Seorang insan mencampuri urusan keluarga seorang insan yang lain. Menyatakan apa yang patut dan tak patut dilakukan oleh seorang ketua keuarga. Mendampingi isteri si insan tersebut dengan penuh mesra dan keakraban. Walhal keuarganya sendiri berantakan, isterinya sendiri tak pernah dididiki dan dibelai mesra. Hanya perasaan penuh kebencian dan sejuta kekesalan sahaja yang dilontarkan.
wajarkah...
Seorang insan yang mengaku dirinya penuh ilmu di dada dan tahu selok belok hal-hal keagamaan mengabaikan isteri dan anak-anaknya tetapi mengambil kisah isteri dan anak-anak orang lain. Inikah yang dituntut oleh agama yang maha suci.
Seorang isteri punya perasaan dan keinginan untuk disayangi dan dilindungi oleh sang suami, bukan dibentak sepanjang masa.
Tempat isteri adalah di sisi suami dan tugas suami mengurusi semua hal ehwal isteri dan anak-anaknya. Jangan sampai mereka terpinggir dan dipinggirkan.
Mengurusi hal ehwal keluarga orang lain wajar kalau mampu dan jangan sampai mengganggu urusan keuarga tersebut, tapi mengurusi hal ehwal keuarga sendiri adalah wajib sebab itu adalah amanah dari Allah buat si Suami.
FIKIR FIKIRKANLAH...
No comments:
Post a Comment