbasah

Resepi simple, guna barang yang ada kat dapur: resepi oleh kawan baik..(Cara lebih details)


Created on : 18-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bawang Putih-5-6 Ulas (Gambar 1)-Diketuk
  • Bawang Besar-1/2 Biji (Gambar 1)-Dihiris
  • Isi Ayam @ Daging @ Udang @ Fishball @ Fishcake-ikut suka hati nak banyak mana(Gambar 2)
  • Sawi @ taugeh- Ikut banyak mana suke (Gambar 3)
  • Cili Boh-Secukupnya (Selalunye 3-4 sudu besar sebab suka pedas)
  • Mee Kuning-1 Bungkus
  • Sos Tiram-Secukupnya
  • Segala jenis kicap-kicap masin @ kicap manis @ kicap pekat @ kicap ape-apela..-Secukupnya
  • Air-ikut keperluan
  • Garam-ikut keperluan

Cara-cara

  1. Tumis Bawang Putih dan Bawang Besar hingga naik bau
  2. Masukkan Cili Boh secukupnya. Secukupnya disini ikut nak pedas atau tak..kalo nak pedas tarukla banyak sikit, kalo taknak boleh kurangkan (Gambar 4)..Tumis hingga garing/naik minyak
  3. Masukkan segala isi ayam @ daging @ udang @ fishball @ fishcake tu. Tumis sampai masak
  4. 4-Masukkan Sos Tiram secukupnya..maksud di sini. Taruk tu agak-agak la..jangan sikit sangat, jangan banyak sangat, sedang-sedang dgn segala isi ayam@udang@daging@sotong yang kita nak taruk tu..
  5. Masukkan kicap sikit dulu (tak kisahla kicap ape..tapi sikit je...)
  6. Masukkan pulak Mee Kuning...Kacau rata. Bagi segala tumisan tadi tu bergaul rata..Gaul janji sebati sahaja
  7. Selepas tu terus masukkan air..Pastikan Mee kuning tu tengelam dalam air tu ye. Air jangan banyak sangat takut Mee kembang terlampau-lampau (Gambar 5)...Terus Bukak api besar, sambil tu masukkan lagi segala kicap tu..Ejas ikut kesukaan
  8. Garam tu boleh letak sikit kalau suka, kalau tak abaikan..
  9. Nak mengelegak tu boleh masukkan Sawi @ taugeh (ikut mana sayur yang kita suka).. Biarkan hingga mengelegak dan kacau sekali sekala. (Kepekatan kuah boleh diejas. Kalo rase macam kuah tak cukup boleh tambah air lagi)
  10. Dah pekat boleh tutup api dan hidang...

♥Janekek™

Janekek

Kuih orang lama.Seperti roti goreng.Biasanye resipi ini dlm adunan di uli dgn air tapi yg ini menggunakan air kelapa utk menguli.Sesuai dimakan utk sarapan atau minum petang.


Created on : 18-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6-10 orang )

  • 300 g tepung gandum
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 2 biji kuning telur - grade B
  • 1 biji pitih telur
  • 80 g gula halus
  • 100 ml air kelapa (jangan di habiskan)
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Janekek_001
    Dalam sebuah mangkuk,telur dan gula di kacau hingga gula hancur.
  2. Janekek_004
    Masukkan tepung dan b. soda yg telah diayak dulu dan kacau hingga rata.Tuang pula air kelapa sedikit2 hingga menjadi doh.
  3. Janekek_005
    Uli pula hingga doh tk melekat pd mangkuk.
  4. Janekek_006
    Ambil sedikit doh,bulat2kan dan canai membujur atau canai doh dan bentukkan ikut suka.Jika adunan melekit,taburkan tepung dipapan canai dan canai doh.
  5. Janekek_d_goreng
    Panaskan minyak dlm kuali dan goreng doh.Apabila doh mula terapung,balek2kan hingga kuih kecoklatan kedua2 belah bahagian.Angkat janekek dan toskan minyaknya.Siap untuk disajikan dan enak dimakan begitu saja.
  6. ***Selepas step no.4,doh yg dicanai akak diamkan selama 10 hingga 15 min. supaya kuih yg telah digoreng akan bersarang di dalamnya.

Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak (Untuk Orang Dewasa Pun Boleh)

Petikan dari pengalaman seorang ibu yang mempunyai anak yang telah selesai menghafaz 30 surah terakhir dalam Al-Quran semasa umurnya 3 tahun.

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:

1) Kacang Badam (Almond) Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 – DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran; ‘Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda Sabda Rasulullah s.a.w. “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w “As Sam itu adalah mati..”

7) Buah Tin Allah berfirman “Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman..” Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1). Sabda Rasulullah s.a.w. Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi” Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti.

8 ) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini. Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. “gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati’ Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah”

9) Air Surah Taha Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 – 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.

Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus. Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan ‘funny taste’…tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..


Thursday, July 15, 2010

Fadhilat Membaca Bismillah

Fadhilat Membaca Bismillah


Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.



rahsia di sebalik bulan Muharram

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA