Suatu masa dahulu, aku miliki segalanya, keluarga yang teramat bahagia.
Ceritaku bermula suatu ketika aku telah bercuti di kampung, adanya majlis keraian kerabat yang baru menjadi raja sehari. Majlis menyambut mempelai teramatlah meriahnya. Aku biasalah di dapur menolong orang tua apa-apa yang patut.
Menjadi adat tetamu dibekalkan makanan untuk dibawa pulang, tiba-tiba sesuatu telah hilang, aku lantas bertanyakan seorang kerabatku, andainya dia tahu. (Sebelumnya aku nampak berada di tangan anaknya). Bukannya aku yang memerlukannya tetapi seorang ibu tua. Tanpa kujangka kerabatku mengamuk mengatakan anaknya jahat dan mencampakkan anaknya di tengah-tengah tetamu. Lidahku kelu tanpa bicara.
Tetamu mula beransur pulang, tercari-cari mereka di mana gerangan si ibu tua. Aku lantas mencarinya di bawah sepohon nyiur sedang meratap hiba. Apalah dosa dan salahnya?
Aku memujuknya dengan menyatakan kerabat tersebut memarahi aku bukannya ibu tua.
Situasi kembai seperti biasa.
Esoknya aku sekeluarga mahu beransur pulang ke kota. Terbiasa tangan kuhulur, maaf dipinta, tapi tanganku tak disambut oleh sang kerabat, malah berpura-pura lena... tapi aku tahu...
Aku melangkah longlai ke kereta, namun tertiba hatiku berbisik, Ya Allah aku tak mahu ketemuinya lagi di lain ketika, kalau kuberziarahpun biarlah semasa ketiadaannya. Seperti biasa aku menyambung rutin biasaku di kota.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kepergiannya...
Tertumpah juga air mataku, tanpa sempat aku memohon maaf dan bermadah dia telah pergi untuk selamanya. Aku terkilan kerana bukan ini yang kupinta...
Memang aku tidak pernah lagi akan ketemunya di dunia ini buat selamanya.
Hanya pada Yang Maha Esa kupanjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat sentiasa.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment