Saturday, August 9, 2008
SERI WAHYUNI QISTINA
Ini anak yang keempat. Nama dia Seri Wahyuni Qistina. Dalam keluarga, semua memanggilnya Seri. Kawan-kawannya memanggil dia Wahyuni. Aku pula kadang-kadang memanggilnya Umbek Nombor Dua, sebab Umbek Nombor Satu ialah Nabila.
Dia ni dilahirkan pada 24 hb Julai 1999 kat hospital Machang. Dia ni agak kompak saiznya. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya (natasha) macam kereta Kancil dengan kereta Naza Ria walaupun perbezaan umurnya hanyalah setahun sahaja.
Dia ni manja juga dengan abah dia. Selalu tidur kat celah ketiak abahnya. kalau dia kat ketiak sebelah kanan, kakaknya akan mengambil tempat kat sebelah kiri. Juwita pula kadang-kadang terjelepok kat celah kangkang abah dia. Tu masa start nak tido la. Bila buka mata esok pagi, dia entah ke mana, kakak dia entah ke mana, Juwita entah ke mana. Dan lebih seram lagi kain pelekat abah dia pun entah kemana. ishhh...ishhh...ishhh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lencana Facebook
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.
No comments:
Post a Comment