Sunday, January 29, 2017

BUAH DADA MENGENDUR


Para Wanita Jangan Sesekali Buat Benda Ni Atau Buah Dada Anda Akan Kendur Dan Jatuh...
No.3 TU RAMAI Yang SELALU BUAT TOLONG HENTIKAN.





Usia belum terlalu tua, tetapi payudara dah tidak setegang dahulu lagi? Pakaian dalam yang anda kenakan terasa tidak sesuai, posisinya pun kelihaan menurun. Ah, benar-benar tidak menarik dipandang!

Hm... payudara yang kendur atau turun biasa terjadi disebabkan oleh kebiasaan anda memakai bra, cara pemakanan yang salah, atau gaya hidup yang kurang sihat. Ada beberapa kebiasaan yang menyebabkan payu dara cepat kendur, dan perlu anda ketahui :


1. Anda memakai bra dengan ukuran yang salah

Berbagai kajian menunjukkan bahwa bra yang tidak menyokong payudara dengan baik,  kerana salah ukuran atau modelnya kurang sesuai untuk bentuk payudara, boleh menyebabkan payudara cepat kendur. Pastikan memilih bra dengan saiz yang sesuai, dan cup-nya benar-benar mampu melindungi dan menyangga buah dada dengan baik.

2 Anda tidak melindungi payudara dari sinar matahari

Hm... apa hubungannya, ya? Bukankah kulit wajah yang harus dilindungi dari sinaran matahari? Ternyata tidak. Jika Anda gemar berenang, berjalan-jalan di tepi pantai, atau melakukan akiviti outdoor lainnya, pastikan anda menyapu losyen 'sunscreen' di seluruh tubuh termasuk payudara. Sinaran matahari boleh menyebabkan payudara cepat kendur akibat kulit yang mengalami penuaan diri.

3. Anda kurang meminum air putih

Masih tidak percaya dengan  manfaat air putih? Alasan yang satu ini mungkin akan membuat anda mulai minum air putih lebih banyak. Kurang minum air boleh menyebabkan kulit anda tampak kasar dan mengerut, dan keadaan ini tidak hanya terjadi pada kulit wajah, tetapi juga pada payudara.

4. Anda merokok

Satu kajian yang dijalankan selama lapan tahun mendapati bahawa merokok boleh menyebabkan payudara cepat kendur. Apa sebabnya? Ini disebabkan asap rokok boleh memecah elastin, sejenis protein yang memberikan kekenyalan pada kulit. Seperti anda ketahui, kulit yang kenyal akan memberikan penampilan yang segar dan muda.

5. Berat badan anda turun-naik

Pernah dengar istilah diet yo-yo? Iaitu diet yang dilakukan dengan cara yang kurang tepat, sehingga berat badan yang sudah turun boleh cepat naik lagi. Lalu turun lagi ketika anda mulai diet lagi, dan seterusnya. Jika berat badan anda dibiarkan turun-naik berulangkali, payudara boleh cepat kendur. Kulit anda kehilangan keanjalan ketika diregangkan, dan ketika berat badan anda turun, bahagian pertama yang akan menyusut adalah payudara.

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA