Saturday, August 9, 2008
NUR FATIN NABILA
Ini pula anak kedua aku, seorang perempuan. Namanya Nur Fatin Nabila. Dia dilahirkan pada 23 APRIL, 1995 di Hospital Duchess Of Kent. Chehhh..... nama hospital tu macam di London atau di Edinburgh sahaja. Nama jer macam kat negara omputih, tapi sebenarnya hospital ini terletak di Sandakan. Sebelah dengan kampung BDC, iaitu sebuah perkampungan di atas air yang terkenal dengan setinggannya di Sandakan. Tapi sekarang ni aku dengar yang kampung itu sudahpun dirobohkan.
Masa lahir dahulu, anak aku ini tak mahu buka matanya sebelah, almaklumlah lahir pada bulan kelapan sahaja. Jadi aku pun korek-koreklah kelopak matanya bila aku rasa boring. Tapi itu masa dia masih baby, sekarang ini matanya bulat, besar dan berkilau-kilau macam lampu putih yang menjadi kegilaan orang untuk dipasang kereta masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lencana Facebook
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA
Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.
No comments:
Post a Comment