Wednesday, March 2, 2011

h1n1

3 mati akibat H1N1 sejak Januari
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/03/04

Tiada simptom dikesan sekolah lain sekitar SMK Bandar Baru Sungai Long

KUALA LUMPUR: Tiga kes kematian akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1) disahkan dari 1 Januari lalu sehingga kelmarin, termasuk seorang pelajar berusia 16 tahun di Kajang yang meninggal dunia pada 24 Februari lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pelajar terbabit dibawa ke sebuah hospital swasta pada 22 Februari lalu apabila pengsan selepas berjoging, di samping mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam.

Beliau berkata, pesakit itu kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori di sini, sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meninggal dunia di mana ujian pengesahan virus melalui PCR (polymerase chain reaction) pada 25 Februari lalu mendapati kes positif H1N1.

“Selepas menerima maklum balas orang ramai pada 28 Februari, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat menjalankan siasatan di sekolahnya, Selasa lalu dan mendapati 15 daripada 42 atau 35.7 peratus rakan sekelas si mati hanya mengalami gejala batuk atau selesema tanpa demam.

“Selain itu, lapan guru sudah disaring dan tiada yang mengalami gejala penyakit seperti influenza (ILI). Sebanyak lima swab tekak bagi PCR diambil pada Selasa lalu dan keputusannya adalah negatif.

“Pada Rabu lalu, pengetua sekolah terbabit memaklumkan bahawa seramai dua guru cuti sakit kerana demam/batuk/selesema dan 149 daripada 1,600 pelajar sesi pagi tidak hadir ke sekolah. Memandangkan kadar ketidakhadiran yang tinggi, pihak sekolah membuat keputusan untuk menutup sekolah itu,” katanya sambil menjelaskan sebanyak 679 kes H1N1 disahkan dari 1 Januari lalu hingga kelmarin, dalam kenyataan akhbar, semalam.
Akhbar semalam melaporkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long di Kajang diarah tutup sekurang-kurangnya seminggu mulai semalam selepas seorang pelajarnya berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus H1N1.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Sulaiman Wak, ketika dihubungi Berita Harian pula berkata setakat ini, tiada laporan diterima mengenai adanya simptom kes H1N1 di sekolah lain sekitar kawasan berkenaan, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan yang jarak terdekat kira-kira dua kilometer dari SMK Bandar Baru Sungai Long.

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA