Hari ini, aku kekalutan sebab telefon tak boleh dicas, telefon angah pula tak dengar call in, telefon abe pula kena rampas kat cigu disiplin. Suami pula nun jauh di Sandakan. Punyalah aku round seluruh Cheras mencari kedai telefon, hanya satu dua shj. yang buka. Itupun tak de apa yang aku cari.
Akhirnya aku telefon suami menggunakan telefon public. Dia cadangkan aku beli aje telefon murah, sementara dia balik dan carikan kabel charger di Lowyatt. Akupun balik solat dan bersama-sama Seri, Juwita dan Suci bergegas ke Tesco Extra di Taman Midah.
Jam 4.05 p.m aku sampai ke Taman Bukit Cheras, jalanraya jam sesangat. Apa ni? Aku nampak ada kereta yang berpatah balik. Tapi aku teruskan juga perjalanan, ternampaklah kepulan asap yang hitam menjulang ke langit. Aku rempuh juga di sebelahnya, termasuk aku hanya 3 kereta sahaja yang berani seperti aku. OOOOOOO... rupanya ada kereta yang terbakar. Seri teruja nak lihat lebih lama, tapi aku nak cepat, beli telefon baru. Aku nampak sebuah kereta bomba.
Jam 4.20 p.m aku sampai di Tesco Extra. Punyalah tak de tempat parking, hingga habis tanah Tesco, baru dapat aku park kereta.
Akhirnya kau belilah sebuah telefon CSL yang paling murah harganya, hanya RM98. Takpe lah sementara blackberry aku berfungsi kembali.
Setelah membeli apa yang patut akupun pulang. Tepat jam 5.44 p.m aku sampai di tempat kebakaran tadi, aku nampak sebuah kereta wira yang berwarna merah yang dah hitam legam sedang dimuatkan ke atas lori. Entahlah ke mana mahu dibawa...
Akupun terus balik ke rumah dan 'take 10' TITIK
No comments:
Post a Comment