RESEPI MASAKAN
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang memang enak dan tiada tandingan...Pelbagai jenis makanan seperti lauk-pauk dan kuih-muih memang terkenal di kalangan orang Melayu...Bagi anda yang gemar memasak dan ingin mempelajari pelbagai jenis makanan orang Melayu, laman web ini memang sesuai untuk anda. Pelbagai jenis resepi disediakan bagi membantu anda untuk menyediakan masakan Melayu yang enak.
Rendang Pedas Ayam Kampung
Sebut sahaja Rendang Ayam, pasti semuanya tahu kan...Rendang ni terkenal terutamanya sewaktu Hari Raya. Ha, semua pasti terliur kan bile teringat hidangan rendang ayam ni...ummmm..memang sedap..Kat sini, ada termuat resepi untuk menyediakan rendang ayam...Ni special punye resepi tau...Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung
20 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambahkan cili kering)
2 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa
2 keping asam keping
Cara Membuatnya:
Cara-caranya
1. Kisar cili, bawang besar, bawang putih dan serai hingga halus.
2.Perah kelapa.
3. Masukkan bahan yg telah dikisar bersam dgn santan dan masukkan asam
keping.
4. Bubuh garam secukup rasa
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Ha, ni lagi satu masakan Melayu yang popular. Sebut sahaja gulai asam pedas, mesti semua tahu kan.. Jadi, tunggu ape lagi..mari ramai2 ikut resepi ni..Sure mengancam la u all pnye asam pedas..Terangkat beb!!Tak semestinya gune ikan tenggiri..boleh gak ganti ngan ikan kembung, ikan kayu or ikan siakap. Selamat Mencuba!!
Bahan-bahan:
2 potong ikan tenggiri
4-5 tangkai cili kering (buang biji)
3 ulas bawang merah (saiz kecil)
1 ulas bawang putih
sebiji bawang besar (dihiris bulat)
2-3 helai daun limau purut
2 sudu air asam jawa (sesudu asam jawa)
2-3 keping asam gelugur
sesudu the garam
3 sudu gula pasir
½ cawan minyak masak
3 cawan air
Cara Membuatnya:
Cara masak:
Kisar cili (rendam dengan air panas dulu) dengan bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tuang bahan kisar (cili), Biarkan sampai pecah minyak sambil kacau sesekali. Tutup periuk. Masukkan air asam jawa, asam keping, gula dan air. Biar mendidih. Masukkan ikan tenggiri. Bila hampir masak (7-10 minit), masukkan bawang besar,garam dan daun limau purut. Biar 2-3 minit,tutup api.
Baunya pun sudah menyelerakan, hidangkan dengan nasi putih dan sayur kegemaran anda..Memang sedap!!
Lemak Cili Api Ikan Kering Sepat
Cukup menyelerakan resepi ni....ummm..terliur rasanya.. Pasti ramai yang suka makan gulai lemak cili api kan. Makanan ni agak popular di Negeri Sembilan. Tak susah pun buatnye..Ikut je resepi kat sini..Gulai lemak cili api ikan kering sepat ni lebih menyelerakan kalau dimakan dengan nasi panas dan sayur...emmmm,memang menyelerakan..Cuba lah!!
Bahan-Bahan:
7 ekor ikan sepat
10 biji lada cili
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 mangkuk santan (segera)
sedikit garam dan perasa
sedikit kunyit
1/2 biji nenas di potong
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak, goreng ikan sepat. Tumbuk lada cili, bawang merah, bawang putih, kunyit. Tumiskan bahan yg ditumbuk..dgn sedikit minyak sahaja..Kemudian masukkan santan. Pastikan api kecil. Kemudian masukkan ikan keringsepat tadi. Masukkan nenas yg telah di potong tadi. Tunggu 6 minit. Masukkan sedikit garam dan perasa. Gulai lemak cili api ikan kering sepat siap untuk dihidang.
Rendang Tok
Rendang Tok pula terkenal di negeri Perak. Rendang Tok selalunya dihidangkan sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan. Tidak lengkap rasanya majlis tersebut tanpa Rendang Tok. Walaupun agak sukar untuk disediakan, namun ianya enak sekali. Generasi muda sepatutnya perlu mengetahui cara-cara untuk menyediakan Rendang Tok... Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
1. 1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
2. 3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3. 3 sm halia
4. 2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
5. 3 batang serai dimesin
6. 30 sen cili kering
7. 300 gm bawang merah
8. 4 ulas bawang putih
9. 2 kuntum bunga lawang
10. 2 sm kulit kayu manis
11. 2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
12. 1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
13. Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
14. Sekeping gula melaka kecil.
15. Garam secukup rasa.
Cara Membuatnya:
1. Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
2. Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil
besama daging. Biarkan mendidih.
4. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru
masukkan kerisik.
5. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.
6. Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
7. Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salad dan cabai masak.
Daging masak hitam
Selalu kan kita mendengar pasal hidangan ni.. Memang enak sekali dimakan ketika masih panas. Hidangan ini mudah dijumpai di mana-mana. Namun untuk menyediakan hidangan ini agak sukar kerana ada bahan-bahan yang perlu diperap terlebih dahulu. Daging masak hitam ini juga sering kali dihidangkan semasa berlangsungnya majlis perkahwinan ataupun kenduri kendara. Kepada anda semua, Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan diperap:
1) 1 kilo daging dihiris kecil
2) 7 ulas bawang merah - di blend
3) 3 ulas bawang putih - di blend
4) 15 biji cili kering - di blend
5) Halia sebesar ibu jari - di blend
6) Rempah kari sedikit daging- kalau tak nak pun tak apa
7) Jintan putih dan jintan hitam
Bahan menumis:
1) Minyak masak
2) 3 ulas bawang merah
3) 1 ulas bawang putih
4) Kulit kayu manis
5) Bunga cengkih
6) Bunga lawang
7) 3 helai daun kari
8) Kerisek
9) 1 biji bawang besar- dihiris bulat-bulat
10) Kicap kipas udang (lemak manis)
11) Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Perap bahan semalaman atau paling kurang 2-3 jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga agak-agak kuning dan masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dan kerisik.
3. Bila naik bau,masukkan bahan-bahan diperap, air dan biarkan dengan api yang sederhana.tambahkan air sehingga daging lembut.
4. Apabila daging sudah empuk, masukkan kicap kipas udang, garam, gula secukup rasa, ajinomoto dan bawang besar.
Bengkang Kelapa Muda
Bengkang merupakan salah satu kuih traisional yang terkenal di kalangan orang Melayu. Rasanya memang sedap sekali. Cara nak menyediakannya pun memang cukup mudah. Generasi muda sekarang ini mungkin tidak pandai untuk membuat kuih bengkang ini. Jadi, apa lagi. Dapatkan resepi secara percuma di sini. Mana tahu, dengan bantuan resepi ni anda mampu untuk menyediakan kuih bengkang yang sungguh enak. Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan:
4 biji kelapa muda
1 cawan tepong beras
2 biji telor 2 ¾ cawan air
secubit garam
1 cawan gula
Cara Membuatnya:
Tepong dicampurkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis.
Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong.
Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan.
Seri muka
Kuih Seri Muka juga popular di kalangan orang Melayu. Pasti semua lapisan masyarakay gemarkannya tidak kira lah kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tgk sahaja gambar di sini, pasti rasa berselera untuk menikmati hidangan kuih seri muka. Remaja memang patut mempelajari cara-cara untuk membuat kuih seri muka kerana ini merupakan hidangan turun-temurun. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari resepi ini. Semoga Berjaya!
Bahan-Bahan:
1/2 kilo beras pulut
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 cawan santan
sedikit tepung ubi
11/2 cawan santan - utk tanakan pulut
1 biji telur
Cara Membuatnya:
kukus pulut besama santan
masukkkan tepung gandum,gula,santan,tepung ubi dikacau hingga rata dan lepas itu masukkan pulut diloyang dan masukkan bahan-bahan yang dikacau dan kukuslah selama 1 jam 1/2...
Kerabu Mangga
Kerabu Mangga merupakan sajian istimewa yang disukai ramai. Sajian ini memang sangat istimewa dan sesuai juga dimakan begitu sahaja mahupun disajikan bersama nasi panas. Ianya mudah disediakan dan bahan-bahannya juga mudah didapati. Sesiapa sahaja mampu untuk menyediakannya. Jadi, tunggu apa lagi. Mari ramai-ramai dapatkan resepi ini. Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
mangga muda(dicincang)
ikan bilis kecil
limau nipis atau cuka
sos tiram(satu sudu besar)
bawang besar(dihiris nipis)
serai(dihiris nipis)
daun limau purut(dihiris nipis)
cili api(dihiris nipis)
air garam(satu sudu teh)
Cara Membuatnya:
Goreng ikan bilis kecil dengan garing.
Masukkan mangga muda,bawang besar,daun limau purut,cili api,serai yang telah dihiris itu ke dalam mangkuk serta masukkan ikan bilis sos tiram dan gaulkan.
Selepas gaul teruskan perahkan limau nipis atau cuka
Sesuaikan rasa jika tidak masam atau tidak rasa masin tambahkan limau dan air garam.
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah merupakan satu jenis hidangan yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Ianya memang lazat sekali. Hidangan ini menjadi pelengkap dalam sesuatu majlis seperti kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Jadi, apa tunggu lagi. Memang cukup mudah untuk disediakan. Dapatkan resepi Ayam Masak Merah dengan segera. Selamat Mencuba!!!
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam
Sedikit lengkuas
5 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai 10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 sm halia
½ tin tomato puri
2 camca kecil jintan manis, digiling
2 camca kecil jintan putih, digiling
Sedikit cili kering
Cara: Ayam dipotong sesuka hati kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus kemudian campurkan dengan bahan giling tadi. Panaskan minyak bekas menggoreng ayam tadi dan tumislah bahan-bahan yang telah digiling tadi. Setelah itu masukkan tomato puri, gula, garam dan air asam jawa sambil dikacau hingga rata. Bila telah agak garing sedikit masukkan ayam sambil digaulkan hingga rata. Kemudian bila telah cukup pekat bolehlah diangkat.
Acar Rampai
Acar rampai memang hidangan yang popular semasa majlis perkahwinan. Acar rampai juga dijadikan hidangan sampingan dalam masakan seperti nasi dagang dan nasi beriani. Ianya sangat mudah untuk disediakan dan sememangnya sangat lazat. Ia sesuai dihidang bersama nasi panas dan ayam masak merah. Pasti menyelerakan...Selamat Mencuba!!!
Bahan-Bahan: 1 biji timun
1 batang karot
2 biji cili hijau (dipotong sepanjang 2.5 sm)
2 biji cili merah (dipotong sepanjang 2.5 sm)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 camca sedang serbuk kunyit 5 camca sedang cuka
1 labu bawang besar (dimayang memanjang)
1 camca besar bijan
1.2 sm halia dimayang
Gula dan garam secukup rasa
Cara: Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah sebiji-sebiji bersama bawang besar serta halia. Masukkan cili, timun dan karot yang telah dipotong memanjang. Tuangkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya sambil digaul hingga sama rata. Masak jangan terlalu lama kerana takut timun dan karot menjadi terlalu lembik.
Gulai Nangka Istimewa
Gulai nangka adalah salah satu masakan tradisional masyarakat Melayu. Ia juga sering kali dijadikan sajian sewaktu majlis keramaian. Gulai nangka ini sangat mudah disediakan. Petik jari sahaja...Ia sesuai dimakan sewaktu makan malam dan tengahari serta enak sekali disajikan dengan nasi panas.emmm, sungguh menyelerakan. Selamat Mencuba!!!
Bahan-Bahan:
Nangka muda (rebus hingga empuk)
6 biji Cili api }ikut suka
1 biji Cili merah } ditumbuk lumat
2 ulas Bawang kecil }
Sedikit belacan }
Serbuk kunyit }
1 btg serai
Santan
Garam
Sedikit ikan bilis (bahan rencah)
Cara: Masukkan nangka yang direbus ke dlm periuk bersama2 dengan bahan yg ditumbuk lumat,serai, santan dan rencah ikan bilis.Didihkan.
Kerabu Perut
Kerabu perut sememangnya satu sajian yang istimewa. Ia sangat popular semasa bulan Ramadhan dan lazimnya sering dijual di bazar Ramadhan. Kerabu perut ini memang lazat dan sesuai dimakan bersama dengan nasi panas atau dimakan begitu sahaja. Ianya cukup mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Jadi, kepada anda semua jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan resepi ini dan mencubanya.
Bahan-Bahan:
100 gm kacang panjang(dipotong 3cm)
200 gm tauge
500 gm perut lembu
½ biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai
2 sudu besar udang kering 10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
20 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 biji limau nipis
Cara: Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil. Tauge
& kacang panjang dicelur. Kelapa diparut & digoreng untuk dijadikan kerisik. Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi ditumbuk hingga halus. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik. Tambahkan perut lembu, kacang panjang & tauge. Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata. Kemudian taburkan bawang besar & cili merah hiris di atasnya.
Sambal Goreng Tempe
Sambal goreng tempe ini merupakan hidangan yang popular di kalangan masyarakat Jawa. Namun kini ia sudah menjadi hidangan istimewa bagi masyarakat Melayu juga. Ia merupakan satu sajian yang sangat lazat. Namun ia agak sukar untuk disediakan. Pasti ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menyediakan hidangan ini kan. Di laman web ini disediakan resepi khas untuk anda semua. Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
3 keping tempe (potong dan goreng)
Minyak untuk menggoreng
40 gm soohon
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 biji cili merah
1 camca kecil air asam jawa
100 gm kacang panjang atau kacang buncis (potong 1 inci) Garam secukup rasa
3 keping tauhu (potong dan goreng)
¼ kg udang (buang kulit dan gorengkan)
1 labu bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
1 ½ inci kunyit hidup
2 biji cili hijau (dihiris serong)
3 cawan santan daripada 1 paket santan serbuk
Cara: Panaskan minyak, tumis bawang dan kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan cili, goreng buat seketika. Masukkan udang dan kacau selama 2 minit, tuangkan air asam jawa dan santan. Biarkan hingga mendidih perlahan-lahan, kemudian baru masukkan kacang panjang, tauhu goreng dan sohun. Masukkan garam secukup rasa. Hidangkan bersama nasi putih.
Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
Ikan keli masak lemak cili padi merupakan sejenis hidangan yang sangat popular. Tambahan pula menggunakan ikan keli. Memang terangkat punyalah..Senang sahaja untuk menyediakan hidangan ini. Cuma ikuti sahaja resepi di bawah ini. Kepada anda yang tidak gemarkan ikan keli, pasti akan menyukainya selepas merasa ikan keli masak lemak cili padi. Selamat Mencuba!!
Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa
Cara: Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.
Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang.
Kerabu Tauge
Kerabu tauge memang juadah yang popular terutama sekali menjelang bulan puasa. Tidak lengkap rasanya hidangan tanpa kerabu tauge. Ianya begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati. Sesuai dimakan dengan nasi panas atau dimakan begitu sahaja. Jadi, kepada anda semua, selamat mencuba!!
Bahan-Bahan:
600 gm tauge
4 tangkai cili merah
50 sen udang kering
2 batang serai 2.5 sm belacan
Sedikit air asam jawa dan garam
3 camca besar kerisik Cara: Tauge dibersihkan dan dicelur separuh masak. Cili merah, udang kering, serai dan belacan ditumbuk lumat. Kemudian gaul bahan tumbuk bersama tauge. Masukkan kerisik dan gaul lagi. Masukkan air asam jawa dan garam. Gaul hingga sebati.
Kuih apom
Kuih apom merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Ianya merupakan makanan tradisi yaang diturunkan dari satu generasi ke generasi. Walaupun ia nampak mudah untuk disediakan, namun kadang kala ia sukar menjadi. Ia memerlukan kita untuk mencubanya beberapa kali. Tapi jangan risau. Resepi yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda menyedikan kuih apom yang lazat.
Bahan-bahannya:
Tepung Beras 100gm
Gula 50 gm
Air 130 gm
Yeast 2 gm
ENO 2 gm
Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung beras,gula air dan yeast
Kacau hingga sebati. Biarkan selama 3-4 jam.
Tambahkan ENO dan kacau hingga rata dan biarkan selama 5 minit.
Panaskan cawan-cawab dalam didalam periuk stim dan tuangkan adunan kedalamnya. Stimkan selama 15-20 minit atau sehingga masak.
Lompang
Kuih lompang ini juga merupakan salah satu kuih tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Comel sahaja kuihnya namun sedap sekali. Kuih ini mudah sahaja untuk disediakan. Jadi, kepada anda dapatkan segera resepi ini dan selamat mencuba!!
Bahan-bahannya:
Tepung beras 100 gm
Gula 210 gm
Air 500 gm
Tepung Sagu 60 gm
Daun pandan 3-4 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1/2 sudu teh
Kelapa parut 40 gm
Cara-cara membuatnya:
Campurkan 1/2 bahagian air (250 gm) dengan gula.
Didihkan sehingga semua gula larut.
Biarkan sejuk ke suhu bilik. Campurkan tepung beras, tepung sagu dengan 1/2 bahagian air (250 gm) lagi. Campurkan jus pandan dan sirap gula dengan adunan tadi sehingga rata. Tuangkan adunan kedalam cawan yang telah dipanaskan dan kacaukan dengan sudu sehingga rata. Stimkan selama 25 minit. Hidangkan dengan kelapa parut.
No comments:
Post a Comment