Friday, June 13, 2014

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?


MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

Doa Solat Dhuha (Lyric) - Unic

Solat Sunat Dhuha


Solat Sunat Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~


Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام


Sunday, May 4, 2014

Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar


Tahukah anda kita selalu tertelan atau termakan sesuatu makhluk tanpa disedari? Makhluk ni memang wajib masuk dalam badan. Tapi, disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.
Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar
Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.
Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar2 Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar
Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.
Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar3 Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar
Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.
Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar4 Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar
Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom).


Sumber: Binatang Yang Kita Makan Tanpa Sedar | Fuh.My 

Friday, April 18, 2014

Laut Ke-4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008


Laut Ke-4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 - Laut Aral terletak di antara Kazakhstan dan Uzbekistan, dan ia pernah memegang gelaran laut ke-4 terbesar di dunia. Kebanyakan orang hari ini tidak pernah mendengarnya.
Lautan berkeluasan 68,000 kilometer persegi ini pernah menjadi lokasi industri perikanan yang berkembang maju, kini merupakan laut yang hanya 10% daripada saiz asal, terlalu masin dan tercemar untuk menyokong kehidupan ikan dan haiwan-haiwan air yang lain.
Kini 90% airnya telah kering dan menjadikan kawasan itu seperti gurun padang pasir yang tandus.
Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 2 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 3 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008
Kematian Laut Aral disebabkan terutamanya oleh peralihan daripada pemasukan sungai Amu Dar’ya dan Syr Dar’ya pada tahun 1960 untuk menyediakan air pengairan untuk tanah pertanian tempatan.
Aliran air secara mendadak ini mengurangkan aliran sungai, menyebabkan Laut Aral mengecut sebanyak lebih daripada 50%, kehilangan dua pertiga daripada jumlah itu, dan sangat meningkatkan tahap kemasinannya. Pada kadar semasa penurunan, Laut Aral mempunyai potensi untuk hilang sepenuhnya menjelang 2020!
Kini yang tinggal adalah padang pasir yang tandus, dengan kapal-kapal besar terdampar di atasnya…
Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 4 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 6 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 7 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 8 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008 9 Laut Ke 4 Terbesar Dunia Yang Telah Hilang Pada Tahun 2008

4 Golongan Yang Paling Sering Digigit Nyamuk

4 Golongan Yang Paling Sering Digigit Nyamuk

4 Golongan Yang Paling Sering Digigit Nyamuk

Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.
Laporan terbaru menyebutkan sebagian dari kita digigit lebih banyak karena memiliki alasan berbeza. Adalah Smithsonian Magazine menerangkan bahawa ada sekitar 20% orang yang memiliki daya tarik lebih bagi serangga. Berikut, adalah ulasan menariknya seperti yang terdapat di Foxnews.
1. Jenis golongan darah
Seseorang yang memiliki jenis golongan darah O dan darah A dua kali lebih banyak digigit. Sedangkan seseorang yang memiliki golongan darah jenis B cenderung tidak memiliki daya tarik bagi nyamuk untuk digigit.
2. Setelah seseorang berolahraga
Saat tubuh berpeluh, pada saat itulah bagi nyamuk Anda sedikit lebih lazat.Sehingga Anda jadi lebih banyak digigit dibanding orang lain.
3. Alkohol
Satu botol yang dikonsume seseorang dapat meningkatkan daya tarik terhadap nyamuk sekitar.
4. Kehamilan
Seseorang perempuan yang sedang hamil pasti digigit nyamuk sekira dua kali lebih banyak dibanding orang lain. Hal itu terjadi kerana ibu hamil memiliki suhu tubuh yang hangat berbanding orang lain,dan juga mereka menghembuskan nafas 21% karbon dioksida lebih banyak.
Sentiasa pastikan kawasan persekitaran anda bersih dan terhndar dari nyamuk bagi mengelakkan jangkitan aedes dan sebagainya.

3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan


Masyarakat hari ini rata-ratanya kerap mengalami tekanan disebabkan oleh pengingkatan taraf kehidupan manusia yang semakin berkembang dan seterusnya menyumbang ke arah kemurungan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa memakan makan tertentu dapat meningkatkan kebarangkalian terjadinya kemurungan atau memburukkan lagi kemurungan yang sedia ada. Elakkan mengambil 3 jenis makanan berikut dengan kerap bagi megelakkan kemurungan:

Bijirin Halus

food1 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
Pasta dan beras putih adalah makanan yang telah dikenalpasti sebagai penyebab keradangan dan berkait  rapat dengan kemurungan dalam kalangan wanita. Para pengkaji telah menemui bahawa mereka yang memakan makanan yang beradang dengan kerap adalah lebih cenderung untuk menghidapi kemurungan pada akhir kajian.

Minuman Ringan

food 2 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
Pengambilan minuman ringan walaupun setin soft drink (soda) setiap hari akan menyebabkan kemurungan, selain daripada masalah kesihatan yang lain termasuklah meningkatkan peluang untuk mendapat serangan angin ahmar dan intoleransi insulin serta kencing manis.

Makanan Segera

food 3 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
Individu yang memakan makanan segera adalah 51% lebih tinggi kebarangkalian untuk membentuk kemurungan dari mereka yang tidak mengambil makan segera menurut kajian pada tahun 2012 dalam Jurnal Nutrisi Kesihatan Awam. Ini termasuklah roti yang dikomersialkan, burger, hot dog dan pizza, menurut para pengkaji.
Kadangkala pasta boleh menjadi menu hidangan yang mudah dan pantas, namun tidak begitu menyihatkan jika dinikmati 3 hingga 4 kali seminggu. Soda pula mengandungi kalori yang palsu dan bahan ramuan yang tidak menyihatkan jika diambil secara kerap, jadi air kosong dan teh adalah pilihan yang lebih baik.
Ramai orang yang gemar mengambil makanan segera, tetapi jika pengambilan yang kerap dan berterusan, ia bukan sahaja akan menyebabkan kemurungan malah masalah kesihatan lain seperti obesiti dan darah tinggi. Belajarlah untuk makan secara perlahan dan menikmati sepenuhnya makan sebenar. Dengan berbuat begitu, anda mungkin dapat mengelakkan terjadinya kemurungan apabila makan secara teratur.
Pendekatan secara bijaksana ke arah gaya hidup sihat termasuklah pilihan makanan yang baik untuk hidangan utama. Ini bermakna, tidak salah untuk sekali-sekala menikmati hidangan makanan yang kurang menyihatkan, akan tetapi jika dimakan secara kerap dan berterusan akan menggalakkan peluang untuk membentuk kemurungan. Makan secara betul dan kerapkan bersenam untuk badan dan minda bagi kehidupan yang lebih sihat dan cergas.


Sumber: 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan | Fuh.My 

Saturday, April 12, 2014

KETAHUI BAGAIMANA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA


1. Selangor
365 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Kuala Selangor
KETAHUI BAGAIMANA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA

 Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.

Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

1348 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Selangor
2. Johor
2159 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Masjid Johor Bahru
Nama silam Johor adalah “Ujung Tanah”, sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama “Wurawari”, ianya adalah istilah jawa yang bermaksud “Air Jernih”.

Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, “Hujung Medini”(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu “Jauhar” yang membawa maksud “Permata”.

2158 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Johor
3. Kedah

2160 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Kuala Kedah

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah “Kilah”, “Kalah” atau “Qalha”. Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai “Kataha” atau “Kadara”, sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai “Kadaram” atau “Kalaram”.

Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan “Kheddah” yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki” dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

2161 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Kedah
4. Kelantan

2162 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Kota Bharu, Kelantan

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan “Thana” yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah “Kolithana” yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai “Kolamtanah” atau “Kolamtam” yang akhirnya menjadi Kelantan.

Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai “Ko-lo”. Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu “Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”.
Sementara dalam peta De’eredia, wujud nama “Calantan Rio”, sementara peta selainnya disebut “Calantan”, “Calantam” dan “Calantao”. Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.

2163 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Kelantan
5. Melaka

2164 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Christ Church Melaka

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya.

Dalam naskah lama “Sejarah Melayu” memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah “Malakat” atau “Mulagah” yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud “pusat / tempat perdagangan “. 

Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai “Malayakolam” atau “Malayaka” yang membawa erti “negeri orang melayu”.

2165 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Melaka
6. Negeri Sembilan
Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat

Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol
2166 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Rumah Minangkabau yang terletak di Negeri Sembilan

2167 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Sembilan

7. Pahang

366 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Bandar Kuantan, Pahang

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud “timah” yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.

367 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA

Peta Negeri Pahang

8. Perak

2169 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.

2170 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
9. Perlis

2171 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA

Perlis dahulunya dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan”, dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu “Tok Perlis”. Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam “Phrau Loi” yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan “Phrau Loi” ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi “Perleh”.

368 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA

10. Pulau Pinang

369 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Bandar Georgetown, Pulau Pinang

Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasanpenempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama “Prince of Wales” oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.

370 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Pulau Pinang
11. Terengganu

2172 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Kuala Terengganu

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata “terangnya genu” atau maksud lainnya “terang sampai ke sana”.

Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai “Taring anu”, sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai “Sungai Taring Anu”.

371 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Terengganu
12. Sabah

2173 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Bandar Sandakan Sabah

Pernah dikenali dengan nama “Api-api”, Sabah mendapat namanya daripada perkataan “Saba”, iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

440 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Sabah
13. Sarawak

2174 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Sarawak River Cruise

Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak.

Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan ” serah pada awak”, iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.

2175 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Peta Negeri Sarawak
14. Kuala Lumpur

2176 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA
Bandaraya Kuala Lumpur

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah “kuala berlumpur.” Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. 

Walaupun 69 orang dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah.

Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan kawasan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew.

Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan.

Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Beliau membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Beliau juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

372 KETAHUI BAGAIMANA NEGERI NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMA

Peta Kuala Lumpur
- See more at: http://kopilekat.com/ketahui-bagaimana-negeri-negeri-di-malaysia-mendapat-nama/#sthash.acpDDGAX.dpuf

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA