Malam Jumaat lalu 12 Februari, aku dan keluarga telah pulang bercuti ke kampung. Kami bertolak dari rumah jam 11.21 malam. Tiada apa yang menarik di sepanjang perjalanan kami, hanya kesesakan lalu lintas sahaja. Orang Kelate kata 'jale sumbat'. Kami telah berhenti makan dan solat di beberapa tempat. boleh dikatakan hampir semua tempat 'sold out'.
Sampai di Gua Musang, selepas solat subuh, aku telah diminta untuk memandu kerana pemandu sebelum ini mengantuk. Apa lagi aku terus mencapai stereng dan memulakan perjalanan. Selalunya aku sering dikutuk kerana 'mencantuk cermin kereta', tapi kini orang yang berada di sebelahku lagi teruk mencantuk sehingga mahu terjatuh dari kerusi. Akhirnya aku tak tahan dan terus menyuruhnya memperbetulkan kedudukan dan tidur elok2. Setelah dia tidur lena, aku terus memecut tapi taklah melebihi 120km/j.
Akhirnya kami sampai ke Kuala Krai. kami singgah di sebuah masjid kerana Juwita nak ... Pemandu bertukar lagi, sehinggalah kami tiba di kampung jam 11.21 pagi.
No comments:
Post a Comment