Tuesday, February 2, 2010

ANDAI KAU PEREMPUAN

Andai kau perempuan

Kau kata kau perempuan,
memahami hati seorang perempuan,
sanggup menyisih pentingmu demi hati seorang perempuan...
Di mana...
Letaknya hati perempuanmu...
Andai...
masih lagi kau damba seorang lelaki bergelar suami kepada seorang perempuan,
seorang lelaki bergelar bapa kepada beberapa orang anak,
Di mana letak janjimu...
Hanya perempuan yang mengerti dan memahami hati seorang perempuan.
kata penuh dusta...
Di kala seorang perempuan lena di sisi seorang suami
tiba-tiba dikejutkan siulan manja SMS mu,
jam 2 pagi, masih belum lena tidurmu...
Apakah lena tidur seorang isteri juga mahu kau ganggu..
Inikah murninya hatimu seorang perempuan?
Pagi, petang, siang malam...
SMS manjamu menggamit tiba
Si isteri terbiasa ditinggalkan sendirian
Tanpa bisikan manja , maupun usapan mesra
kerana malayani SMS manjamu.
Bila ditanya
Ahhh... Aku hanya menyapa mantan si Mahaguru...
Si isteri menjeruk rasa, menahan hiba,
membendung sebuah duka, ditemani sendu, nestapa.
Mahaguru...
Jangan sampai si perempuan bergelar isteri itu menduganya...
pesanmu seorang perempuan jua...
ingatlah seorang perempuan...
hari ini kau ganggu hidup seorang perempuan,
kelaknya...
Seorang perempuan juga yang akan mengganggu hidupmu.
hanya perempuan yang memahami hati seorang perempuan katamu...
ANDAI KAU PEREMPUAN.

14 comments:

Anonymous said...

kenapa anda seolah meratap dan merintih...kenapa tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan.rampas kembali apa yang sepatutnya menjadi hak anda.dan bukan menyulam puisi mengkhabarkan pada semua orang.bangun dan bangkit.anda telah hidup dengan nya bertahun lamanya.anda lebih kenal dia dari wanita itu...bangun dan bangkit!

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

Saya tak merintih, cuma terkadang emosi menguasai diri. Saya mencuba jadi kuat tapi tak mampu. Saya tewas sebelum bertarung... sebabnya saya tak nak orang yang saya sayangi terkecundang cita-citanya. Apalah ertinya jasad di sisi, tapi jiwanya entah ke mana...

Anonymous said...

Puan..
mgkn puan rasa senang bagi saya berkata,sbb saya bukan lah d tempat puan.kasih sayang puan dgn dia sudah terlalu lama.dan puan punya hak untuk pertahankan.cuba2menjadi diri puan pada saat gembira dahulu.kembali menjadi seorg yang pernah dia cintai sepenuh jiwa dia.puan..puan masih memiliki separuh dari jiwa dan hati dia...

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

Jika takdir telah berkata...
Saya terima seadanya, walaupun tanpa secubit keikhlasan...

Anonymous said...

tidak puan..
jangan bergantung pada takdir semata-mata..puan bangkit lah...berkongsi suka duka dengan dia..mungkin dia terlupa saat2 manis ketika puan dan dia d waktu dulu...imbas kembali waktu itu..berkongsi cerita di kala bersama anak-anak dan dia duduk bersama. :)

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

telah lama dia lupakannya, sejak 1997 lagi. semenjak hadir di pari-pari. Tak mampu saya mengejarnya...
biarklanlah dia dengan dunia si pari-parinya. Kalau itu yang membahagiakannya.

Anonymous said...

Puan..
nama pun dah si pari-pari yang hidup dalam dunia imaginasi dan khayalan.Tapi puan dan anak-anak adalah realiti.boleh di sentuh dan d rasa.sedangkan si pari-pari tu ntah wujud atau tidak.saya yakin puan dan anak2 masih ada dalam hati dia,cuma agak terselindung dari bayangan yang si pari-pari yang tidak pasti wujudnya...apa salahnya kalau puan pula menjadi si pari-pari dalam dunia realiti dia. :)

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

Si pari-pari mmg wujud, boleh disentuh dan dirasa. Sebab itulah dia amat mendambakannya. Dan dia teramat kecewa pabila pari-pari pujaannya mula menjauhkan diri...

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

Tak ada maknanya, semakin dia menyalahkan saya... semua tak kena... dia saja yang betul.

Anonymous said...

Kadang-kadang,apa yang ada di depan mata..amat sukar di hargai..malahan cuba menggapai sesuatu yang tidak pasti..tapi puan jangan lah terus mengalah..dia masih milik puan..mungkin sedikit perubahan membawa keajaiban.. :)

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

saya dah letih... pasrah saya pada Yang Maha Esa. Segalanya kuterima.

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

Walaupun si pari-pari mahu suami saya khabarkan pada dunia yang mereka sudah putus hubungan, tapi saya tahu mereka masih ada hubungan seperti sebelum ini dan masih ada...

Anonymous said...

Puan..
Puan yakin kah yang mereka masih ada hubungan? bukan kah puan mengatakan si pari-pari telah menjauhkan diri...atau mungkin ini hanya mainan perasaan puan?? Tapi itu bukan alasan untuk puan terus mengalah..puan mesti kuat..puan adalah realiti..dan pari-pari itu hanya pari-pari..umpama warna yang wujud akibat biasan cahaya dan air...

وكما ليدا في العائلة الكبيرة said...

MRK MASIH BERSMS,
SAYA KENAL SI MANTAN MAHAGURU...
DIA TAKKAN MENGALAH SELAGI TAK TERCAPAI HAJATNYA...
BIARPUN SEDETIK CUMA.

PERKAHWINAN MOKCIK

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA

pYzam Page Pets
pYzam Page Pets Page Pets & MySpace Layouts

DUNIA NORLIDA DAN ANAK-ANAKNYA