Saturday, March 22, 2014

Ketahui Masalah Kesihatan Anda Melalui Keadaan Mulut

Ketahui Masalah Kesihatan Anda Melalui Keadaan Mulut
\
Ketahui Masalah Kesihatan Anda Melalui Keadaan Mulut  | Pada umumnya seseorang melakukan pemeriksaan kesihatan dengan melihat tekanan darah atau suhu tubuh dengan termometer. Namun, untuk pengetahuan semua, tahap kesihatan seseorang juga boleh dilihat melalui keadaan mulut, lidah, kuku malah mata. Tapi kali ini, GK kongsikan satu artikel kesihatan untuk mengethaui tahap kesihatan anda melalui keadaan mulut… icon smile Ketahui Masalah Kesihatan Anda Melalui Keadaan Mulut
1. Gusi berdarah
Penelitian membuktikan bahwa penyakit gusi dapat menaikkan dua kali ganda risiko diserang penyakit jantung koroner. Pada wanita, hal itu juga meningkatkan tiga kali ganda risiko melahirkan pra matang. Tidak hanya itu saja, penyakit gusi juga meningkatkan risiko mati pucuk pada lelaki sehingga tiga kali ganda.
Untuk mengelakkan hal tersebut , memberus gigi selama 2 minit dua kali sehari mampu mengatasi perkara ini . Jangan lupa juga untuk memakan banyak sayur-sayuran kerana sayur-sayuran mempunyai potensi lebih kecil untuk merosakkan gigi dan mulut berbanding daging .
2 . Lidah gemuk dan pucat
Lidah bengkak dan membesar, pucat atau terlalu merah boleh jadi petanda kekurangan vitamin B6 dan juga anemia . Jika anda merasa tiba-tiba lemas dan letih, cubalah berkaca. Jangan – jangan lidah anda menunjukkan gejala – gejala diatas .
Pengambilan sayuran hijau yang banyak mengandungi zat besi seperti bayam, kangkung dan salad boleh membantu mengurangkan risiko anemia. Untuk menambah pengambilan vitamin B6 , cubalah perbanyak makan telur dan pisang .
3 . Mulut Kering
Mulut kering boleh disebabkan oleh kesan sampingan pada ubat penenang dan ubat alergi. Mulut kering juga merupakan salah satu tanda menopause. Biasanya mulut kering ditandai dengan sekurang-kurangnya air liur yang ada di dalam mulut .
Namun hati-hati, mulut kering juga boleh merupakan petanda sindrom Sjogren, dimana sistem kekebalan tubuh menyerang sistem kelenjar air liur. Maka dari itu, segera kunjungi doktor jika mulut kering disertai dengan kulit dan mata yang kering, sakit pada otot dan rasa letih .
Untuk mengatasi mulut kering, anda boleh mengunyah gula-gula getah bebas gula. Boleh juga dengan menggunakan gula-gula , spray atau gel yang di dapati dari doktor anda .
4 . Sariawan
Sariawan sering diertikan dengan kekurangan pengambilan vitamin C pada tubuh. Namun jangan salah, sariawan juga merupakan salah satu petanda awal adanya kanser mulut .
Minum arak sambil merokok meningkatkan risiko sehingga 30 kali ganda untuk kanser mulut . Tidak hanya itu , Human Papiloma Virus ( HPV ) yang boleh disebarkan oleh oral seks juga merupakan faktor penyebab kanser mulut yang besar .
5 . Nafas tidak sedap
Selain mengganggu pergaulan , ternyata nafas tidak sedap juga boleh mengindikasi adanya masalah paru – paru pada tubuh anda .
Untuk itu kurangkan merokok , perbanyak minum air dan elakkan makanan dengan bau yang menyengat . Berus gigi dan dental floss dua kali sehari juga mengurangkan risiko nafas tidak sedap . Namun jika nafas tidak sedap anda berlanjut segera kunjungi doktor .


Sumber : Ketahui Masalah Kesihatan Anda Melalui Keadaan Mulut | GilerKentang 

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA