Friday, August 29, 2008

Makan
























Gambar ini kita ambil setelah balik dari Genting Highland. Masa tu. juwita, kakak, dan seri berasa frust kerana abah tak bawa mereka pergi main-main dekat taman permainan di sana.

Sepanjang perjalanan mendaki ke genting, kabusnya sangat tebal sebab baru lepas hujan. Abah tak payah pasang air cond kerana suasananya sudah sejuk sekali.

Wednesday, August 27, 2008

Tuesday, August 26, 2008

Pantai Irama

Milik siapakah senyuman ini?
Abe sedang berilusi seirama deruan ombak irama.

Abe sedang menunjukkan contoh resip kepada Juwita.


Haziq dan adik-adiknya sedang berjalan-jalan di pinggiran irama.















Angah dan juwita sedang bermain-main di muka kuala yang dikorek semula, di pantai Irama.







Haziq sedang kontrol hensem sambil mengepiskan perutnya.



























Tiga anak dara norlida sedang mencari selipar yang dihanyutkan ombak.


























Anak-anak Norlida sedang berposing di pantai irama sebelum membeli keropok lekor dan sate ikan yang banyak dijual oleh penjaja yang bermotosikal.
Abah cakap, dulu-dulu pantai irama ni cantik dan damai. Masa abah kecil-kecil dulu, abah selalu mandi kat sini. Dulu, tak ada orang yang mati lemas kerana dihanyutkan ombak. Dulu ambaknya kecil sahaja. Abah boleh berenang sampai ke tengah. Dulu airnya sangat cetek. Kadang-kadang abah datang dengan mak long ke sini untuk mengutip resik. Tapi itu dulu, 30 tahun yang lalu. Sekarang ini, pantai irama jauh berbeza. Ombaknya sudah semakin ganas. Saban tahun ada sahaja mangsa yang ditelan omabak pantai irama. Semua ini terjadi setelah kuala kemasin dikorek manusia. Sekarang ini pantai irama telah teruk terhakis.

Jeram Pasu


Abah dengan muka boringnya sedang menunggu anak-anaknya yang berenang-renang dalam kolam buatan.
















Seri lemas dan diselamatkan oleh angah (Kelihatan Angah sedang kontrol ayu)

Abah


Inilah boss dalam keluarga ini. Orangnya amat serius, amat ditakuti oleh semua anggota, bila dia marahla..
Abah kerja dekat tempat buat buku (tempat pinggu kata Juwita). Tugasnya edit mengedit bahasa Melayu. Hobi abah ialah melayari internet, pantang ada masa terluang, di samping membaca buku ilmiah.
Abah dan Seri berkongsi kegemaran makan durian, juga Juwita. Orang lain baupun dah tak tahan.

Sunday, August 24, 2008

Haziq pergi tengok final Piala Malaysia

Sebelum maghrib, Haziq dah pergi ke stadium. Gerenti tak semayang la tu. Umi dia tentu akan membebel nanti.
Haziq pergi dengan sahabatnya yang kecil molek. Alfie nama sahabatnya itu. Katanya mereka akan ke stadium dengan ayah dia. Si Haziq ni bukannya minat sangat dengan bola sepak. Dasar kaki bangku, kaki kerusi, kaki meja, dan segala kaki perabot ada padanya. Dia pergi tu saja nak jalan-jalan tu, sambil-sambil tu tentu nak usha awek. Woiiii..... mana ada awek pergi tengok piala malaysia. Mereka semua ada kat rumah tengok olimpik la!!!!

Saturday, August 23, 2008

Suci kena campak..!



SUCI DAN UMINYA TENGAH KONTROL AYU

Haaaa.... baca betul-betul. Suci bukan kena campak oleh uminya. Tapi dia kena demam campak. Hari ni masuk hari ketiga dia terkena demam campak. Dah bawa pergi jumpa doktor dua hari lepas. Tapi bebudak biasalah, susah makan ubat. Air kelapa yang dibeli khas untuknya hanya dihabiskan oleh kakaknya nan gebu itu (siapa lagi kalau bukan Natasha). Habis seluruh badan suci berbintik-bintik putih dek kerajinan kakak-kakaknya menyapu ubat. Sekali tengok nampak macam harimau bintang pun ada.
Tambah memeritkan lagi, ada lak ulser dalam mulutnya. Tak boleh nak makan. "Pedas" katanya apabila dia cuba makan sesuatu. Budak-budak, kosa kata belum cukup banyak lagi. Pedas tu pedih la maksudnya.

Sunday, August 17, 2008

ulang Tahun Perkahwinan Abah dan Umie yg ke-16 tahun

6November1992,majlis akad nikah telah berlaku di antara abah dan umie ,kenduri perkahwinan berlangsung pada 12November1992.setelah setahun perkahwinan abah dan umie telah mendapat zuriat pada tahun 1993 yang iaitu Ahmad Amzar Haziq.setelah 16 Tahun perkahwinan umie telah mendapat 6 orang anak 5 perempuan 1 lelaki

anak perempuan;
Nur Fatin Nabila Binti Ahmad Zamani,23 April 1995,13 Tahun
Nur Fatin Natasha Binti Ahmad Zamani,23 Januari1998,10 Tahun
Seri Wahyuni Qistina Binti Ahmad Zamani,24Julai1999,9 Tahun
Juwita Batrisyia Balqis Binti Ahmad Zamani,20Ogos2001,7 Tahun
Suci Hadeeja Nylea Binti Ahmad Zamani,26 Februari 2006,2Tahun

Anak lelaki;
Ahmad Amzar Haziq Bin Ahmad Zamani,11Ogos1993,15Tahun

p/s Blog ini ditulis oleh Nabila Si Mata Luas.

Sunday, August 10, 2008

Suci Hadeeja Nylea

Inilah Suci Hadeeja Nylea, anak saya yang keenam. Dilahirkan pada 26 Februari 2006 di HUKM. Orangnya sangat comel dan mempunyai ramai peminat. Malah di tempat nurserinya ada yang bergaduh semata-mata nak berkawan dengan Suci. Dialah buah hati abang dan kakak-kakaknya.
Binatang kesukaannya adalah kucing atau dia panggil cat. Malah banyak patung kucing ada dalam simpanannya. Dia amat suka melihat gambar kucing dan menonton kartun yang berimejkan kucing.

Suci Hadeeja Nylea


ini suci Hadeeja Nylea.

SUCI HADEEJA NYLEA


Inilah Suci hadeeja. Masa ni umur dia 11 minggu dalam kandungan. Masa ni tak nampak la pulak comel.










Bila dah lahir dia jadi macam ni:

Saturday, August 9, 2008

SERI WAHYUNI QISTINA


Ini anak yang keempat. Nama dia Seri Wahyuni Qistina. Dalam keluarga, semua memanggilnya Seri. Kawan-kawannya memanggil dia Wahyuni. Aku pula kadang-kadang memanggilnya Umbek Nombor Dua, sebab Umbek Nombor Satu ialah Nabila.
Dia ni dilahirkan pada 24 hb Julai 1999 kat hospital Machang. Dia ni agak kompak saiznya. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya (natasha) macam kereta Kancil dengan kereta Naza Ria walaupun perbezaan umurnya hanyalah setahun sahaja.
Dia ni manja juga dengan abah dia. Selalu tidur kat celah ketiak abahnya. kalau dia kat ketiak sebelah kanan, kakaknya akan mengambil tempat kat sebelah kiri. Juwita pula kadang-kadang terjelepok kat celah kangkang abah dia. Tu masa start nak tido la. Bila buka mata esok pagi, dia entah ke mana, kakak dia entah ke mana, Juwita entah ke mana. Dan lebih seram lagi kain pelekat abah dia pun entah kemana. ishhh...ishhh...ishhh...

NUR FATIN NATASHA



Inilah anak ketiga aku. Namanya Nur Fatin Natasha. Dalam keluarga, nama panggilannya ialah kakak. Tapi abah dia panggil dia baby sebab dia sangat manja dengan abah dia semenjak dia bayi lagi. Dia ni suka membaca, tak kiralah majalah ataupun novel-novel. Kalau abah dia ajak pergi ke kedai buku, dialah orang pertama yang akan masuk ke dalam kereta.
Lagi satu tentang anak aku yang ini, kalau dia menonton cerita lucu terutamanya cerita-cerita P Ramlee, huh... dia punya gelak susah nak berenti. Kadang-kadang hilaiannya menyeramkan....

JUWITA BATRSIYIA BALQIs








nama saya juwita batrisyia balqis. saya lahir pada 20 ogos 2001. saya berumur 7 tahun. saya bersekolah di sek. keb. taman segar, cheras, k.l hobi saya ialah mewarna dan menonton tv, terutama cerita kartun sin chan dan doraemon dan fifi. saya suka makan chicken chop dengan air sirap. menurut umie saya dilahirkan secara pembedahan di hospital besar kota bharu. masa lahir berat saya 3.51kg.jam 3.15 petang. saya suka baca buku cerita kanak-kanak dan majalah kawan dan asuh. orang kata muka saya sama dengan abah saya. saya suka strawberry cicah coklat. Best giler....

NUR FATIN NABILA


Ini pula anak kedua aku, seorang perempuan. Namanya Nur Fatin Nabila. Dia dilahirkan pada 23 APRIL, 1995 di Hospital Duchess Of Kent. Chehhh..... nama hospital tu macam di London atau di Edinburgh sahaja. Nama jer macam kat negara omputih, tapi sebenarnya hospital ini terletak di Sandakan. Sebelah dengan kampung BDC, iaitu sebuah perkampungan di atas air yang terkenal dengan setinggannya di Sandakan. Tapi sekarang ni aku dengar yang kampung itu sudahpun dirobohkan.
Masa lahir dahulu, anak aku ini tak mahu buka matanya sebelah, almaklumlah lahir pada bulan kelapan sahaja. Jadi aku pun korek-koreklah kelopak matanya bila aku rasa boring. Tapi itu masa dia masih baby, sekarang ini matanya bulat, besar dan berkilau-kilau macam lampu putih yang menjadi kegilaan orang untuk dipasang kereta masing-masing.

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA