Sunday, January 29, 2017



BUAH PINGGANG RAKYAT LUBUK BISNES

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit buah pinggang boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara antara negara TERTINGGI DIDUNIA yang mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba-lumbalah syarikat-syarikat pengeluar mesin dialysis dan segala barangan pakai buang dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......

Kenapa org Malaysia, buah pinggang nya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 10 tahun. Selama 10 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dapat jawapan utk soalan ini.

Jawapannya ialah
PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Pemakanan kita terlalu banyak berasaskan haiwan. Kita terlalu bebankan buah pinggang kita dengan makanan yang terlalu banyak sumber 'animal protein'. Protein haiwan terbukti membebankan buah pinggang.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan 'protein haiwan' setiap hari menyebabkan buah pinggang kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun-tahun dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan macam ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu

1. kawal kadar gula dalam darah mereka
2. kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya.

Secara ringkasnya :-

Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli) - barli terbukti sebagai makanan yang rendah indek glisemik dan mencegah penyakit buah pinggang.

3. Amalkan pengambilan 'habbatus sauda' setiap hari. Ia terbukti mempunyai kesan pembaikan terhadap sel pankreas yang bertanggung jawab hasilkan insulin.

3. Tukar gula putih kepada gula kabung. Gula kabung ialah pemanis yang rendah indeks glisemiknya. Ia DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA. Elakkan STEVIA yang terbukti merosakkan kesihatan kita.

Kurangkan beban buah pinggang dengan :
1. MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN hanya seminggu sekali. Tukar sumber protein utama anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dalam badan. Contohi Rasulullah SAW dan sahabat (ra) yang SEMI VEGETARIAN, iaitu jarang makan makanan yang berasaskan haiwan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan buah pinggang. Amalkan cara Nabi Muhammad SAW minum air di waktu pagi iaitu dengan mencampurkan satu sudu kecil madu.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE. Beberapa pesakit saya berjaya kurangkan paras CREATININE mereka yg hampir 500 micromol kpd 150 micromol dengan hanya berbekam.

Khidmat perundingan percuma disediakan kepada pesakit kencing manis yang disahkan rosak buah pinggang dan bakal cuci buah pinggang. Hubungi mana-mana cawangan Kumpulan Pusat Dialysis Ibnu Sina dengan segera.

Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Kumpulan Pusat Dialysis Ibnu Sina

No comments:

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA