Sunday, January 31, 2010
Cerita kereta dan api
Akhirnya aku telefon suami menggunakan telefon public. Dia cadangkan aku beli aje telefon murah, sementara dia balik dan carikan kabel charger di Lowyatt. Akupun balik solat dan bersama-sama Seri, Juwita dan Suci bergegas ke Tesco Extra di Taman Midah.
Jam 4.05 p.m aku sampai ke Taman Bukit Cheras, jalanraya jam sesangat. Apa ni? Aku nampak ada kereta yang berpatah balik. Tapi aku teruskan juga perjalanan, ternampaklah kepulan asap yang hitam menjulang ke langit. Aku rempuh juga di sebelahnya, termasuk aku hanya 3 kereta sahaja yang berani seperti aku. OOOOOOO... rupanya ada kereta yang terbakar. Seri teruja nak lihat lebih lama, tapi aku nak cepat, beli telefon baru. Aku nampak sebuah kereta bomba.
Jam 4.20 p.m aku sampai di Tesco Extra. Punyalah tak de tempat parking, hingga habis tanah Tesco, baru dapat aku park kereta.
Akhirnya kau belilah sebuah telefon CSL yang paling murah harganya, hanya RM98. Takpe lah sementara blackberry aku berfungsi kembali.
Setelah membeli apa yang patut akupun pulang. Tepat jam 5.44 p.m aku sampai di tempat kebakaran tadi, aku nampak sebuah kereta wira yang berwarna merah yang dah hitam legam sedang dimuatkan ke atas lori. Entahlah ke mana mahu dibawa...
Akupun terus balik ke rumah dan 'take 10' TITIK
Cara-cara Mendidik Kaum Wanita
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...
Wednesday, January 27, 2010
ERTI DI SEBALIK KESETIAAN
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan…
Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…
10 SEBAB MENGAPA ANDA TIDAK PERLU MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN SUAMI ORANG
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua…khususnya wanita…
Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.
2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.
3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.
4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.
5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diraguh ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asiakan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!
6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka
7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan
8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa
9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah.
10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka
11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis
12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?
13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak
14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya.
Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!
Tuesday, January 26, 2010
6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki
6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki
________________________________________
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
2. Wanita yang "terdesak" untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.
3. Wanita "sosial".
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing", pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni la nak rasa macam-macam..".
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?
5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?
Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang "handsome"?
6. Wanita yang "sabar" tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
Wahai Manusia
Tak berhati perut sesama insan,
Bertindak mengikut perasaan,
Tanpa memikirkan kesan...
Sedikit kepandaian yang ada,
Kau mula perasan...
Semuanya mau kau godam...
Termasuk aku yang kurang faham.
Ingatlah....
Kita masih ada Tuhan,
Andai sudah suratan...
Kita jumpa kemudian....
Di Sana...
Sunday, January 24, 2010
MUSTAFA KEMAL ATATURK
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah
Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
SOLAT AKHIR WAKTU!!!
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang
Kisahnya ?..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah !!!
Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.
Thursday, January 21, 2010
Mengajar Orang Lain yang Kurang Ajar terhadap Islam
Mengajar Orang Lain yang Kurang Ajar terhadap Islam
Cerita ini disampaikan oleh seorang teman.
Cerita ini disampaikan oleh almarhum bapa mentua saya. Beliau berkata, semasa dia menjadi salah seorang tenaga kerja di sebuah syarikat kereta ternama dunia, seorang rakan bukan Islam bertanya kepada beliau tentang solat. Bapa mentua saya sedar bahawa soalan itu untuk memerangkap dan mempersenda-sendakannya sebagai penganut agama Islam.
Rakannya itu bertanya,
Mengapakah orang Islam bersolat dengan menonggeng-nonggengkan buntut kepada orang lain; mengapakah mesti mengangkat-angkat tangan seperti orang surrender dalam perang sedangkan kononnya orang Islam sayang akan Tuhannya, orang Islam suci dan tidak bersalah? Begitulah lebih kurang cerita almarhum bapa mentua saya. Waktu itu saya masih baru sebagai ahli keluarganya.
Apakah reaksi beliau (bapa mentua saya) terhadap soalan rakannya itu? Ya, oleh sebab rakannya itu hendak mempersendakannya, beliau menjawab dengan sendaan juga. (Barangkali beliau pernah mendengar jawaban yang serupa terhadap pertanyaan seperti itu daripada orang lain atau gurunya. Saya kurang pasti akan hal itu tetapi saya sangat tertarik dengan jawaban beliau.)
“Kita orang sangat bersih. Sebab itulah kita orang tunjuk semua bahagian, tidak sorok-sorok,” kata beliau. “Kita orang angkat tangan dan buka supaya Tuhan nampak kita orang punya tapak tangan sangat bersih, tidak ada dosa. Kita orang tonggeng bukan mahu ejek siapa-siapa, tapi mahu tunjuk bahawa bahagian itu juga bersih. Kemudian kita orang sujud, dan masa kita orang sujud, kita orang tunjukkan bahawa kita orang punya tapak kaki pun bersih dan tidak ada dosa.
“Kita orang tidak serupa you orang. You orang semasa sembahyang semua mahu sorok sebab tidak bersih dan banyak dosa. Dua-dua tangan kasi tutup sebab mahu sorok itu tapak tangan yang kotor. Dua-dua tangan kasi rapat pada badan sebab ketiak pun kotor. Kemudian, duduk cangkung sebab mau sorok itu punggung dan tapak kaki yang juga kotor dan banyak buat salah.”
Begitulah lebih kurang jawaban almarhum bapa mentua saya (menurut yang diceritakannya kepada saya). Jawaban “kebodoh-bodohan” yang dapat dikatakan realisitik sangat sesuai untuk soalan yang jelas bodoh dan bertujuan mempersenda-sendakan agama dan kepercayaan orang lain.
Begitulah sebahagian cerita tentang sikap orang bukan Islam yang sudah sedia kita ketahui sangat memusuhi, membenci, dan bersyak wasangka terhadap agama Islam yang suci ini serta penganut-penganutnya. Malah, banyak cerita lain lagi yang biasa kita dengar tentang usaha-usaha orang bukan Islam hendak mempersenda-sendakan dan memperlekeh agama yang kita junjung ini.
Dalam satu peristiwa, diceritakan bahawa seorang lelaki Islam yang agak berumur sedang berwuduk di singki di dalam sebuah bilik air (tandas?). Apabila tiba ke bahagian kaki, dia mengangkat kakinya ke dalam singki. Apabila melihat perlakuan yang demikian, orang bukan Islam yang turut berada dengannya di dalam bilik air (tandas?) itu menegur perbuatan lelaki berumur itu dengan berkata dengan sinisnya, “Hello, sink bukan tempat untuk cuci kaki tau, tapi untuk cuci muka. You telah mengotorkan sink ini”.
Orang tua itu tidak memberikan reaksi segera sebaliknya terus menyudahkan wuduknya dan setelah usai dia pun berkata, “Boleh saya tahu, berapa kalikah awak membasuh muka awak dalam sehari?”
“Dua kali sehari,” jawab orang bukan Islam itu.
“Kalau begitu, kaki saya lebih bersih daripada muka awak kerana saya membasuh kaki saya sekurang-kurangnya
Terserlah sekali kebijaksanaannya dalam mematahkan sindiran lelaki bukan Islam itu. Saya sendiri mempunyai pengalaman tentang perkara ini. Seorang rakan setugas bukan Islam bertanya sama ada saya pernah membasuh kaki di singki. Saya menggeleng kerana tidak pernah melakukannya (sekarang sudah pernah, khususnya di rumah sendiri). Dia bertanya kerana pernah melihat teman saya melakukan perbuatan yang sama dengan lelaki berumur dalam cerita di atas. Saya tidak memberikan komen kerana tidak tahu apa yang difikirkannya. Cuma saya terfikir, betulkah singki bersih sedangkan orang sering berludah dan berkahak malah ada yang muntah di dalamnya sehingga tersumbat dan sebagainya? (Kalau pada masa itu saya sudah mendengar cerita ini, tentu saya akan memberikan hujah yang sama dengan lelaki berumur itu.)
Seorang bukan Islam bertanya,
Mengapa orang Islam kalau terbatal solat kerana terkentut perlu mengambil wuduk dengan membasuh muka. Pada pandangannya, yang kentut ialah buntut, maka buntutlah yang perlu dibasuh (diwudukkan?) Ah, alangkah kurang ajarnya!
Seorang pemuda yang bijak menjawab dengan tenang,
“Solat dalam Islam ialah suatu perjumpaan, suatu majlis. You, kalau berada dalam suatu majlis dan tiba-tiba terkentut, bahagian manakah pada diri you yang berasa malu? Muka atau buntut? Tentulah muka, bukan. Jadi sebab itulah kami membasuh muka lebih dahulu dan bahagian-bahagian lain apabila terkentut.”
Jawaban yang memukul ini perlu kita praktikkan tetapi lakukanlah dengan berhemah dan berhikmah. Allah SWT sendiri telah menasihati Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Harun (sebelum kedua-duanya menemui Firaun) supaya bercakap dengan lembut apabila berhadapan dengan “raja” yang sombong itu.
Dengan cara itu, moga-moga mereka akan tertarik dengan Islam.
Saturday, January 16, 2010
Nusyuz
Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz (Derhaka)
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan
lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi
suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab
munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan
sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah
sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya
terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya
pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan
kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan
kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
Enggan tinggal serumah dengan suami.
keluar rumah tanpa keizinan suami.
Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam,
seperti mendirikan solat dan sebagainya.
Menjauhkan diri daripada suami.
Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah
dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
Tidak memelihara kehormatan.
Tidak menjaga amanah suami.
Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap
rumah tangga, isteri dan anak-anak.
Tidak memberikan nafkah kepada anak.
Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi
mendapatkan keredaan Allah.
Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras
dengan kehendak Islam.
Tidak memelihara kehormatan isteri.
Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya,
begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab
dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu
berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami
di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau
isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata,
manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya
menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah
diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan
keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh
diambil mengikut Kanun Keseksaan.
Nusyuz
Nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja KITA sering dengar perkataan 'nusyuz' selalunya diguna-pakai kepada isteri yang derhaka/tidak taat kepada suami tanpa keuzuran syarie. Kali ini saya kongsikan pula, nusyuz tidak tertakluk kepada isteri samata-mata, tetapi suami juga boleh nusyuz. su ini sebenarnya sudah pun diterangkan dalam entry Suami juga boleh nusyuz. Dikongsikan sedutan kertas-kerja Ustz Alias Othman bertajuk: ‘Huraian Al-Quran tentang nusyuz suami dan isteri: Pengertian dan penyelesaian’ yang dibentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac yang lalu. Insya Allah, semoga tiada antara para suami ahli JIM yang tergolong dalam golongan suami yg nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam kertaskerja ini. Nusyuz suami وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128 “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)....” Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas. Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latar belakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam’ah dia akan diceraikan Rasulullah SAW, lantas dia berkata kepada Baginda SAW, “Janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada ‘Aisyah.” Rasulullah SAW menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402). Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn ‘Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri. Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini, Saidina Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya. Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya.” (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195). Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز dan ‘ie’radh اعراض. 1. Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. 2. ‘ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194) Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie’radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya. Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain. (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424) Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami. Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad ‘Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184) Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2; 105). Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami. Bila suami dianggap nusyuz Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut’ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124). Tindakan isteri jika suami nusyuz 1. Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. 2. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu’asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . 3. Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. 4. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri. Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi. Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya. Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya. Jika ini juga tidak berhasil, maka hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah membubarkan perkahwinan (cerai). Dari Mu'adz r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dan jagalah dirimu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding." (Shahih Muslimin) |
Friday, January 15, 2010
CURANG...
Biarpun tiada kajian khusus dan angka tepat mengenai peratusan kecurangan yang berlaku antara pasangan dalam perkahwinan, apa yang pasti kes sebegitu kerap berlaku yang menjadi antara punca keretakan sesebuah perkahwinan.
Bahkan, lebih mengejutkan jika dikatakan isu kecurangan lazim berlaku di kalangan golongan profesional dan sudah lama mendirikan rumah tangga serta mempunyai cahaya mata.
Sehubungan itu, timbul persoalan kenapakah kecurangan masih berleluasa dalam perhubungan suami isteri, wanita bujang dan suami orang, isteri dan suami orang serta isteri orang dengan lelaki muda.
Pengasas Hushim Motivator & Caunselor Consultancy, Hushim Salleh, berkata ada pelbagai sebab yang mendorong pasangan, baik suami ataupun isteri, berlaku kecurangan dalam rumah tangga walaupun perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku.
“Faktor paling biasa yang mendorong pasangan berlaku curang ialah usia perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan mungkin masing-masing cuba untuk memahami antara satu sama lain, tetapi apabila sudah memahami dan ada perasaan jemu, mulalah berlaku perkara tidak diingini.
“Antaranya terbit rasa bosan terhadap pasangan dan kejujuran mula dipinggirkan menyebabkan tiada ketelusan walaupun ketelusan penting dalam perkahwinan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Hushim berkata, tiada sifat telus dalam perhubungan perkahwinan boleh membawa kepada timbulnya keinginan untuk curang kerana masing-masing beranggapan tiada apa yang perlu diperkatakan selain menyembunyikan perkara sebenarnya yang sepatutnya dinyatakan kepada pasangan.
Selain itu, katanya, faktor luaran seperti pergaulan dan kurangnya perhatian yang diberikan pasangan juga tidak dinafikan menjadi pencetus kepada fenomena curang dalam rumah tangga.
“Apabila tiada perhatian, pasangan akan berasa kekurangan suatu dalam kehidupan. Merujuk kepada mereka yang bekerja di pejabat, pergaulan seharian dengan teman sekerja kadangkala menjadikan mereka berpotensi untuk curang kerana mendapat perhatian sewajarnya di luar rumah. Itu belum lagi dikira mengenai tugasan di luar daerah bersama rakan sekerja.
“Kalau di rumah suami atau isteri jarang memuji pasangan, tetapi di pejabat keadaan menjadi berbeza apabila ada rakan sekerja memuji atau menunjukkan perhatian lebih terhadap mereka yang kurang mendapat perhatian ini. Akibatnya berlaku perhubungan yang mungkin pada mulanya sekadar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.
Bertolak daripada SMS, sering kali perhubungan berkenaan akan berjalan lebih jauh seperti menghubungi antara satu sama lain dan diikuti pertemuan di luar untuk tujuan menjamu selera.
“Dalam fasa ini, mereka yang melakukannya boleh diistilahkan sebagai membina repo dalam perhubungan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami terlepas pandang mengenai perlakuan isteri dan berlakulah perbuatan curang yang sudah terang salah dan berdosa itu.
“Ada juga kes kecurangan berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat kepuasan dalam perhubungan kelamin. Jadi, apabila ada yang menawarkannya secara suka sama suka, ia akan berlangsung seperti dikehendaki dan rosaklah ikatan sesebuah perkahwinan apabila terjadi zina,” katanya.
Hushim berkata, kecurangan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk memandangkan kemudahan teknologi tersedia dengan mudah sekali gus memberi laluan selesa kepada individu untuk meneruskan perhubungan tanpa diketahui pasangan masing-masing.
Begitu pun, katanya, tidak adil untuk menyalahkan teknologi, tetapi itulah yang berlaku dalam masyarakat terutama apabila memperkatakan mengenai curang.
“Dengan adanya perkhidmatan pesanan ringkas melalui telefon bimbit, facebook, twitter dan pelbagai lagi, perhubungan menjadi mudah dan ringkas bahkan perbualan di laman jaring juga mendorong individu berlaku curang terhadap pasangan,” katanya.
Memperincikan lebih lanjut mengenai curang, Hushim mengkategorikan kecurangan dalam bentuk perbualan telefon berlaku sebanyak 60 peratus, manakala keluar untuk minum (30 peratus) dan berakhir di bilik tidur pula sebanyak 10 peratus.
Pegangan agama yang semakin tipis juga menjadikan individu semakin tidak mengambil kisah mengenai perkara negatif dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam perhubungan rumah tangga menyebabkan wujudnya fahaman kalau suami boleh melakukannya, isteri juga apa kurangnya.
“Mungkin 10 atau 20 tahun sebelum ini kita jarang mendengar mengenai kecurangan dalam rumah tangga kerana si isteri tidak akan sekali-kali melakukan kecurangan kerana mereka takut kepada hukum Tuhan.
“Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat kini seakan menerima saja kenyataan suami keluar ikut pintu hadapan, isteri keluar melalui pintu belakang yang mana ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Justeru, perkara ini tidak wajar menjalar di dalam sesebuah perkahwinan kerana ia akan menjadi barah kepada perhubungan suami isteri. Tujuan asal perkahwinan adalah untuk mengelakkan dosa terutama zina, selain mendapatkan zuriat yang bakal menjadi pewaris kepada keturunan manusia yang mulia.
Bagaimana mengelakkan pasangan curang
* Saling mempercayai antara satu sama lain.
* Sentiasa mengadakan perbincangan sekiranya ada soal berbangkit.
* Kembali kepada agama kerana apabila pegangan kepada agama kukuh, pasangan akan mengetahui dosa pahala serta takut untuk melakukan kecurangan yang mendorong kepada dosa lain.
* Menghargai pasangan masing-masing.
* Jangan abaikan pasangan anda.
* Hadiri sesi kaunseling bagi mengenalpasti kekurangan yang mungkin boleh dan perlu diperbaiki dalam rumah tangga,
Bagaimana mengesan kecurangan?
* Pasangan kurang berkomunikasi.
* Pasangan lebih senang melakukan hal bersendirian.
* Masalah kewangan mungkin wujud kerana pasangan anda mungkin banyak berbelanja untuk perhubungan curang yang dilakukan.
* Pasangan anda cenderung pulang lewat ke rumah.
* Sentiasa sembunyikan telefon bimbit.
Lencana Facebook
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.