Friday, April 18, 2014

3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan


Masyarakat hari ini rata-ratanya kerap mengalami tekanan disebabkan oleh pengingkatan taraf kehidupan manusia yang semakin berkembang dan seterusnya menyumbang ke arah kemurungan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa memakan makan tertentu dapat meningkatkan kebarangkalian terjadinya kemurungan atau memburukkan lagi kemurungan yang sedia ada. Elakkan mengambil 3 jenis makanan berikut dengan kerap bagi megelakkan kemurungan:

Bijirin Halus

food1 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
Pasta dan beras putih adalah makanan yang telah dikenalpasti sebagai penyebab keradangan dan berkait  rapat dengan kemurungan dalam kalangan wanita. Para pengkaji telah menemui bahawa mereka yang memakan makanan yang beradang dengan kerap adalah lebih cenderung untuk menghidapi kemurungan pada akhir kajian.

Minuman Ringan

food 2 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
Pengambilan minuman ringan walaupun setin soft drink (soda) setiap hari akan menyebabkan kemurungan, selain daripada masalah kesihatan yang lain termasuklah meningkatkan peluang untuk mendapat serangan angin ahmar dan intoleransi insulin serta kencing manis.

Makanan Segera

food 3 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan
Individu yang memakan makanan segera adalah 51% lebih tinggi kebarangkalian untuk membentuk kemurungan dari mereka yang tidak mengambil makan segera menurut kajian pada tahun 2012 dalam Jurnal Nutrisi Kesihatan Awam. Ini termasuklah roti yang dikomersialkan, burger, hot dog dan pizza, menurut para pengkaji.
Kadangkala pasta boleh menjadi menu hidangan yang mudah dan pantas, namun tidak begitu menyihatkan jika dinikmati 3 hingga 4 kali seminggu. Soda pula mengandungi kalori yang palsu dan bahan ramuan yang tidak menyihatkan jika diambil secara kerap, jadi air kosong dan teh adalah pilihan yang lebih baik.
Ramai orang yang gemar mengambil makanan segera, tetapi jika pengambilan yang kerap dan berterusan, ia bukan sahaja akan menyebabkan kemurungan malah masalah kesihatan lain seperti obesiti dan darah tinggi. Belajarlah untuk makan secara perlahan dan menikmati sepenuhnya makan sebenar. Dengan berbuat begitu, anda mungkin dapat mengelakkan terjadinya kemurungan apabila makan secara teratur.
Pendekatan secara bijaksana ke arah gaya hidup sihat termasuklah pilihan makanan yang baik untuk hidangan utama. Ini bermakna, tidak salah untuk sekali-sekala menikmati hidangan makanan yang kurang menyihatkan, akan tetapi jika dimakan secara kerap dan berterusan akan menggalakkan peluang untuk membentuk kemurungan. Makan secara betul dan kerapkan bersenam untuk badan dan minda bagi kehidupan yang lebih sihat dan cergas.


Sumber: 3 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Menghadapi Kemurungan | Fuh.My 

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA